Showing posts with label aneka bergedil. Show all posts
Showing posts with label aneka bergedil. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Bergedil Sardin



Bahan Bahan



2 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
1 sudu makan lada sulah
2 biji telur ayam
sedikit sudu teh garam
sedikit sudu teh ajinomoto
minyak masak untuk menggoreng



Cara memasak



Buang kuah sardin dan toskan.
Hiris bawang besar.
Tumbuk lada sulah hingga halus dan selepas itu masukkan sardin yang
telah tos tadi.
 Tumbuk hingga halus.
Pindahkan sardin tadi ke dalam mangkuk dan masukkan  garam dan ajinamoto
masukka  telur dan gaul hingga rata
Gunakan sudu makan dan goreng hingga
masak dan agak garing.

Saturday, March 19, 2011

Bergedel Daging


Bergedel Daging
 BAHAN-BAHAN:
300 gm kentang
80 gm daging kisar
1/4 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk buah pala
1/4 sudu kecil jintan putih
1/4 sudu kecil jintan manis
Setangkai daun saderi (hiris)
Garam secukup rasa
1 1/2 cawan minyak

BAHAN PENCELUP:
2 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:
1) Kentang direbus hingga masak. Biark sejuk dan kupas kulitnya.
    Lenyek hingga halus.
2) Campurkan pula kentang, daging, bahan-bahan rempah, daun saderi dan
    garam ke dalam bekas. Gaul rata.
3) Sementara itu panaskan minyak dalam kuali.
4) Bulat-bulatkan dan leperkan kentang, celup dalam telur dan goreng hingga masak

Sumber : sajionline

Saturday, March 5, 2011

Begedil Ketam Panggang


Begedil Ketam Panggang
BAHAN-BAHAN:
500 gm isi ketam
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
Tepung gandum secukupnya
1 biji telur

BAHAN HIRIS:
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
Setangkai daun ketumbar
3 helai daun limau purut

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan bahan-bahan hiris, lada hitam dan jus limau nipis dan gaul hingga rata.
2. Masukkan isi ketam dan sadurkan dengan tepung gandum dan dicelup dengan telur.
3. Akhir sekali dipanggang hingga masak.
4. Sesuai dimakan dengan sos Thai.
Sumber : Sajionline

Sunday, February 27, 2011

Bergedel Ikan


Bergedel Ikan

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg  isi ikan merah (kukus dan cincang)

30 gm daun sup (hiris)

30 gm daun bawang (hiris)

4 biji ubi kentang (rebus dan lecek)

3 ulas bawang merah (hiris)

2 biji telur


CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan kesemua bahan hingga sebati. Jangan lupa bubuhkan garam.

2. Bentukkan seperti bergedel dan celupkan telur. Goreng garing.
Sumber : utusan

Bergedil Telur Puyuh


Bahan Untuk Bergedil
500 gm isi ayam
500 gm ubi kentang
2 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/2 sudu teh lada putih
2 labu bawang besar - didadu
1 tangkai daun bawang dan daun sup - dimayang
15 ulas bawang merah - dibuat bawang goreng
1/2 sudu teh serbuk kari daging
1 cawan serbuk roti
Sedikit garam
6 cawan minyak masak untuk goreng terendam
20 biji telur puyuh - rebus keras dan kupas kulitnya
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan isi ayam dan cincang halus. Panaskan sebentar di dalam kuali hingga kering airnya.
2. Kupas ubi kentang, bersihkan dan potong setebal 2 cm. Goreng hingga masak menggunakan tiga cawan minyak. Tumbuk halus.
3. Satukan ubi kentang tumbuk dengan isi ayam, kuning telur, lada putih, bawang besar, bawang goreng, daun bawang dan daun sup, rempah daging serta garam. Gaul rata.
4. Pukul putih telur hingga kembang. Ketepikan.
5. Ambil sedikit adunan kentang, leperkan, isi telur puyuh dan bungkus kembali mengikut bentuk telur.
6. Panaskan minyak, celup dalam putih telur, golekkan atas serbuk roti dan goreng terendam hingga kuning.
7. Angkat dan hidangkan bersama kuah bergedil.

Kuah Bergedil:
Bahan-bahan:
2 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil serbuk cili
4 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
1/2 cawan air
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Cara Menyediakan:
1. Campurkan kesemua bahan masak hingga mendidih.
2. Hidangkan bersama bergedil telur puyuh
Sumber : utusan

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...