Tuesday, August 31, 2010

Sup Cendawan Campur


Bahan-bahan

100 gran cendawan

30 gram kubis bunga

1 paket putik jagung

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

30 gram udang kering

2 kiub ikan bilis

1 sudu besar sos tiram

200 ml air

Cara memasak

1) Hiris bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan hingga garing dan naik bau..

2) Tuangkan air ,udang kering dan kiub ikan bilis .

3) Kemudian masukkan cendawan, kobis bunga, dan putik jagung.

4) Akhir sekali masukkan sos tiram dan reneh hingga mendidih....

Kacang Panjang Goreng Bertelur


Bahan-bahan

100 gram kacang panjang(potong kecil)

1 biji telur

4 ulas bawang merah (hiris)

1 ulas bawang putih(hiris)

garam secukup rasa

Cara memasak

1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,bawang merah hingga naik bau..

2) Masukkan kacang panjang dan gaul sebentar.

3) Masukkan telur dan gaul rata.

4) akhir sekali ,masukkan garam secukup rasa...

Wednesday, August 25, 2010

TOMYAM ISTIMEWA


Bahan-bahan

100gram ayam

100 gram daging

sedikit udang dan sotong(ikut citarasa)

sedikit bunga kobis

sedikit carrot

10 helai daun limau purut

4 biji limau nipis (diambil jus)

3 btg serai

1 biji tomato (potong 4)

1 biji bawang besar (belah 4)

6 biji cili padi (diketuk)

Bahan kisar

3 biji cili kering

5 biji cili besar

1/2 inci lengkuas

1/4 halia

1 biji tomato

1 btg serai

3 ulas bwg putih

4 ulas bawang merah

Cara memasak:-

1) Didihkan air, masukkan bahan yang dikisar dan daging,setelah daging empuk, masukkan ayam.

2) Kemudian masukkan garam dan perasa secukup rasa ,masukkan sotong dan udang.

3) Setelah itu masukkan bawang besar,serai, cili padi, bunga kobis dan carrot.

4) Masukkan jus limau nipis secukup rasa..kemudian baru dimasukkan tomato dan daun limau purut.

5) sedia dihidangkan

P/S bahan yang dikisar boleh diganti dengan perencah tomyam yg ada jual di kedai2

Tuesday, August 24, 2010

Ikan Siakap Kukus ala Thai

Bahan-bahan

ikan siakap

serai

bawang putih

bawah besar

stok ayam

air limau nipis tanpa biji

cili padi

gula secukup rasa

daun sup

satu sudu teh sedikit tepung jagung

2 cawan air

Cara Penyediaan

1) Masukkan stok ayam yang yang dicampur dgn dua cawan air kedalam kuali dgn api yang sederhana.

2) Ketuk Serai, bawang putih
Masukkan tepung jagung , campuran air limau nipis tanpa biji bersama gula

semua bahan ini di masukkan dlm stok ayam yang mendidih di atas dapur

masukkan ikan siakap yang segar dan siap di kelar ke dlm kuali tadi

tabur hirisan cili pada dan daun sup dan hiriasn bawang besar

tutup kuali sehingga masak dan

3) sedia dihidangkan

Friday, August 20, 2010

Udang goreng asam jawa


ADA BERBAGAI RESEPI UDANG DALAM DUNIA NI.. ...KALI NI NZ NAK KONGSI RESEPI UDANG GORENG ASAM JAWA LAK...SESUAI LA UTK MASAK BULAN BULAN POSE MCM NI KAN....HURM SELAMAT MENCUBA
Bahan-bahan

200 gram udang (saiz sederhana)

3 ulas bawang putih

6 ulas bawang merah

5 tangkai cili merah

3 tangkai cili hijau

40 gram daun ketumbar

50 ml minyak sayuran

100 ml air asam jawa

10 gram garam

15 gram gula

Cara memasak

1) Bersihkan udang dan goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan.ketepikan..

2) Tumis bahan-bahan yang dipotong dadu sehingga naik bau.

3) Kemudian, masukkan air asam jawa dan biarkan seketika.

4) Masukkan garam dan gula serta daun ketumbar.

