Showing posts with label aneka resepi. Show all posts
Showing posts with label aneka resepi. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Resepi Sup Soto Istimewa

Sup Soto Istimewa
BAHAN A:
500 gm ayam
400 gm daging
100 gm bawang merah
50 gm bawang putih
50 gm halia

3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
100 gm rempah kurma
50 gm serbuk jintan manis
50 gm serbuk jintan putih


BAHAN B:


10 gm kacang tanah (goreng)
10 gm taugeh
10 gm tomato  
1 paket nasi impit
Cili padi
Suhun


CARA MENYEDIAKAN:

Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga naik bau. Masukkan air, ayam dan daging dan rebus sehingga mendidih. Biarkan daging empuk…Kemudian asingkan ayam dan daging, masukkan garam secukup rasa ke dalam kuah soto tadi… Masukkan bahan-bahan B ke dalam mangkuk bersama-sama dengan ayam dan daging yang telah dicarik halus.. Tuangkan kuah soto ke dalam mangkuk. Hias dengan daun bawang dan bawang goreng.

Sedia dihidang

Sumber : saji

Wednesday, May 2, 2012

Resepi Apam Mentega

Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan air
3 cawan tepung gandum
250 gm mentega
3 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji kelapa parut
Sedikit esen vanila

Cara Menyediakan:

Hanguskan gula dengan 1 cawan gula. Ketepikan.Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan mentega (yang telah dipukul berasingan), susu cair, gula hangus, esen vanila dan tepung yang diayak dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik. Pukul sebati.Sapu minyak pada mangkuk acuan dan masukkan adunan. Kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut.

Sumber : saji

Sunday, April 29, 2012

Resepi Mihun Lada Hitam

Bahan-bahan:

1/2 paket mihun - direndam hingga lembut
2 biji tomato - dipotong dadu
11/2 batang lobak merah - dihiris halus memanjang
1/4 biji kubis - dihiris halus
150 gm udang - dibuang kulit
100gm isi ayam - dipotong kecil
2 keping kek ikan - dihiris nipis
1 sudu kecilr lada hitam - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih
1 cawan air
1 sudu kecik sos sotong
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk halus. Kacau hingga naik bau.. Masukkan tomato dan lobak merah kemudian kacau hingga rata.Masukkan isi ayam, hirisan kek ikan, udang, air, garam, gula dan serbuk perasa. Masak selama 10 minit hingga isi ayam empuk. Akhir sekali masukkan kubis, mihun dan sos sotong kemudian kacau hingga rata. Bila mihun lembut,dan dah cukup rasa,matikan api.. angkat dan hidang panas-panas bersama cili jeruk.

Sumber  :Saji

Resepi Ikan Bakar Padang

Ikan Bakar Padang

BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan kembung besar

BAHAN TUMBUK HALUS:

1/4 sudu kecil lada hitam

4 biji buah keras

1 cm kunyit

3/4 cawan santan pekat

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK KICAP MANIS:

1 labu bawang besar (potong dadu)

2 tangkai cili merah (potong serong)

2 tangkai cili hijau (potong serong)

2 biji jus limau nipis

125 ml kicap manis

CARA MENYEDIAKAN:

Campurkan bahan-bahan tumbuk bersama santan, garam dan gula secukup rasa.. Ikan dibersihkan. Masukkan ke dalam kuah santan, kacau rata.Bakar ikan menggunakan api arang hingga masak. Gunakan lebihan kuah. santan untuk merenjis-renjis ikan semasa dibakar. Enak dimakan bersama sambal kicap manis. Gaulkan semua bahan dan rasalah masam manisnya

Sumber : saji

Wednesday, April 25, 2012

Resepi Spageti Tom Yam

BAHAN-BAHAN:

150 gm spageti
1 sudu kecil pes tom yam
1 ulas bawang besar | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
1 helai daun bay
Secubit herba oregano
Secubit daun tyhme kering
1 liter air
1 cawan krim putar
100 gm isi ayam
Minyak masak secukupnya.

Cara menyediakan:

Didihkan air, dan rebus spageti selama 10 minit. Tuskan dan biarkan sejuk.Tumis bawang besar, bawang putih, daun bay, oregano, daun tyhme sehingga naik bau.Masukkan pes tom yam, air dan krim putar. Kacau sehingga mendidih.Masukkan isi ayam. Renehkan sehingga benar-benar masak.Masukkan spageti ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah tadi.

