Showing posts with label aneka masak daging. Show all posts
Showing posts with label aneka masak daging. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Resepi Daging Gulai darat

Bahan-bahan

300 gm daging - potong kiub
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 cm kunyit
1/4 cm lengkuas
2-3 keping asam gelugur
2 cawan santan
Garam, gula dan serbuk perasa
250 gm kacang panjang - potong 2 cm
3 tangkai cili hijau - belah dua
1 sudu besar ketumbar - sangai dan tumbuk halus
1 sudu besar cili kisar

Cara Menyediakan:

Bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas dikisar halus.Satukan bahan kisar bersama daging, santan, cili kisar dan asam gelugur. Masak hingga mendidih. Masukkan ketumbar, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan di atas dapur hingga daging empuk. Sebelum diangkat, masukkan kacang panjang serta cili hijau dan balik-balikkan..Bila dah masak dan cukup rasa matikan api dan angkat

Sedia dihidang

Sumber saji

.

Wednesday, November 23, 2011

Daging Masak Jintan

Bahan A:

(Gaul & perap selama 1/2 jam)

600 gm daging lembut - potong nipis

1/2 cawan kicap pekat

1 sudu besar cuka

1 cawan gula

Bahan B:

(Ditumbuk halus)

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 cm halia

1 cm kunyit hidup

1/4 biji buah pala

Bahan C:

1 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu besar serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 biji tomato - dicincang

Bahan D:

(Bahan Tumis)

2 cm kulit kayu manis

4 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

2 ulas bawang merah - dihiris

2 ulas bawang putih - dihiris

1/4 cawan minyak masak

2 sudu besar mentega

Untuk hiasan:

Bawang besar - dipotong bulat

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan D sehingga naik bau dan kekuningan.

2. Masukkan bahan-bahan B dan C serta 1 cawan air. Kacau seketika, masak hingga rempah naik aroma.

3. Masukkan tomato cincang, diikuti daging yang telah diperap. Kacau hingga daging kecut. Masak atas api perlahan sehingga daging empuk. Tambah secawan air lagi jika kuahnya telah pekat dan daging masih keras.

4. Setelah kuah pekat, masukkan bawang besar dan garam secukup rasa. Kacau sehingga bawang layu sedikit dan angkat

Sumber saji

Monday, November 21, 2011

Gulai Daging Tok

Bahan-bahan:

1 kg daging cincang
4 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari daging
4 sudu besar cili kisar
20 ulas bawang merah - dimayang
7 ulas bawang putih - dimayang
5 cm halia - dimayang
5 cm lengkuas - diketuk
2 sudu besar serbuk ketumbar
4 sudu besar kicap masin
3 cawan santan pekat
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 keping asam gelugur
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
4 sudu besar minyak masak

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis buah pelaga, serbuk ketumbar, kulit kayu manis dan bunga lawang.

2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kuning.

3. Masukkan pula cili kisar dan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan daging, secawan air dan biarkan empuk. Tambah air jika daging lambat empuk.

5. Masukkan lengkuas, asam gelugur, kicap dan kerisik.

6. Masukkan santan dan biarkan mendidih, masak atas api kecil. Akhir sekali, perisakan dengan garam dan gula

Sumber : saji

Friday, November 18, 2011

Daging Merah Bersayur


Bahan-bahan:

1 kg daging - dipotong besar, rebus hingga empuk dan keringkan airnya
1 batang lobak merah - dihiris memanjang
1 biji lada benggala - dipotong dadu
50 gm brokoli
2 tangkai cili merah - dihiris
4 biji tomato - dipotong baji
6 jagung muda - dipotong memanjang
2 labu bawang besar - dipotong bulat
6 ulas bawang putih - dicincang
4 sm halia - dihiris panjang
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa
1/2 cawan minyak

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Kacau rata.

3. Masukkan daging. Kacau sebentar.

4. Barulah dimasukkan lobak merah. Kacau lagi.

5. Kemudian masukkan pula sayur-sayuran lain.

6. Masukkan hirisan cili dan bawang besar.

7. Bubuh garam dan serbuk perasa. Kacau rata.

8. Bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas

Sumber : saji

Friday, November 4, 2011

Daging Dendeng Masak Hitam Manis

Bahan-bahan:

400 gm daging..15biji cili kering - kisar halus
10 ulas bawang merah - kisar halus
4 ulas bawang putih - kisar halus
2 sm halia - kisar halus
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sm lengkuas..tumbuk
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula
2 sudu besar asam jawa - ambil airnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara – cara..1.  Potong daging 2.  Rebus daging hingga empuk.
3.  , asingkan air rebusan .. ketepikan
4.  Potong daging kecil-kecil.
5.   tumbuk daging sekeping demi sekeping.
6.  Panaskan minyak..7.  Tumis bahan kisar dengan serbuk jintan putih, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar , lengkuas.
8.  Kacau...
9.  Masukkan daging dan sikit air rebusan daging.
10. Masukkan kicap pekat. Biarkan hingga kuah pekat.
11.masukkan air asam jawa, gula .. garam.
12. Kacau .
13. bila kuah dah pekat..angkat