5) Akhir sekali ,masukkan udang kacau sebati.

6) Sedia diidangkan..
p/s selamat mencuba dan selamat berpuasa....

Tuesday, August 17, 2010

Ikan Percik


Bahan-bahan

3 ekor ikan kembung

2 biji kelapa(ambil santannya)

10 biji cili kering

10 ulas bawang merah

Sedikit halia

1 batang serai

Sedikit belacan

1 camca besar gula

2 camca besar air asam jawa

Sedikit kunyit (ditumbuk)

Garam secukup rasa


Cara memasak


1)
Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit.

2) kemudian bakarlah di atas dapur arang sehingga separuh masak. Biarkan sementara di atas dapur

Cara membuat kuah percik

1) Bawang merah, cili kering dan halia digiling hingga lumat bersama belacan. Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan.

2) Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam.

3)Masak di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi.

4) Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Gulai tempoyak ikan Patin


Bahan-Bahan

Ikan Patin

Tempoyak (ikut suka)

Serai 3 batang

Bunga Kantan 1 batang. Dihiris

Daun Kesom 5 tangkai

Kunyit hidup atau serbuk

7-10 biji cili api (ditumbuk)

Garam

gula

Air 2 gelas besar.


Cara memasak

1) Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan cili yang ditumbuk. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama
setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap.

2) Masukkan air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom.

3) Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa.

4)Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas.

Monday, August 16, 2010

sup tulang mamak stail


Bahan-bahan

1 kg tulang

2 s/b minyak makan

3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]

4 biji kentang [belah 4]

1 batang carrot [potong kecil]

1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]

1 batang serai [ketuk]

2 biji tomato [belah 4]

garam

bawang goreng

air secukupnya

bahan tumbuk

7 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 sm halia

1 s/k lada hitam


bahan rempah tumis

1 inci kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

2 biji buak pelaga

Cara memasak
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.

3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.

4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.

5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.

7. Tutup api dan masukkan tomato.

8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

Saturday, August 14, 2010

Sup ekor chef wan stail


Bahan-bahan

1/2 cwn. minyak sayuran

500g ekor lembu, dibersihkan dan dipotong-potong

2 sudu besar ketumbar serbuk

1 sudu besar jintan putih/halus serbuk

1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk

1.5 sudu besar tomato puri

1.5 liter @ 6 cwn. air

1 batang lobak merah, dikupas dan didadu

1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu

2 batang saderi, didadu

garam

lada hitam yg. baru dikisar

daun ketumbar, dhiris-hiris

bawang goreng

Rempah Tumis

4 bj. buah pelaga

1 cm kulit kayu manis

6 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

Bahan dikisar

10 ulas bawang merah, dikupas

4 ulas bawang putih, dikupas

2 batang serai, dihiris halus-halus

1cm halia, dikupas

Cara:

1.) Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan toskan.

2.) Di dalam minyak yg. sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya.

3.) Tambah ketumbar, jintah putih/halus, dan juga jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.

4.) Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.

5)Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

6.) Hias dgn. daun ketumbar dan bwg. goreng sebelum dihidang

Paprik campur


Bahan-bahan

sedikit udang segar

sedikit Sotong

Isi ayam - dipotong kecil

4 ulas bawang merah (ditumbuk)

2 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 labu bawang besar (dimayang)

2 batang serai (diketuk)

beberapa helai daun limau purut

2 biji buah tomato - belah 4

5 biji cili padi - diketuk

Bunga kobis, jagung muda, carrot, kacang panjang

Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis

Garam, gula

Caranya memasak

1) Tumis bawang merah, bawang putih & cili padi tadi.

2) Masukkan semua jenis sos tadi diikuti dengan ayam, udang & sotong.

3) Biarkan mendidih sekejap dan masukkan sedikit air.

4) Masukkan serai, daun limau purut & sayuran.

5) Bila dah mendidih, masukkan pula bawang besar & tomato.

6) kemudian masukkan garam & gula secukup rasa...

