Showing posts with label resepi lauk. Show all posts
Showing posts with label resepi lauk. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Sup Udang Thai

Sup Udang Thai



Bahan-bahan:
350 gram udang besar
1 sudu makan minyak masak
1 batang serai – cincang kasar
2 helai daun limau purut – cincang
1 tangkai lada hijau – buang biji dan cincang
1.2 liter air rebusan ayam atau ikan (stok)
1 biji limau nipis
1 sudu makan sos ikan
1 tangkai cili api – buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar – hiris nipis
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar cincang – untuk taburan

Cara penyediaan:

Bersihkan udang, asingkan kepala dan kulit, tinggalkan sedikit kulit dan ekor.

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kepala dan kulit udang. Goreng sehingga bertukar warna menjadi kemerahan anggaran selama 3-4 minit. Masukkan serai, daun limau purut, lada hijau dan stok.

Ambil sedikit hirisan kulit limau nipis. Sagat kulit limau nipis yang tinggal. Masukkan kulit yang telah disagat ke dalam periuk. Biarkan sehingga ramuan mendidih.

Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk dan biarkan mereneh selama 20 minit.

Tapis air rebusan tadi. Buang bahan yang ada dalam periuk dan masukkan semula air rebusan tadi.

Perah limau nipis, masukkan sos ikan, garam dan lada sulah secukup rasa pada air rebusan. Panaskan atas api sederhana sehingga mendidih.

Kecilkan api, masukkan udang dan biarkan masak selama 2-3 minit.

Masukkan cili api dan hirisan bawang besar. Kacau seketika dan tutup api.

Sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar. Hidangkan panas-panas.

Thursday, September 22, 2011

Resepi Ikan Kukus Taucu

Ikan Kukus Taucu

Bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap, bersihkan
1/4 sudu teh lada hitam, tumbuk halus
2 btg daun bawang, hiris kasar
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 tangkai lada hijau, hiris serong
1 cm halia, hiris nipis
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan taucu
100 ml air
1 sudu teh jus limau nipis

Cara penyediaan :
Lumur ikan dengan semua bahan. Perap selama 30 minit bahan-bahan meresap dengan sempurna.

Kukus ikan sampai masak anggaran selama 20 minit.

Angkat dan saajikan panas-panas.

- Resepi ini tidak memerlukan garam kerana masin taucu sudah mencukupi.

Resepi Tom Yam Ayam

Tomyam Ayam




Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong

Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.

Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.

Resepi Jantung Pisang Tumis ala Kampung

Jantung Pisang Tumis Ala Kampung




Bahan-bahan:

2 biji jantung pisang
2 biji terung - potong kecil-kecil
5 labu bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - diketuk
10 tangkai cili padi- potong kecil-kecil
1 sudu teh belacan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
Rebus jantung pisang selama 10 minit, toskan dan potong kasar.

Panaskan minyak, goreng terung hingga separuh layu. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan belacan gula dan garam. Gaul hingga mesra.

Masukkan terung dan jantung pisang. Gaul hingga mesra dan tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kerabu Kerang dengan Pucuk Paku

Kerabu Kerang dengan Pucuk Paku


Bahan-bahan:

Secekak pucuk paku - ambil daun dan batang lembut,celur
½ kg tauge - celur
1 kg kerang - rebus dan ambil isi
2 sudu kerisik
3 biji bawang merah - hiris
5 biji limau nipis - ambil jusnya
3 tangkai cili merah - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
Sedikit belacan - dibakar dan tumbuk
Garam dan gula secukup rasa


Cara Penyediaan:

Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata.
Hidangkan.

Resepi Bergedel Kentang & Daging

Bergedil Kentang dan Daging



Bahan-bahan:

300 gram kentang
100 gram daging kisar
¼ sudu teh lada sulah
½ sudu teh serbuk buah pala
¼ sudu teh jintan putih
¼ sudu teh jintan manis
Setangkai daun sup - hiris
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng terendam

Bahan salut:
2 biji telur - pukul

Cara Penyediaan:

Rebus kentang hingga empuk. Setelah sejuk, kupas kulitnya dan lenyek hingga halus.
Campurkan kentang yang telah ilenyek dengan daging kisar, lada sulah, serbuk buah pala, jintan putih, jintan manis, daun sup dan garam ke dalam mangkuk. Gaul hingga rata.

Panaskan minyak dalam kuali.

Bulat-bulat dan leperkan adunan kentang tadi, celup dalam telur dan goreng hingga masak.

Sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan soto, mihun sup atau bersama hidangan nasi.

Resepi Itik Solo

Itik Solo


Bahan-bahan:

1 ekor itik
garam, gula dan asam jawa secukup rasa
3 cawan santan pekat

Bahan rempah:
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh manis
2 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh halba
1 cawan bawang merah - ½ bahagiannya digoreng
1 ulas bawang putih
3 sudu cili kering kisar - lebihkan jika suka pedas
½ ulas lengkuas
Halia sebesar ibu jari (merah)
1 batang serai
1 batang pelepah kelapa @ tebu
1 inci kayu manis
1 inci selaput buah pala

Cara penyediaan:

Bersihkan itik, kemudian rebus dengan sedikit garam sehingga lembut.

