Showing posts with label resepi puding. Show all posts
Showing posts with label resepi puding. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Resepi Puding Karamel Berkacang

Puding Karamel Berkacang
BAHAN-BAHAN:
1/4 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (tin kecil)
8 biji telur
1 tin air
1 sudu kecil vanila
2 sudu besar gula
50 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk kasar)
10 gm keju
CARA MENYEDIAKAN:
Campurkan susu cair, susu pekat, telur, air dan vanila. Kemudian pukul rata dan sebati.Kemudian masukkan kacang ke dalam acuan.Masukkan bahan ke dalam acuan dan kukus hingga masak.Setelah masak, angkat. Sagatkan keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar selama 5 minit.
Sumber : saji

Monday, June 4, 2012

Resepi Puding Roti Pisang

Puding Roti Pisang
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang montel/berangan/mas
6 keping roti
2 biji telur
2 sudu besar kismis
2 sudu besar gula perang
1 cawan susu segar
100 gm mentega/marjerin
3 sudu besar jagung
CARA MENYEDIAKAN:
Pisang dihiris nipis. Pukul mentega atau marjerin, telur, dan susu.. Roti disiat dan direndam dalam adunan susu. Susunkan roti di bahagian bawah acuan.Taburkan hirisan pisang, kismis, jagung dan gula perang.Susun selapis lagi dengan roti. Ulang proses nombor 5. Di bahagian atas susun semula roti.kemudian  Bakar pada suhu 180oC selama 45 minit…bila dah masak,angka
Sedia dihidang
Sumber: saji

Sunday, December 5, 2010

RESEPI PUDING SERIKAYA


BAHAN – BAHAN :
300 tin seri kaya
60 gm santan – 1 bungkus dicampur dengan 1/2  cawan air
20 gm agar-agar
3 cawan air
1 1/2 cawan gula
3 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA :
1. Agar-agar di masak bersama air hingga larut,barulah dimasukkan gula
2. Biarkan hingga gula larut,angkat dan tapiskan
3. Masukkan serikaya dan santan segera yang telah dicampur terlebih dahulu;
   untuk mengelakkan dari santan bergentel
4. Masak agar-agar di atas api sederhana hingga mendidih
5. Angkat dan masukkan dalam acuan yang di sediakan hingga sejuk

SEDIA DIHIDANG .

Monday, November 8, 2010

Resepi Karamel


Bahan-bahan:

5 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu teh vanila esen5 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula (masukkan dalam telur)

cara buat:

masukkan gula pasir ke dalam kuali dan panaskan dengan api perlahan
kacau gula hingga cair dan menjadi perang(karamel)
angkat karamel dan masukkan ke dalam loyang
masukkan telur dan gula ke dalam susu cair, putar hingga sebati dan masukkan esen vanila
Tuang ke dalam loyang yang berisi karamel tadi
bakar atau kukus sehingga masak
sejukkan dan hidang

      Friday, November 5, 2010

      Resepi Puding Jagung Kuah Cocktail


      Bahan-bahan:


      Tepung Kastard 1 cawan
      Air Masak 5 cawan
      Susu Cair (Optional) 1 tin
      Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
      Gula Pasir ½ cawan
      Garam 1 sudu kecil

      Cara menyediakan:

      1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
      2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
      3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
      4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
      5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api.
      6. Ingat, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
      7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
      8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air.
      9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.

      Kuah Cocktail

      Bahan-bahan:
      Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
      Susu Cair 1 tin
      Gula Pasir 4 sudu besar
      Garam ½ sudu kecil
      Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
      Air Masak ikut kesesuaian

      Cara menyediakan:

      1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
      2. Masak dengan api sederhana kecil.
      3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
      4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
      5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
      6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.

      7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.

      Resepi Puding Laici

      Bahan-bahan:

      2 tin laici
      1 tin susu cair
      5 ketul gula batu
      1 bungkus agar-agar
      3 biji kuning telur
      2 susu tepung kastard sedikit esen vanilla gula secukup rasa


      Cara-cara membuatnya:

      Didihkan agar-agar sehingga cair.
      Kuning telur dipukul hingga kembang bersama tepung kastard
      Kemudian campurkan susu cair dan esen vanilla.
      Akhir sekali masukkan kesemua bahan termasuk laici kedalam agar-agar.
      Kacau perlahan-lahan hingga sebati.
      Kemudian masukkan ke dalam bekas.
      Setelah sejuk masukkan dalam peti ais.

      Resepi Puding Cendol

      Bahan-bahan:

      1/2 paket agar2 (20 gm)
      3 gelas air
      1 cawan gula
      1 cawan susu cair
      2 cawan cendul
      1 cawan gula merah

      Cara menyediakan:

      1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
      2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi,tapiskan.
      3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
      4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
      5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
      6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
      7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
      8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan dan hidangkan

      Thursday, November 4, 2010

      Kek Puding Lapis Agar-Agar


      Bahan Kek:

      200 gm sponge mix 4 biji telur
      1 sudu besar ovallete
      50 ml air Sedikit esen vanila
      60 ml minyak

      Bahan Puding:

      200 ml susu cair
      200 ml susu segar
      90 gm flan vanila
      30 gm tepung kastard
      Sedikit esen vanila

      Bahan Topping:

      200 ml air
      35 gm gula
      1/2 sudu besar serbuk agar-agar
      Sedikit perasa lemon
      Sedikit pewarna kuning

      Cara Menyediakan:

      1. Untuk membuat kek, pukul telur sehingga gebu.
      2. Masukkan sponge mix, ovallete, esen vanila, air dan minyak.
      3. Pukul sehingga gebu dan masukkan ke dalam acuan empat segi, bakar pada suhu 170oC selama 25 minit.
      4. Setelah masak sejukkan dan keluarkan dari acuan. Trim di bahagian tepi kek, kemudian masukkan ke dalam acuan 9 x 9 x 3 inci.
      5. Untuk puding, panaskan tiga per empat susu, kemudian masukkan flan vanila.
      6. Susu yang selebihnya tadi, kacau sebati bersama tepung kastard dan tuangkan ke dalam flan vanila.
      7. Kacau selama 5 hingga 6 minit. Tuangkan puding ini ke atas kek dan sejukkan.
      8. Untuk topping, satukan kesemua bahan topping dan masak di atas api sehingga mendidih dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan di atas puding pula.
      9. Akhir sekali, hiaskan dengan buah anggur. Sejukkan.

      ShareThis

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...