7) sedia dihidang

Udang masam manis


Bahan-bahan

6 ekor udang besar

1 labu bawang besar - dihiris

1 biji tomato - potong 4

5 sudu besar sos cili

5 sudu besar sos tomato

1 sudu kecil gula

1/2 cawan air

garam secukup rasa

Bahan utk ditumis (dihiris)


3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 tangkai cili merah

1 tangkai cili hijau

Cara memasak


1) Gaulkan garam dengan udang dan gorengkan. Kemudian ketepikan.

2) Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi

3) Masukkan udang, buah tomato, bawang besar, sos tomato, sos cili, gula dan air. Kemudian kacau rata.

4) Tutup api dan hidangkan.

Friday, August 13, 2010

Rendang Tok


Bahan-bahan


1.5kg Daging lembu (di potong dadu)

1/2 cawan Minyak masak

200g Kerisik

700ml Santan

100g kerisik

20 g Bunga Kantan ( di kisar)

10g Daun kesom ( di kisar )

60ml Air Asam Jawa

100g Bawang besar (dikisar)

30g Halia ( di kisar )

30g Bawang putih ( di kisar)

100g Lengkuas ( di kisar )

20 g Kunyit segar ( di kisar )

200g cili kering ( dikisar )

50g Serai ( di kisar )

30 g Belacan

20g Daun Kunyit (dihiris)

15g Daun Limau Purut

10g Daun Salam

200g Gula Melaka

100g Gula Pasir

40 g Garam secukup rasa

REMPAH DI KISAR

10g Bunga Lawang

20g Kulit Kayu Manis

20g Buah pelaga

15g Bunga Cengkih

30g Jintan Manis

20g Jintan Putih

10g Ketumbar

30g Serbuk buah pala

Cara memasak

1) Panaskan minyak tumis bahan yang di kisar hingga naik bau. Masukan rempah,cili kering dan kacau lagi hingga pecah minyak.

2) Masukkan separuh santan dan kacau hingga pekat. Kemudian masuk daging dan kacau hingga kering dan pekat.

3) Kemudian masukan lebihan santan dan kemudian isi kelapa tua, air asam jawa,daun kesum,daun salam dan serbuk buah pala.

4) Biar renih selama 30 minit dan kacau hingga pekat kemudian baru masukan kerisik.

5) Masak hingga kering dan masukan garam ,gula secukup rasa.

Wednesday, August 11, 2010

Kerabu Kacang Botor


Bahan-Bahan

1 ikat kacang botol (dihiris)

1 labu bawang merah besar (hiris halus)

8 tangkai cili padi (hiris halus)

1 tangkai lada merah

1/2 cawan udang kering (di basuh, di tumbuk dan di panggang)

sedikit kerisik kelapa

2 biji limau nipis (ambil jusnya)

1 camca garam

3 camca gula

Cara penyediaan

1) Celur kacang botol kemudian toskan

2)Masukkan bawang besar, cili pada, lada merah, gula, garam, kerisik & udang kering
perahkan jus limau nipis, gaulkan sehingga rata.

3) Sedia dihidang

Kerabu Perut


Bahan-bahan

500 gram perut ( di rebus sampai empuk)

5 biji cili padi (dihiris)

1 batang serai (dihiris)

1 biji cili masak (dihiris)

6 biji bawang merah

1 biji tomato (di potong dadu)

limau nipis (diambil jus)

gula

garam

daun sup

Cara Penyediaan


1) Masuk kan semua bahan tadi kecuali tomato..dan gaul kan sehingga sebati bersama perahan air limau..

2) Kemudian baru lah di masuk kan tomato tadi,dan gaul kan lagi..

3) sedia di hidang kan..

Kerabu Sotong


Bahan-bahan
1 kg sotong (dikelar dan direbus)

2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

5 tangkai cili api (dihiris halus)

2 biji limau nipis (ambil jus)

4 camca sedang sos ikan

2 biji bawang besar (dihiris)

3 batang serai (dihiris)

2 biji tomato (dihiris)

1 batang kacang panjang (dihiris)

1 kuntum bunga kantan (dihiris)

1 helai daun limau purut (dihiris)

1/2 batang lobak merah (disagat)

Cara membuat

1) Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata.