Thursday, March 17, 2011

Daging Hiris Masak Merah


Bahan-bahan:
1 kg daging batang pinang - hiris lebar dan bersihkan
8 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
3 cm halia - hiris
5 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
4 sudu besar tomato puri
2 1/4 sudu besar sos tomato
2 1/4 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kisar
2 biji tomato - belah empat
2 labu bawang besar - potong bulat
1/2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, kemudian kacau hingga naik aroma.
3. Masukkan cili kisar, tomato puri, sos tomato dan sos cili. Kacau hingga rata dan biarkan hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging goreng, garam, gula dan juga santan kemudian kacau hingga rata.
5. Bila masakan agak pekat, masukkan bawang besar dan buah tomato kemudian kacau. Bila bawang layu sedikit, angkat dan hidang panas-panas bersama nasi
Sumber : sajionline

Monday, March 7, 2011

Spageti Bebola Daging


Bahan-bahan Sos Tomato:
1/3 cawan minyak zaitun
1 labu bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dipotong dadu kecil
1/2 batang lobak merah - diparut
1 batang seleri - diparut
1 sudu kecil thyme
1 sudu kecil basil
1 sudu kecil oregano
2 helai daun bay
1 sudu besar tomato puri
2 tin tomato - dihancurkan
500 gm spageti - direbus
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan Bebola Daging:
500 gm daging lembu - dicincang
1/2 labu bawang besar - dicincang halus
2 kemping roti - direndam dan dilecek bersama susu
2 sudu besar daun parsli - dicincang
Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, lobak, saderi dan herba-herba oregano, thyme, basil dan daun bay.
2. Masukkan tomato puri dan gorengkan sebentar.
3. Masukkan tomato yang diramas, air secukupnya, garam, gula dan lada hitam. Didihkan sampai sos pekat.
4. Sementara sos hampir pekat, daging tadi digaul rata dengan bahan-bahan bebola daging.
5. Kemudian dibentuk seperti guli kecil.
6. Panaskan minyak zaitun dan goreng bebola daging hingga kuning.
7. Selepas itu masukkan bebola ke dalam sos tomato tadi. Biarkan mendidih 15 minit lagi sebelum disajikan bersama pasta
Sumber : sajionline

Saturday, March 5, 2011

Daging Goreng Lada Hitam



Bahan-bahan A:
800 gm daging batang pinang - dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan B:
3 cawan sos perang (brown sauce)
2 sudu besar bawang merah cincang
2 sudu kecil bawang putih cincang
3 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
50 gm mentega - dipotong dadu
1/2 cawan krim segar
Garam dan gula secukup rasa
5 batang jagung muda - dikerat 2 cm
1 labu bawang besar - dibelah 8
Cara Menyediakan:
1. Panaskan mentega dan tumiskan bawang putih dan bawang merah cincang. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan sos perang dan biarkan hingga mendidih selama empat minit. Angkat.
3. Bahan-bahan A digaul hingga rata sebelum diperap selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam kuali dan digoreng di atas api yang sederhana.
4. Bila daging empuk, masukkan adunan sos perang, jagung dan bawang besar. Kacau hingga rata dan angkat.
Sumber : sajionline

Tuesday, March 1, 2011

Acar Daging Salai


Bahan Rebusan Daging:
300 gm daging salai - hiris nipis
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 cm halia - ditumbuk halus
Bahan Acar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang timun - dibuang empulur dan dipotong panjang
1 batang lobak merah - potong halus panjang
1 sudu jintan manis - ditumbuk
3 sudu besar cili boh
Minyak untuk menumis
Gara, air, gula dan cuka secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Rebus daging salai bersama bahan rebusan yang lain hingga kering airnya.
2. Panaskan minyak, tumis cili boh dan jintan manis hingga garing. Masukkan gula, cuka, air dan garam. Tutup periuk sampai mendidih.
3. Masukkan daging, lobak merah dan timun, bawang putih dan bawang merah. Balik-balikkan sebentar sebelum diangkat
Sumber : Sajionline

Wednesday, February 23, 2011

Daging Masak Jintan Dua Sejoli


Daging Masak Jintan Dua Sejoli
 BAHAN-BAHAN:
1 kg daging direbus dan dihiris nipis
6 ulas bawang putih - kisar
2 labu bawang besar - kisar
4 cm halia - kisar
30 gm serbuk jintan manis
30 gm serbuk jintan putih
30 gm serbuk ketumbar
2 sudu besar cili kisar
2 cawan santan pekat
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Daging direbus dan dihirs nipis.
2. Panaskan kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan jintan manis, jintan putih dan ketumbar dan tumis lagi sehingga naik minyak.
4. Masukkan daging yang telah dihiris nipis tadi dan kacau rata.
5. Masukkan santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa
6. Biarkan mereneh dan masak sehingga kuah agak pekat sebelum api ditutup dan diangkat. Hidangkan
Sumber : utusan

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...