Showing posts with label aneka resepi bubur. Show all posts
Showing posts with label aneka resepi bubur. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

RESEPI BUBUR GANDUM




BAHAN BAHAN
  • 1 cawan gandum 
  • 2 cawan santan
  • Gula mengikut rasa
  • Sedikit garam
  • Sehelai daun pandan ( diikat )
CARA MEMBUATNYA
  1. Rebus gandum hingga kembang (Kalau nak jimat masa , rendam dulu waktu malam )
  2. Masukkan santan dan daun pandan.
  3. Masukkan gula dan sedikit garam.
  4. Tunggu hingga mendidih.
  5. Boleh tambah santan jika inginkan kuah yang banyak.

RESEPI BUBUR PULUT HITAM




BAHAN BAHAN
  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil) 
CARA MEMBUATNYA
  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
  8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.

Tuesday, April 17, 2012

RESEPI BUBUR LAMBUK




BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2-3 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • daun ketumbar (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam & gula secukup rasa 
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

RESEPI BUBUR LABU




BAHAN-BAHAN
  • ½ biji labu sederhana 
  • 1 cawan susu segar@½ cawan santan 
  • ½ cawan sagu mata ikan 
  • 2 sudu gula merah 
  • Gula pasir  
  • Daun pandan
CARA MEMBUATNYA
  1. labu di buang kulit dan biji, potong kecil-kecil anggaran 5 cm persegi.Rebus hingga 3/4 empuk . 
  2. Tambahkan susu/santan,daun pandan,sagu mata ikan,gula merah dan gula pasir secukup rasa. 
  3. Biar hingga mendidih dan pekat.Kacau selalu.

RESEPI BUBUR BADAM



BAHAN-BAHAN
  • 1 gelas beras siam 
  • 4 gelas air
  • 300 gm badam, dikisar halus 
  • 1 gelas santan pekat 
  • 200 gm udang kering, dikisar 
  • 10 biji bawang merah, dikisar 
  • 1 camca sedang serbuk lada sulah 
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
 CARA MEMBUATNYA
  1. Beras dimasak hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan santan, bawang merah, udang kering, badam, serbuk lada sulah, garam dan serbuk perasa.
  3. Kacau hingga rata. Masak hingga mendidih.

Thursday, December 16, 2010

BUBUR NASI PELBAGAI CAMPURAN

 

BAHAN BAHAN :

1 cawan beras

3 cawan air

 

BAHAN  B “

sedikit kicap masin

sedikit ikan bilis goreng

sedikit kacang tanah goreng

sedikit daun bawang

sedikit bawang goreng

sedikit hirisan halia

sedikit telur asin

 

CARA MEMBUATNYA

1. Masakkan beras hingga menjadi bubur

2. Kemudian masukkan semua bahan –bahan B dan sedia untuk dihidang

3. Tambakan sedikit sedikit kicap masin untuk rasa yang lebih sedap

 

SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...