2) Sedia untuk dihidangkan

Siakap 3 Rasa Aroma

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap

8 tangkai cili merah (dicincang halus)

10 tangkai cili api (dicincang halus)

5 ulas bawang putih (dicincang halus)

5 ulas bawang merah (dicincang halus)

5 sm halia (dicincang halus)

5 batang serai (dicincang halus)

sos ikan secukup rasa

sos tiram secukup rasa

garam

gula

serbuk kunyit

kicap soya

daun ketumbar

lobak merah

sedikit lada sulah

sedikit tepung jagung

Cara penyediaan


1) Gaulkan garam,serbuk kunyit dan lada sulah bersama sedikit tepung jagung sehingga sebati.

2) Kemudian ,lumurkan pada ikan siakap yang telah dibersihkan dan goreng diatas api sederhana sehingga garing..ketepikan

3) Panaskan minyak untuk menumis. masukkan semua bahan yang telah dicincang. Goreng sehingga naik bau.

4) Masukkan dua cawan air dan tunggu sehingga mendidih.

5) Masukkan semua bahan perasa secukupnya dan biarkan masak .

6) Tuangkan diatas ikan yang telah digoreng tadi .

7) Sedia dihidang...

Monday, August 9, 2010

Kailan Cendawan Ikan Masin


Bahan- bahan

600 gram baby kailan

100 gram cendawan tiram

1 tangkai cili merah

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih (dimayang)

sepotong isi ikan tenggiri masin (ditumbuk)

3 sudu besar sos tiram

sedikit garam

sedikit serbuk perasa

sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuat

1) Potong kailan mengikut cita rasa dan bersihkan.

2) Koyakkan cendawan dan bersihkan . Tos dan ketepikan

3) Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bawang sehingga garing .

4) Masukkan ikan tenggiri masin yang telah ditumbuk tadi.

5) Kemudian ,masukkan sayur kailan dan cendawan dan biarkan sehingga ia masak.

6) Taburkan bawang goreng di atasnya dan hidangkan semasa panas bersama nasi.....

Sup Ketam


Bahan- bahan

2 ekor ketam

2 ulas bawang putih (dihiris)

2 ulas bawang merah (dihiris)

1 inci halia (dihiris)

1 biji tomato (dihiris)

1 hiris batang sup (dihiris)

1 sudu air limau nipis

1 tangkai daun sup

1 sudu teh jintan manis (dikisar)

1 sudu teh jintan putih (dikisar)

1 sudu teh lada putih (dikisar)

sedikit bawang goreng

sedikit daun sup

1 mangkuk air

sedikit minyak

sedikit garam

sedikit bahan perasa

Cara penyediaan

1) Tumis bahan-bahan hiris dan kisar sehingga kekuning-kuningan dan naik bau..

2) Kemudian , masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

3) Masukkan ketam,garam,serbuk perasa dan air limau

4) Angkat dan taburkan daun sup dan bawang goreng .

5) Sedia dihidangkan

Sunday, August 8, 2010

Udang mentega


Bahan- Bahan


1 kg udang besar (belah belakang tanpa putus)

1 sudu teh garam

1 kg minyak

250 gram mentega tawar

6 tangkai daun kari

5 ulas bawang putih (dicincang)

6 tangkai cili api (dicincang)

8 biji kuning telur

250 ml susu cair penuh krim

1/2 sudu teh serbuk perasa ayam

1 sudu besar gula

Cara membuat


1) Goreng udang yang telah dibersihkan dengan garam sehingga masak dan tos..ketepikan

2) Pukul kuning telur dan susu bersama serbuk pati ayam sehingga kembang.

3) Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan .

4) Tumis bawang putih sehingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar.

5) Masukkan bancuhan telur dan kacau sehingga mula pekat ,masukkan daun kari, sos ikan , udang goreng ,gula,garam, dan serbuk perasa.

6) Kacau sehingga bersarang dan garing.

7) Tuang ke dalam tapis dan biarkan mentega sejat.

8) sedia dihidangkan.........

