Showing posts with label nasi beriani sotong. Show all posts
Showing posts with label nasi beriani sotong. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Nasi Beriani Udang Galah

Bahan-bahan



Bahan Nasi Beriani
4 cawan Beras Basmati – dibersihkan dan direndam 15 minit
12 cawan air atau secukupnya
Rempah kering - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam, lada hitam.

Bahan Masak Udang
3 sudu besar Minyak Sapi
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum Bunga Cengkih
4 biji Buah Pelaga
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
2 inci Halia
500 gm Udang galah – dibersihkan
dadih - 250 ml susu segar + 1 biji perahan lemon
1 cawan Air
3 biji Tomato - dipotong 6
3 biji Ubi Kentang - potong 4 dan goreng sehingga masak
Garam (secukup rasa)
1/2 cawan Susu + secubit Saffron/Koma-koma – dipanaskan
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
150 gm rempah beriyani – jadikan pes
100 gm cili boh

Hiasan
Bawang Goreng
Daun Ketumbar dihiris kasar

Cara

Cara Memasak Beriani
Toskan beras dan didihkan air secukupnya bersama campuran rempah kering. Masukkan beras dan rebus hingga masak. Tapiskan.


Cara Memasak Udang
  1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk kunyit yang dikisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes beriani dan cili boh dan masak diatas api perlahan hingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, dadih, air, garam, tomato, ubi kentang dan jus limau. Masak hingga kuah menjadi pekat.
  4. Letakkan satu lapisan nasi yang telah dimasak tadi kedalam periuk, berselang-seli dengan udang beriani & renjiskan campuran susu dan saffron diatasnya, tutup periuk dengan rapat.
  5. Masak bahan tadi diatas api perlahan selama 15 minit.
  6. Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng.
sumber resepi.net

Friday, November 5, 2010

Resepi Nasi Beriani Sotong


Bahan-bahan:

1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 sudu besar rempah beriani
1 kilogram sotong basah (dicuci bersih)
1 helai daun pandan
4 cawan beras basmati (rendam 1/2 jam)
4 cawan air
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
50 gram kismis kuning
2 labu bawang besar (hiris dan goreng)
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar pewarna kuning

Bahan Dikisar Halus:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sentimeter halia

Cara menyediakan masakan:

1.Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah beriani sehingga garing.
2.Kemudian, masukkan sotong dan biarkan ia masak.Keluarkan sotong dan ketepikan. Biarkan baki rempah di dalam kuali.
3.Masukkan daun pandan dan beras basmati ke dalam kuali tadi. Gaul hingga sebati.
4.Masukkan air dan susu cair. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan sebatikan.
5.Masukkan kismis kuning, bawang besar yang sudah digoreng, daun ketumbar dan pewarna kuning. Biar kering dan boleh diangkat apabila bahan kelihatan layu.
6.Siap untuk dihidang.(Hidangan untuk enam orang)

Petua: Gunakan periuk kukus untuk mengukus nasi beriani selepas dimasak kering di dalam kuali untuk mendapatkan nasi yang lebih lembut dan tidak berkerak.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...