Showing posts with label resepi otak otak. Show all posts
Showing posts with label resepi otak otak. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

OTAK-OTAK SANDWICH

BAHAN –BAHAN ;

10 keping roti sandwich putih yang di bakar
1 ekor ikan tenggiri –di ambil isinya sahaja dan di bakar
150 gm sotong –kisar
3 biji cili merah –kisar halus
4 biji cili padi kisar halus
1 in kunyit hidup –kisar halus
1 batang serai –kisar halus
1/2 in lengkuas –kisar halus
1/2 in halia muda –kisar halus
2 biji bawang besar –kisar halus
6 biji bawang merah –kisar halus
1 helai daun pisang untuk mambungkus
1 biji telur ayam
1/2 cawan pati santan
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA ;

1. Bakar roti dalam pembakar hingga kekuningan
2. Campurkan semua bahan dan gaulkan sekali.masukkan ke dalam daun pisang dan kukus selama 15 minit
3. Letakkan didalam kepingan roti yang telah dibakar sebagai inti

SEDIA DIHIDANG

Sunday, November 7, 2010

OTAK-OTAK UDANG


BAHAN-BAHANNYA:

200 gm udang segar -dibuang kulit
150 gm kelapa parut - yang mda
2 batang serai - hiris halus
5 ulas bawang merah.
5 tangkai cili padi
1 helai daun kunyit - dihiris halus
sedikit kunyit ,garam,gula dan air asam jawa


CARA MENYDIAKANNYA ;

1. Tumbuk serai,bawang merah dan cili padi hingga halus. Masukkan kelapa dan tumbuk lagi hingga sebati
2. Gaulan semua bhan yang di tumbuk dengan udang, dan sedikit serbuk kunyit air asam jawa,gula,daun kunyit dan garam hingga mesra

3. bungkus dengan daun pisang jadikan 4 bungkusan dan bakar selama 8 minit dan tekan hight .angkat dan hidangkan masa panas

SEDIA DIHIDANG

Tuesday, September 21, 2010

Otak Otak


Bahan bahan:

3keping Ikan tenggiri
10ulas Bawang merah
250gm Santan
4tangkai Cili merah
1helai Daun pisang

Cara menyediakannya:

1. Ikan tenggiri dibuang tulang dan kemudian dihancurkan.

2. Kisar bawang merah bersama cili merah. Gaulkan bersama ikan tenggiri tadi.

3. Tuangkan santan dan masukkan garam secukup rasa. Gaulkan sebati.

4. Kemudian bungkuskan dengan daun pisang.

5. Bakar sehingga masak. Enak di makan ketika mash panas.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...