Sotong Goreng Tepung


Bahan-Bahan

1 mangkuk sotong

2 sudu tepung beras

1 sudu tepung penaik

3 sudu tepung jagung

2 biji telur

sedikit serbuk lada putih

sedikit garam

sedikit bahan perasa

Cara membuat

1) Campurkan kesemua bahan , kecuali bahan tepung.

2) Kemudian , tambahkan sedikit air dan kacau sebati.

3) Angkat dan gaulkan kedalam tepung .

4) Goreng dalam minyak yang penuh sehingga warna bertukar kekuning - kuningan

5) Sedia dihidangkan

Saturday, August 7, 2010

Nasi ayam Hainan NZ stail


Bahan perencah nasi

1 sudu minyak bijan

5 ulas bawang putih (dikisar)

3 sm halia

sedikit susu

Air rebusan ayam

Bahan perap ayam

5 ulas bawang putih (dikisar)

1 inci halia

1 sudu kecil minyak bijan

1 sudu besar sos tiram

Bahan perencah sup

rempah sup ayam

air rebusan ayam

3 sm halia

daun bawang

garam secukup rasa

Bahan sos hainan

halia

bawang putih

bawang merah

3 sudu sos tiram

1 sudu sos cendawan

3 sm halia

Cara memasak nasi

1) panaskan minyak didalam periuk,masukkan bawang putih dan halia, tumis hingga naik

bau,masukkan air rebusan ayam,sedikit susu dan sedikit garam.setelah itu masukkan beras ..

Cara memasak sup


1) masukkan air rebusan ayam. rempah sup, dan halia,biarkan mendidih kemudian masukkan

garam secukup rasa.

Cara memasak ayam hainan

1) Perap ayam dengan bawang putih,halia , sedikit sos tiram dan minyak bijan, perap ayam 30

minit.

2) Ayam yang di perap di stim sehingga masak..

Cara membuat sos hainan


1 ) kisar halia,bawang putih dan bawang merah kemudian tumis,

2) masukkan sos tiram dan sos cendawan ,kacau dengan api perlahan sehingga mendidih,

masukkan sedikit garam..




Hidangkan nasi, ayam hainan stim bersama sos hainan dan sup....

Sambal tempoyak


Bahan-bahan

100 gm cili padi (ditumbuk kasar)

200 gm tempoyak

sedikit belacan

sedikit garam dan gula

Caara membuat


1) campur semua bahan tadi dan dihidangkan bersama ulam-ulaman

Asam pedas ikan pari




Bahan-bahan

500gm ikan pari

1 cawan air asam jawa

sedikit air

Garam dan gula secukup rasa

bahan-bahan dikisar

10 tangkai cili kering

3 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 inci belacan
Bahan hiasan

sedikit daun kesum

5 biji kacang bendi

2 kuntum bunga kantan (dibelah 2)

sebiji tomato

Cara memasak

1) Semua bahan yang dikisar tadi dimasak sehingga naik bau.

2) Setelah itu, masukkan air asam jawa dan sedikit air.

3)Kemudian ,masukkan pulaikan pari dan biarkan sehingga masak

4) Seterusnya , masukkan pula kacang bendi,bunga kantanm,tomato dan daun kesum

5) Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa...sedia dihidang........

Udang Sambal Petai


Bahan

500 gm udang

200gm petai (dikopek kulitnya)

1 biji bawang holland (dihiris nipis)

2 biji bawang besar (dikisar)

2 ulas bawang putih (dikisar)

5 tangkai cili kering (dikisar)

5 tangkai cili merah (dikisar)

Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak

1) Semua bahan yang dikisar tadi ditumis sehingga naik bau.

2) Setelah itu ,masukkan udang dan petai

3)Masukkan garam dan gula secukup rasa,biarkan sehingga pekat

4) Setelah itu ,masukkan bawang holland yang dihiris, Angkat dan sedia dihidang.

Masak Lemak Jantung Pisang


Bahan- bahan

1 biji jantung pisang (dihiris nipis)

200gm cili api (dikisar)

2 biji bawang besar (dikisar)

1 inci halia (dikisar)

secubit ikan bilis (dikisar)

1/2 inci kunyit hidup (dikisar)

2 batang serai (dititik)

1 helai daun kunyit (disimpul)

sebiji kelapa (diambil santan)

garam dan gula secukup rasa

cara masak

1) Masukkan semua bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk untuk direbus.

