Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Barbeku Daging Ayam


Bahan-Bahan:




100 gm isi ayam atau bahagian paha
4 gm rempah paprika
2 gm thyme
2 gm majoram

4 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah




Cara:





Bersihkan ayam dan gaul dengan kesemua rempah. Biar setengah jam dan panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.





Sumber: Majalah Wanita Febuari 2000 



Tuesday, November 2, 2010

Resepi Ayam Panggang Maghribi


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (2 kg), dibersihkan dan dipotong 2 (saya guna chicken breast sahaja)
Garam secukup rasa (biarkan masin sikit)

Bahan Sampingan:

Daun salad, disiat kasar-kasar
Timun & tomato dihiris-hiris
Ubi kentang, direbus, dikupas dan dihiris-hiris
Lemon, dipotong baji
Daun pudina

Rempah Chermoula (dikisar halus-halus)

3 tangkai cili merah
1 sdb cili serbuk
1 sdb paprika
1 sdt kunyit serbuk
1 sdt jintan putih/halus serbuk
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/4 cawan minyak zaitun
Air perahan daripada 1/2 biji lemon

Cara Memasak:


1. Lumur garam dan rempah chermaula di serata permukaan ayam dan juga di bahagian bawah kulitnya. Perap ayam selama 3-4 jam di dalam peti sejuk.
2. Keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan ia ke suhu bilik.
3. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 180C selama 45 minit, dengan membalik-balikkannya setiap 20 minit.
4. Saji ayam bersama daun salad, timun, tomato, kentang, lemon dan daun pudina.

Resepi Ayam Bakar Cara Cina


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (belah lapan)
1 sudu besar gula
6 kuntum cendawan
3 tangkai daun bawang
2 sudu besar mentega
Garam dan lada sulah secukup rasa
Halia secukupnya (cincang halus)
Air rebusan ayam secukupnya

Cara Menyediakan:

1. Ayam yang telah dilumurkan garam dan lada sulah.
2. Tuangkan air rebusan ayam dalam mangkuk tahan panas dan masukkan ayam. Taburkan halia dan gula.
3. Hiris cendawan dan potong daun bawang.
4. Taburkan di atas ayam.
5. Letakkan mentega dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 200oC selama 20 minit.
6. Kemudian sudukan air rebusan dan mentega cair di atas ayam dan bakar lagi selama 15 minit.

Resepi Singgang Ayam

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
750 ml santan cair
500 ml santan pekat
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1 batang serai (ketuk)



Bahan Kisar:

30 tangkai cili padi
30 biji lada putih
10 ulas bawang putih
5 cm kunyit
Garam

Cara Menyediakan:

1. Ayam dicuci bersih dan dibelah empat.
2. Satukan bahan kisar dan santan cair. Tuangkan ke atas ayam.
3. Bubuhkan daun kunyit yang disiat, daun limau purut dan serai. Tutup kuali dan biarkan ia mereneh di atas api yang kecil.
4. Setelah ayam empuk tuangkan santan pekat dan garam. Sesekali boleh dikacau kuahnya.
5. Tutup semula kuali dan biarkan kuah benar-benar kering.

Resepi Ayam Boxing

Bahan-Bahan:
5 ketul peha ayam
Minyak untuk menggoreng

Bahan Perap:
1 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung ­gandum
1 1/2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk kari

Cara Menyediakan:
1. Setelah peha ayam dibersihkan, potong isi bahagian bawah. Tetapi jangan sampai putus.
2. Perapkan ayam dengan bahan perap selama sejam.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak atau kekuningan. Angkat dan tuskan minyaknya.

Monday, November 1, 2010

Resepi Stew Ayam

Bahan-bahan:
500 gm ayam
5 ulas bawang mera/kecil
2 ulas bawang putih mayang halus
1 inci halia
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
1 s/k tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
Garam secukup rasa.

Cara menyediakan:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
3. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
4. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
5. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
7. Hidangkan dengan nasi or roti.

Resepi Nasi Ayam Claypot

Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

Bahan-bahan (B)

250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

Cara menyediakan:
• Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
• Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
• Campur Bahan B dan masak selama 1-2 minit Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan MEDIUM selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.

