Showing posts with label aneka masak telur. Show all posts
Showing posts with label aneka masak telur. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Telur Puyuh Masak Halia


Bahan-bahan:

20biji telur puyuh rebus

3 sm halia dihiris
1 labu bawang besar hiris
4biji cili merah dihiris
3 bijicili hijau  dihiris
11/2 sudu kecil sos tiram
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

1. Tumiskan halia dan hingga naik bau.

2. Masukkan cili merah, cili hijau,bawang besar dan sos tiram.

3. Kacau sehingga rata.

4. Masukkan telur puyuh , biarkan  10 minit.

5. Masukkan garam .. dikacau rata

Sumber : saji

Wednesday, March 9, 2011

Telur Dadar Sayuran


Telur Dadar Sayuran
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur ayam
Kubis (hiris)
Lobak merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
1 tangkai cili merah (hiris)
Daun sup (hiris)
Garam
Lada sulah

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati.
2. Panaskan minyak dan dadarkan adunan telur.
3. Biarkan telur separuh masak.
4. Kemudian gulungkan telur itu. Angkat dan sejukkan.
5. Setelah sejuk, potongkan mengikut kreativiti anda.
Sumber  : sajionline

Monday, February 28, 2011

Telur Gulung


Bahan-bahan:
6 butir telur gred A
3 sudu minyak masak
100gm isi ayam - dikisar
3 ulas bawang merah - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tangkai cili merah - dicincang
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada sulah
1 pokok daun salad
Mayonis
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Pukul telur dengan sedikit garam.
2. Sapukan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan sesenduk telur. Lenggangkan kuali untuk membuat telur dadar. Apabila masak, angkat dan ketepikan. Ulangi proses sehingga telur habis.
3. Tumis bahan cincang untuk membuat inti. Bila bawang layu, masukkan isi ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata dan matikan api apabila ayam masak.
4. Biarkan sejuk, kemudian gaulkan dengan sedikit mayonis.
5. Ambil sehelai daun salad dan letakkan di atas telur dadar. Masukkan sesudu besar inti ayam dan gulung kemas. Ulangi proses sehingga habis.
6. Semasa menghidang, potong telur menyerong, hiaskan dan sajikan bersama cili sos
Sumber : Sajionline

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...