Sumber saji

Resepi Kentang Mentega

Kentang Mentega

BAHAN-BAHAN:

8 biji kentang

2 ulas bawang putih (ketuk)

5 biji lobak jejari

60 ml jus lemon

4 tangkai daun thyme (cincang)

2 sudu besar madu

2 sudu besar minyak zaitun

4 ketul kepak ayam

200 gm kacang sepat

30 gm mentega

Garam

CARA MENYEDIAKAN:

Masukkan jus lemon, thyme, madu dan minyak zaitun di dalam mangkuk. Masukkan ayam dan tambahkan garam secukup rasa. Gaulkan dan perapkan seketika.Sementara itu rebus atau kukus kentang dengan sedikit garam hingga empuk.Panaskan sedikit minyak dan masak ayam yang diperap tadi .Masukkan daun thyme dan reneh seketika hingga ayam masak. Angkat dan asingkan.kemudian, kukuskan kacang sepat. Kentang yang telah empuk dipotong baji (wedges) atau dadu dan gaulkan dengan mentega dan bawang putih.Hidangkan kentang dengan ayam, kacang sepat dan hirisan lemon.

Sumber saji

Tuesday, April 24, 2012

Resepi Kacang Panjang Masak Padang

Bahan-bahan:

kacang panjang - dipotong
2 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
5 biji cili padi - dikisar
2 biji cili hijau - dikisar
1/2 inci kunyit  - dikisar
2biji cili merah - dibelah dua
Sedikit serbuk kunyit
sedikit santan pekat
minyak masak
Garam,gula,aji secukup rasa
Sedikit minyak


Cara menyediakan:

.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata… masukkan kacang buncis.. masukkan santan, garam ,gula dan aji secukup rasa.. Masukkan cili merah yang dibelah dua.kacau  hingga sebati..bila dah masak dan dah cukup rasa ,matikan api dan angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

Monday, April 23, 2012

Resepi Gulai ikan Hijau

rGulai Ikan Hijau

BAHAN KISAR:

5ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

5bijii cili hijau

2cm lengkuas

2batang serai

30 gm daun ketumbar

BAHAN LAIN:

1 cawan santan

1/2 kg ikan cermin

5 batang kacang panjang

50gm terung pipit

garam,gula dan aji secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

Masukkan semua bahan kisar dan santan ke dalam periuk kemudian didihkan.Masukkan pula kacang panjang dan terung pipit dan biarkan setengah masak. Selepas itu masukkan ikan serta garam,gula dan aji secukup rasa dan gaul rata..bila dah cukup rasa dan gulai dah masak ,matikan api dan angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

Sunday, April 15, 2012

Resepi Udang Goreng Mentega


Bahan-bahan:

250gm udang saiz sedang - dibersihkan dan dibelah belakang
1 sudu besar mentega
3biji cili padi
1 biji kuning telur
daun kari
1 labu bawang besar - dimayang
1 sudu kecil  tepung jagung
1 sudu kecil tepung kastard
1 sudu besar serbuk santan
Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
Minyak masak

Cara menyediakan:

Satukan tepung jagung, tepung kastard, garam dan sedikit serbuk lada sulah. Ketepikan sedikit lada sulah untuk digunakan kemudian.Kacau hingga sebati.Masukkan udang lalu digaul hingga rata.Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan.Angkat dan tuskan. Sementara itu, cairkan mentega dalam kuali. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga masak. Masukkan bawang, daun kari, udang yang digoreng tadi, cili padi serta santan serbuk.Kacau hingga rata dan masukkan garam, gula dan lebihan serbuk lada sulah. Kacau lagi hingga rata..bila dah rata matiikan api dan Angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

Resepi Soto Padang

Soto Padang

BAHAN-BAHAN:

500 gm daging pejal (potong dua dan rebus)

2 batang serai (ketuk)

5 helai daun limau purut

2 kuntum bunga cengkih

Daun bawang

1/2 sudu besar cuka

50 gm suhun (rendam)

4 biji kentang (goreng besar)

Kicap manis

BAHAN KISAR:

6 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 cm halia

3 cm kunyit

1 sudu kecil lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:

Daging yang sudah empuk direbus, digoreng besar. Hiris nipis. Ketepikan.. Panaskan sedikit minyak, dan tumis bahan kisar hingga garing.. Tuangkan air rebusan.Masukkan daun limau purut, serai, bunga cengkih.Tuangkan cuka dan bubuhkan garam.Sewaktu menghidangkan, bubuhkan suhun, kentang dipotong nipis, daging dan kuah soto, sedikit kicap manis dan keropok udang. Untuk sambalnya, kukus cili padi dan bawang merah. Kemudian tumbuk dan bubuhkan garam. Campurkan dalam soto. Ia tidak perlu diperahkan limau.