Giling/kisar kesemua rempah, kemudian masukkan sedikit garam dan gula.

Lumur itik yang telah direbus lembut dengan sebahagian daripada bahan rempah yang telah digiling/kisar. Perap ½ jam.

Masukkan baki rempah dalam santan bersama bawang goreng, sedikit air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasanya.

Panggang itik yang telah diperap sehingga kuning, golek-golekkan atas api supaya masak sekata. Lumur santan berempah dan bakar lagi. Ulangi sehingga sehingga masak dan habis santannya.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.



resepi tradisi kelantan

Resepi Sambal Gesek

Sambal Gesek


Bahan-bahan:

Segenggam Ikan bilis
15 biji cili api - lebihkan jika suka pedas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara Penyediaan:

Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Masukkan cili api, bawang merah, bawng putih dan garam ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga ikan bilis separa hancur. Perahkan limau kasturi dan gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Sunday, December 12, 2010

Resepi Lala Sos Tiram


Bahan-bahan :

I kilo Lala 
5 ulas bawang putih (ditumbuk) 
10 biji cili padi (ditumbuk) 
2 biji telur 
2 batang serai (dititik) 
Sedikit halia (dihiris) 

sedikit minyak masak untuk menumis
sos tiram secukup rasa



Cara :


1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk sehingga kuning dan naik baunya. 
2. Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk and hirisan halia. 
3. Selepas itu masukkan lala, telur dan sos tiram dan gaul sehingga mendidih.

Monday, December 6, 2010

Resepi Perut Air Asam

Bahan-bahan:

500 gm perut ~ rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil
8 biji cili api ~ kalau nak pedas tambah lagi
1 inci belacan ~ bakar sikit
1 biji tomato ~ potong dadu
1 biji bawang besar ~ hiris
Daun ketumbar ~ hiris (dlm resepi ni daun ketumbar tak letak, dah abis)
Air asam jawa ~ secukupnya
Garam dan gula ~ secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Kisar halus cili padi, air asam jawa dan belacan hingga hancur. Kemudian masukkan gula dan garam.
2. Di dalam mangkuk, satukan perut yang telah direbus dan bahan kisar.
3. Selepas itu masukkan tomato dan bawang yang telah dihiris dan dadu tadi.
4. Gaul rata dan sedia dihidangkan.

Resepi Sambal Tumis Kerang



Bahan-bahan:
3-4 kg kerang ~ direbus dan ambil isinya
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk/kisar
2 biji bawang besar ~ ditumbuk/kisar
3 sudu(kurang atau lebih) cili yg telah dikisar
2 biji bawang besar ~ dihiris
1 cm (sedikit saja) 
belacan(jika suka) ~ kisar/tumbuk bersama bawang
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air ~ jika perlu.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

Sunday, December 5, 2010

SAMBAL TUMIS UDANG


BAHAN – BAHAN ;
1/2 kg udang
1 senduk besar cili kering siap dikisar
1 biji bawang besar  - dikisar
sedikit belacan – dikisar
sedikit asam jawa
1 mangkuk air
1 biji bawang besar – dimayang
1 sudu besar garam

CARA MEMBUATNYA ;
1. Panaskan minyak 1/2 senduk.goreng bahan yang dikisar hingga naik bau
2. Masukkan air asam jawa,garam,dan gula ,kacau rata hingga naik bau
3. Masukkan bawang besar dan apabila layu,masukkan udang

SEDIA DIHIDANG .

Saturday, December 4, 2010

Resepi Ayam Bakar


BAHAN REBUSAN AYAM :
1 ekor ayam
400 gm bawang merah – dicincang
400 gm bawang putih - dicincang
100 gm buah keras – dicincang
500 gm gula merah – digoreng
50 gm ketumbar – digoreng
50 gmm tepung pulut – digoreng
10 gelas air

BAHAN BUMBU AYAM :
500 gm bawang putih – digoreng
250 gm bawang merah – digoreng
250 buah keras – digoreng
75 gm halia – digoreng
10 gm kecur – digoreng 
10 gm lengkuas – digoreng
2 kg gula merah – digiling dengan air
50 gm serbuk ketumbar – digiling dengan air
100 gm serbuk lada – digiling dengan air

CARA MEMBUATNYA :
1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil
2. Campurkan bahan giling dan goreng
3. Masukkan ayam yang digoreng bersama bahan giling kedalam periuk berisi air,.Kukus hingga empuk. Ketepikan

CARA MEMBUATNYA :
1. Campurkan semua bahan yang telah digiling dan digoreng
2. Kukus bahan campuran tersebut hingga masak
3. Kemudian sapukan pada ayam yang telah dikukus dan bakar ayam tersebut
4. Potong ayam yang sudah dibakar sebelum dihidang

SEDIA DIHIDANG  .

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...