Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Barbeku Daging Ayam


Bahan-Bahan:




100 gm isi ayam atau bahagian paha
4 gm rempah paprika
2 gm thyme
2 gm majoram

4 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah




Cara:





Bersihkan ayam dan gaul dengan kesemua rempah. Biar setengah jam dan panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.





Sumber: Majalah Wanita Febuari 2000 



Wednesday, November 3, 2010

Resepi Bergedel Daging


BAHAN-BAHAN:

300 gm kentang
80 gm daging kisar
1/4 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
1/4 sudu kecil jintan putih
1/4 sudu kecil jintan manis
Setangkai daun saderi (hiris)
Garam secukup rasa
1 1/2 cawan minyak

BAHAN PENCELUP:

2 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1) Kentang direbus hingga masak. Biark sejuk dan kupas kulitnya. Lenyek hingga halus.
2) Campurkan pula kentang, daging, bahan-bahan rempah, daun saderi dan garam ke dalam bekas. Gaul rata.
3) Sementara itu panaskan minyak dalam kuali.
4) Bulat-bulatkan dan leperkan kentang, celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Tuesday, November 2, 2010

Resepi Daging Panggang


Bahan-Bahan:

600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada
4 ulas bawang merah
500 ml santan pekat
1 labu bawang besar
Garam

Cara Menyediakan:

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.
2. Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.
3. Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.
4. Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.

Saturday, October 30, 2010

Gulai Kawah Daging

Bahan-bahan:

500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan dikisar:

20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai 
1 s/b rempah masak gulai
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis:

2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisik, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.

Thursday, October 28, 2010

Resepi Daging Rusa Panggang

Bahan-bahan:
 
1 kg daging rusa
2 helai daun limau purut

Bahan dikisar:

3 cm kunyit hidup
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 biji jus lemon

Cara menyediakan:

1. Gaulkan daging rusa dengan bahan-bahan di atas.
2. Perapkan selama dua jam.
3. Kemudian bakar dan panggang sehingga masak.






GAMBAR PELIK DAN LUCU

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...