<>RAHSIA BUAT DUIT DENGAN KLIK<>

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
2 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
Sedikit halia-diblender
10 batang lada kering-diblender
1 biji bawang merah-di hiris bulat2
kayu manis,bunga cengkih etc
Sebatang serai-diketuk
2 biji ubi kentang-dipotong bulat nipis dan di goreng,ketepikan
1 biji tomato-dibelah 4
Sedikit kacang peas
2 sudu besar tomato puree
Daun ketumbar
Garam,serbuk perasa

Cara menyediakan:
1. Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.
2. Tumis kayu manis etc sehingga wangi.Masukkan serai,bawang hiris bulat tomato puree dan bahan blender.Bila lada sudah garing,masukkan air secukupnya.
3. Tunggu hingga kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5 minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun ketumbar.


<>BISNES TOPUP PERCUMA<>

Resepi Ayam Bercili Masak Ketumbar

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
Serbuk kunyit gaulkan
Sedikit garam
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
Sedikit halia
4 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis di mesin halus
4 sudu besar cili mesin/cili boh
2 asam keping

Cara menyediakan:
1) Goreng ayam sehingga garing. Setelah garing bolehlah diangkat dan ketepikan.
2) Tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi (agak-agak minyak dengan bahan yang hendak dibuat sambalnya).
3) Masukkan cili mesin/cili boh sehingga pecah minyak.
3) Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
4) Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Hidangkan


<>BISNES TOPUP PERCUMA<>

Saturday, October 30, 2010

Resepi Ayam Bakar Madu

Bahan-bahan:

2 kilo kepak ayam

Bahan dikisar:

2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
¼ inci lengkuas
2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
1 biji bawang besar
2 sudu besar air limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula timbang
3 sudu besar madu
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara menyediakan:


1) Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
2) Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang

Wednesday, October 27, 2010

Resepi-Nasi Goreng Ayam

Bahan-Bahan

Nasi Goreng 

Nasi (jgn lembik sangat)
5 biji cilli kering
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Udang dipotong kecil
Sotong dipotong kecil
Daging dipotong kecil
1 biji telur
Sayur Kubis
Ayam Goreng

Ayam dipotong lapan
Sedikit halia
Serbuk kunyit
Garam

Sup


Bunga lawang
Kayu manis
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Daun Sup
  

Cara Memasak

Nasi Goreng

1. Cili kering, bawang merah dan bawang putih diblendkan.
2. Tumiskan bahan2 yang telah diblend dengan sedikit minyak. Tunggu hingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan udang, sotong dan daging. Masak hingga sebati.
4. Masukkan sayur kubis, telur dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan nasi. Gaul hingga rata.
6. Kemudian hidangkan.

Ayam Goreng

1. Ayam direbus dan ketukkan sedikit halia. Air rebusan ayam disimpan untuk dibuat sup.
2. Apabila empuk, angkat dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.

Sup

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, bunga lawang dan kayu manis hingga garing.
2. Masukkan air rebusan ayam, diikuti dengan garam.
3. Hidangkan dan taburkan sedikit daun sup.

Sunday, October 24, 2010

AYAM GORENG BERSALUT KACANG


    BAHAN – BAHANNYA ;

5 Ketul ayam bahagian paha dan kepak
1 1/2sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
50 gm serbuk roti
50 gm kacang tanah – di kisar halus
2 sudu kecil serbuk cili
2 biji telur
1 cawan minyak masak

   CARA MENYEDIAKANNYA :

1.  Gaulkan ayam bersama  garam  dan lada sulah hingga sama rata. Perapkan  ayam seketika
2.  Campurkan serbuk roti kacang tanah kisar dan serbuk cili gaulkan hingga sebati .
3. Kemudian celupkan ayam yang telah diperap kedalam telur yang telah dipukul
4.  Kemudian golekkan di atas campuran kacang tanah,serbuk roti dan serbuk cili. Pastikan ayam betul-betul di salut dengan campuran tersebut
5. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut hingga garing

        SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...