Sedia dihidang

Sumber : saji

Resepi Belimbing Goreng Beraiskrim

Belimbing Goreng Beraiskrim

BAHAN-BAHAN:

1 biji belimbing

2 skop aiskrim keladi

BAHAN SADURAN:

2 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung pulut

1 sudu kecil gula

Sedikit garam

Air secukupnya

BAHAN HIASAN:

2 helai daun pudina

CARA MENYEDIAKAN:

Potong buah belimbing mengikut cita rasa sendiri. Ketepikan Kemudian bancuhkan bahan saduran sehingga sebati. Panaskan minyak dan celupkan belimbing ke dalam bahan saduran tadi.Goreng sehingga masak atau kekuningan. Setelah masak, angkat dan tuskan. Hidangkan dengan daun pudina dan aiskrim

Sedia dihidang

Sumber : saji

Monday, March 26, 2012

Resepi Bergedil Kentang Pedas

BAHAN-BAHAN:

500 gm kentang

1 biji bawang besar (cincang)

2 biji cili merah (cincang)

2 sudu besar daun ketumbar (cincang)

1 sudu besar daun bawang (cincang)

1 sudu kecil serbuk cili

2 sudu kecil serbuk kari

1 sudu kecil jintan putih

2 biji telur

Sedikit serbuk roti

Minyak sapi untuk menumis

Garam

CARA MENYEDIAKAN:

Rebus kentang bersama dengan kulitnya. Setelah empuk, lecekkan. Kemudian gaulkan dengan bawang, cili merah, daun ketumbar, daun bawang, serbuk cili, serbuk kari, jintan putih dan tambahkan garam secukup rasa. Gaulkan sebati…Kemudian bulatkan adunan dan leperkan dengan tangan. Celupkan dengan bancuhan telur dan serbuk roti. Panaskan minyak sapi dan masak di dalam kuali leper sehingga masak.

Sumber : saji

Saturday, March 24, 2012

Resepi Jering Masak Tempoyak

Bahan-bahan:

10 biji jering - dibuang kulit
30-40 tangkai cili api - ditumbuk halus
3 cm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 cawan tempoyak
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1 biji kelapa - ambil 3 cawan santan
100 gm ikan bilis,garam,gula dan aji

Cara Menyediakan:

Jering dibuang kulit arinya kemudian dibelah dua sebelum direbus dan dititik.Masukkan santan, bahan-bahan tumbuk, ikan bilis dan tempoyak ke dalam periuk dan jerang di atas api yang sederhana.Bila mendidih masukkan jering. kemudian masukkan garam,gula dan aji secukup rasa..Kacau hingga rata.Masukkan hirisan daun kunyit, kacau ..bila dah cukup rasa dan dah masak matikan api dan angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

Wednesday, March 21, 2012

Resepi Daging Mayang

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg daging - mayang nipis
3 tangkai daun kari
3 sudu besar air asam jawa
1 cawan santan
Garam,gula ,aji secukup rasa
Sedikit belacan
Sedikit minyak masak

3 biji bawang besar dimayang halus
5 ulas bawang putih dimayang halus
2 cm halia dimayang halus
6bji cili hijau dimayang halus
8 biji cili api dimayang halus

CARA MENYEDIAKAN:

Daging direbus hingga empuk. Angkat dan tuskan airnya.. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dah dimayang halus, daun kari,belacan,hingga naik bau.Masukkan santan, daging dan air asam jawa. Gaulkan sebati dan tambahkan garam ,gula dan aji,secukup rasa.bila dah masak dan dah cukup rasanya,matikan api,,angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

Resepi Ayam Masak Taucu

Ayam Masak Taucu

 

BAHAN A:

1/2 ekor ayam

1/2 cawan santan

2 tangkai pucuk ubi (rebus dan hiris)

2 helai daun limau purut

2 batang serai diketuk1 sudu besar jus limau

1/2 cawan taucu

2 cawan air

Minyak untuk menumis

Garam,gula dan aji secukup rasa

BAHAN KISAR:

5 bjii  bawang merah

5 bjij cili merah

3 ulas bawang putih

3 biji cili api

1 cm kunyit

2 cm halia

2 cm lengkuas

1 sudu kecil ketumbar

Sedikit gula merah

Sedikit belacan

CARA MENYEDIAKAN:

Bersihkan ayam kemudian lumurkan dan perapkan dengan jus limau seketika.panaskan minyak  dan tumiskan bahan kisar hingga naik  bau. Masukkan ayam kemudian dan kesemua bahan A kecuali taucu. Tuangkan air dan kacau.. bila  dah  pekat, barulah masukkan taucu.kemudian  masukkua  garam ,gula ,dan aji secukup rasa..bila dah cukup rasa dan dah masak matikan api.dan angkat

Sedia dihidang

Sumber saji

Sunday, March 11, 2012

Resepi Bilis Terung Pipit

Bahan –bahan

ikan bilis  digoreng

terung pipit digoreng

garam,gula,aji secukup rasa

minyak

20 biji cili kering dikisar


3 ulas bawang putih dikisar

10 biji bawang merah dikisar

Sedikit belacan dikisar

Cara- cara


Panaskan minyak dan gorengkan bahan kisar hingga garing dan naik minyak.kemudian  Masukkan  gula ,garam.dan aji secukup rasa.. Kacau rata.. biarkan hingga naik minyak dengan api kecil..kemudian masukkan ikan bilis dan terung pipit ..kacau lagi..bila dah masak dan cukup rasa matikan api..angkat.

.Sedia dihidang

Wednesday, March 7, 2012

Resepi kentang Putar Thai

Kentang Putar Thai

BAHAN-BAHAN:

800 gm kentang

40 gm mentega

60 ml pati santan

1 sudu kecil gula

BAHAN A:

1 sudu besar minyak sayuran

80 gm bawang besar (cincang)

1 ulas bawang putih (ketuk)

1 tangkai cili merah (cincang)

1 sudu kecil halia (cincang)

1 sudu besar daun ketumbar (cincang)

CARA MENYEDIAKAN:

Kupas kentang, kemudiannya rebus hingga empuk.bila kentang sudah empuk, lecek hingga lumat. kemudian Masukkan  mentega, santan dan gula… Pukul hingga sebati…Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia hingga kekuningan masukkan bahan yang telah ditumis  ke dalam kentang yang sedang dipukul. Gaulkan hingga sebati dan taburkan daun ketumbar

Sedia dihidang

Sumber : saji

Saturday, January 21, 2012

Resepi kerabu epal hijau

Bahan-bahan:

1 biji epal hijau - dihiris nipis memanjang
Sedikit lobak merah - dihiris memanjang
1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
4 biji i cili padi - dihiris
1kuntum bunga kantan
1 batang serai - dipotong nipis
2 sudu besar udang kering - ditumbuk halus
1/2 cawan kelapa parut - digoreng dan ditumbuk sedikit
1 sudu besar air limau kasturi
Garam,gula,aji,secukup rasa

Cara – cara

Satukan kesemua bahan-bahan tadi…Gaul agar kesemua bahannya sebati.Hidangkan segar bersama-sama hidangan lain.

Sumber : saji

Sunday, January 15, 2012

Resepi udang goreng celup tepung


BAHAN-BAHAN

1/2 cawanTepung jagung

1/4 cawanTepung beras

1 biji telur

Limau nipis airnya diperahkan

Udang

cara - cara

Masukkan tepung , garam secukup rasa dan air limau nipis. Gaul biar rata.. celup udang ke dalam telur kemudian celup ke dlm tepung...dan goreng sampai masak ..angkat

Sedia dihidang

Friday, December 9, 2011

Acar Ikan tenggiri

Bahan-bahan:

100gm ikan tenggiri- digoreng
1/2 biji timun – dipotong memanjang

5 ulas bawang merah - dibelah 2
5 ulas bawang putih - dibelah 2
2cm halia - dimayang
2 tangkai cili hijau - dibelah 4
1 paket rempah kari daging
1 sudu jintan manis dikisa.

1/2 sudu kecil biji sawi
1/3 cawan cuka
1/2 cawan air asam jawa
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2biji buah pelaga
1/2sudu kecil kapur sirih
Minyak untuk menumis
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya

Bahan-bahan Kisar:

3 ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1 cm halia

Cara Menyediakan:

1. Timun, bawang merah, bawang putih, halia dan cili hijau direndam dengan air kapur selama setengah jam kemudian bilas

2.  Tumiskan -bahan kisar , kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji sawi dan buah pelaga. Kacau hingga naik bau.

3. Masukkan rempah kari dan jintan manis yang dikisar halus. Kacau dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa, cuka, garam dan gula. Kacau hingga sebati.

5. Masukkan ikan tenggiri dan kacau. Bila kuah agak pekat, masukkan bawang putih, halia, cili hijau dan timun. Kacau dan angkat.

6.sedia dihidang

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...