2) Setelah itu ,masukkan daun kunyit ,hirisan jantung pisang. garam dan gula.

3) Setelah itu , barulah masukkan santan ..biarkan sehingga masak seketika sebelum diangkat...

Friday, August 6, 2010

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Bahan-Bahan

500 gm siput sedut

100 gm daun kesum

200 gm cili api (dikisar)

2 biji bawang besar (dikisar)

2 ulas bawang putih (dikisar)

1/2 kunyit hidup (dikisar)

2 biji buah keras (dikisar)

2 atang serai (dititik)

1 helai daun kunyit

sebiji kelapa (diambil santan)

2 keping asam keping

sedikit air

garam dan gula secukup rasa

cara memasak

1) Rebus semua bahan yang dikisar dgn sedikit air.

2) Masukkan serai dan daun kunyit. Biarkan sehingga ia masak seketika.

3) Setelah itu masukkan santan dan biarkan sehingga masak selepas itu

masukkan siput sedut.

4) Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan sehigga mendidih dan kacau

seketika.setelah itu masukkan daun kesum..

5) Angkat dan sedia dihidangkan...

Daging Salai Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan

500gm daging salai

200gm cili api (dikisar)

1 biji bawang besar (dikisar)

1 ulas bawang putih (dikisar)

1/2 inci kunyit hidup (dikisar)

1 biji kelapa (di ambil santan)

1 helai daun kunyit (dihiris nipis)

4 biji kentang (dipotong 2)

2 batang serai (dititik)

sedikit air

Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

1) Rebus semua bahan yang dikisar tadi dengan sedikit air.

2) Masukkan serai dan daun kunyit yang dihiris nipis tadi.

Biarkan sehingga ia masak seketika.

3) Setelah itu masukkan daging salai,santan dan juga ubi kentang,masukkan garam dan gula

secukupnya.

4) Biar sehingga mendidih dan kacau seketika...sedia dihidang.......

Udang Galah Masak Lemak Cili Api


Bahan

500 gm udang galah

200gm cili api (dikisar )

2 biji bawang besar (dikisar)

2 ulas bawang putih (dikisar)

1/2 inci kunyit hidup (dikisar)

2 biji buah keras (dikisar)

1 biji kelapa (diambil santan)

2 batang serai (dititik)

1 helai daun kunyit

sedikit air

Garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiasan

3 tangkai kacang panjang (dipotong) kecil2

Cara memasak

1) Rebus semua bahan yang dikisar tadi dgn sedikit air

2) Masukkan serai dan daun kunyit

3) Setelah itu,masukkan udang galah dan santan

4) Kemudian ,biar sehingga mendidih dan kacau seketika,Masukkan garam dan gula

5) Setelah kuah masak, masukkan kacang panjang yang dipotong tadi.

6) sedia dihidangkan......

Thursday, August 5, 2010

Daging masak merah


Bahan-Bahan:

300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
sedikit sos cili
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
sedikit Minyak


Cara:

1)
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.

2)Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya.

3)Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.

4)Masukkan sos tomato,sedikit sos cili & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair.

5)Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & sedi DIHIDANG

Wednesday, August 4, 2010

Gulai daging pantai timur


Bahan
500gm daging lembu potong nipis kecil
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan dikisar
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. sedia dihidang.

Monday, August 2, 2010

Ayam masak lemak cili api


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 10 ulas cili api/padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2-3 batang serai (dititik)
  • santan (dr sebiji kelapa)
  • 2-3 ulas bawang putih & merah

Cara memasak:

1. Tumbuk cili api , kunyit hidup ,bawang putih & merah selumat2nya..
2. Bahan (1) tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3. Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4. Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5. Perisakan dgn garam
6. Tunggu hingga kuah menggelegak dan lepas tu bolehlah ditutup apinya..

Sunday, August 1, 2010

Rendang Ayam


Bahan-bahan
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan [1 biji kelapa]
Garam
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]

Bahan untuk dikisar:
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api

Cara Memasak
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...