Showing posts with label resepi perut. Show all posts
Showing posts with label resepi perut. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Resepi Perut Air Asam

Bahan-bahan:

500 gm perut ~ rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil
8 biji cili api ~ kalau nak pedas tambah lagi
1 inci belacan ~ bakar sikit
1 biji tomato ~ potong dadu
1 biji bawang besar ~ hiris
Daun ketumbar ~ hiris (dlm resepi ni daun ketumbar tak letak, dah abis)
Air asam jawa ~ secukupnya
Garam dan gula ~ secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Kisar halus cili padi, air asam jawa dan belacan hingga hancur. Kemudian masukkan gula dan garam.
2. Di dalam mangkuk, satukan perut yang telah direbus dan bahan kisar.
3. Selepas itu masukkan tomato dan bawang yang telah dihiris dan dadu tadi.
4. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Tuesday, October 12, 2010

RESEPI PERUT LEMAK CILI API


BAHAN-BAHANNYA:

2 kg perutlembu-direbus hingga empuk dan dihiris
1 ikat daun kunyit-di hiris halus
2 biji kelapa -diambil santannya 25 gm
4 helai daun limau purut

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:

200 gm bawang besar
50 gm cili api
80 gm buah keras
30 gm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan santan kelapa kedalam periuk bersama bahan-bahan yang telah dikisar
tadi.
2. Masak diatas api sederhana .Kemudian masukkan perut lembu, dan garam mengikut rasa.
3. Bahan-bahan tersebut hendaklah dikacau selalu supaya tidak pecah minyak,Masak hingga
perut jadi empuk.setelah itu boleh dihidang bersama nasi.

SEDIA DI HIDANG.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...