Tuesday, December 14, 2010

Resepi Peria Goreng

Bahan-bahan :

2 biji peria
2 tahil udang hidup
3 biji cili merah
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam, serbuk perasa secukupnya



Cara :


1. Peria dibersihkan dan dipotong kecil-kecil setelah itu diramas dengan sedikit garam, dibasuh serta toskan airnya. 
2. Udang dibersihkan serta dibuang kulitnya. Cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk hingga lumat. 
3.  Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi setelah itu masukkan pula udang, bila sudah naik baunya masukkan peria, kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya. 
4. Setelah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan

Resepi Kari Pedas Kentang

Bahan :


1 kg kentang - buang kulit dan potong dadu
4 gm tomato - potong dadu
2 gm bawang besar - dicincang
5 gm daun kari
10 gm daun ketumbar - dicincang
5 gm biji sawi 
5 gm pes halia bawang putih
15 gm serbuk jintan putih
10 gm serbuk kunyit
15 gm serbuk ketumbar
2 gm cili hijau
50 ml minyak masak
Sedikit serbuk perasa



Cara :


1. Panaskan minyak, masukkan bawang, pes halia bawang putih, daun karo dan masak selama 5 minit. 
2. Masukkan biji sawi dan biarkan beberapa minit lagi. 
3. Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan kacau rata. 
4. Masukkan separuh daripada tomato dan masukkan air. Reneh pada kepanasan yang sederhan antara 15 hingga 20 minit. 
5. Masukkan kiub kentang dan masak sehingga kentang empuk (masukkan air dari semasa ke semasa jika perlu). 6. Masukkan cili hijau dan serbuk perasa. Selepas masak masukkan daun ketumbar.

Resepi Kari Terung


Bahan-bahan:

4 biji terung panjang – potong tebal-tebal
5 bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
2 sudu makan serbuk kari – gaul rata dengan 2 sudu makan air
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair – dari 1 biji kelapa
1 tangkai daun kari
2 sudu makan minyak masak
3 keping asam gelugur atau 1 sudu makan paste asam jawa
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukka serbuk kari dan tumis sehingga naik baud an terbit minyak, pastikan tidak hangus.
Masukkan santan cair, asam gelugur atau paste asam jawa dan daun kari. Masukkan garam secukup rasa dan panaskan hingga mendidih.
Masukkan terung dan masak hingga separa lembut.
Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih.

Resepi Terung Goreng Masak Sambal


Bahan-bahan :


sebiji terung mentah(sudah dipotong) 
minyak-1 gelas kecil(utk menggoreng) 
2 biji bawang putih(ditumbuk halus) 
2 biji bawang merah(ditumbuk halus) 
2 sudu makan udang kering(ditumbuk halus) 
7 biji lada(ditumbuk halus)
1 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil ajinomoto
sedikit lada sulah
sedikit air



Cara :


1. panaskan minyak di kuali,masukkan terung yg telah dipotong,gorengkan sehingga separuh masak,kemudian asingkan.
2. gunakan 1/4 daripada minyak menggoreng tadi utk menumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk.masukkan sedikit air,gaul dan masukkan gula,garam & ajinomoto.gaulkan sehingga masak.hidangkan.

Resepi Terung Goreng Berlada


Bahan A: 

4 Biji Terung Hitam panjang 
10 ekor udang sedahana besar 
1 Biji Bawang Besar dipotong bulat


Bahan B:

5 ulas Cili besar merah
1 inci Halia
3 ulas Bawang putih
4 ulas Bawang kecil 



Cara :


1. Potong terung seperti masak pajeri.
2. Panaskan satu cawan minyak.
3. Tambah sedikit garam dalam minyak.
4. Goreng terung dan asingkan.Tumbuk bahan B. 
5. Kurangkan minyak untuk menumis.Tumis bahan B hingga naik bau. 
6. Masukkan udang yang telah dilumur dengan kunyit.
7. kacau hingga garing,masukkan terung,gaul and rasa garam.

Monday, December 13, 2010

Resepi Bendi Goreng Bertelur

Bahan-bahan :

Bahan A : 
10 tangkai cili merah 
10 tangkai cili padi 
1 labu bawang besar 
3 ulas bawang putih 
Sedikit belacan sebesar ibu jari 
Sedikit garam dan gula 
Minyak masak untuk menumis 
2 keping asam keping
Bahan B:
10 batang kacang bendi-dipotong 3
2 biji telur ayam 



Cara :


Bahan A dikisar halus.
1.Minyak masak dipanaskan
2.Tumis bahan A tadi.Masukkan asam keping jika suka.
3.Biarkan bahan tumis tadi sehingga garing/naik bau.
4.Pecahkan telur dan biarkan ia masak seketika.
5.Masukkan bendi yagn telah dipotong tadi.Tunggu sehingga bendi masak dan angkat serta hidang. 

Resepi Sambal Bendi



Bahan-bahan :

10 biji bendi ~ potong serong
1 biji bawang besar ~ ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ~ditumbuk kasar
1 sudu makan @ secukupnya cili kisar
Segengam ikan bilis
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula ~ secukup rasa
Minyak

Cara penyediaan:

1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyak.
2. Tumiskan bawang putih dan besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing.
3. Masukkan bendi, kacau rata.
4. Kemudian masukan sedikit air asam jawa ,garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum angkat masukkan ikan bilis. Kacau seketika dan bolehlah diangkat.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...