Saturday, December 31, 2011

Resepi ikan bilis goreng dengan bawang

Bahan – bahan

ikan bilis

2 labu bawang besar dipotong

20 biji cili api cili dipotong

5 ulas bawang pitih dihiris

garam dan aji

Cara – cara

Ikan bilis digoreng garing kemudian angkat dan ketepikan..kemudian goreng bawang putih sampai kuning..masukkan bawang besar dan cili api yang dipotong..masukkan sedikit air garam dan aji secukup rasa ..kacau ..masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dan kacau lagi..bila sudah cukup rasa ..angkat

Sedia dihidang

Friday, December 30, 2011

Resepi bendi goreng dengan bilis

Bahan – bahan

bendi digaul dengan serbuk kunyit dan garam

ikan bilis di goreng sekejap

sedikit taugeh

1 biji cili merah dihiris

1 labu bawang besar dipotong bulat

serbuk kunyit

2 ulas bawang putih ditumbuk

3 biji bawang merah ditumbuk

3 biji cili api ditumbuk

garam  dan aji

Cara- cara

Tumiskan bahan yang dtumbuk sampai wangi..masukkan taugeh..kacau..masukkan bendi,bilis yang sudah di goreng,bawang besar,cili merah dan aji…kacau biar rata..bila sudah cukup rasanya tutupkan api..angkat..

Sedia dihidang

Resepi Hati ayam goreng

Bahan- bahan

hati ayam

garam

Minyak masak

Srbuk kunyit

2 ulas bawang putih ditumbuk

3 biji bawang merah ditumbuk

garam ,aji

kicap,

sos tiram,

sos cili

Cara- cara

hati ayam di gaul dengan garam dan kunyit..kemudian digoreng dengan minyak yang banyak sampai masak…bila sudah masak angkat,.kemudian gunakan sedikit minyak sahaja..tumiskan bawang putih dan bawang merah,masukkan sedikit air,masukkan kicap,sos tiram dan cili sos..kacau..masukkan garam dan aji kemudian masukkan hati ayam..kacau rata..bila sudah cukup rasa,tutupkan api..angkat

Sedia dihidang

Resepi bayam hijau tumis belacan

Bahan – bahan

1 ikat bayam hijau

Sotong dipotong bulat

3 biji bawang merah ditumbuk

2 ulas bawang putih ditumbuk

sedikit belacan ditumbuk

air

Garam,gula dan aji

Cara- cara

Tumiskan bahan-bahan tumbuk sampai wangi..masukkan sotong..kacau sekejap.. masukkan air secukupnya ..masukkan bayam hijau  ..masukkan garam gula dan aji secukup rasa..bila sudah cukup rasanya dan bayam sudah layu  tutupkan api..angkat

Sedia dihidang

resepi ikan masak kicap

 

Bahan- bahan

Ikan kembung

3 biji bawang merah ditumbuk

2 ulas bawang putih ditumbuk

sedikit belacan ditumbuk

Halia ditumbuk

1 labu bawang besar dipotong bulat

1 biji tomato di belah empat

1 biji cili merah

Serbuk kunyit,

garam,gula dan aji

kicap pekat,

sos tiram

cili sos

Cara – cara

Ikan disiang .kemudian dikelar dan lumurkan dengan garam dan kunyit ..goreng ikan sampai masak..angkat dan ketepikan..Kemudian tumiskan bahan – bahan yang ditumbuk..bila sudah wangi masukkan sedikit air…masukkan kicap pekat,sos tiram dan sos cili..bubuh garam gula dan aji secukup rasa..masukkan tomato ,bawang besar,dan merah..bila sudah cukup rasa masukkan ikaan yang sudah digoreng tadi..kacau sekejap ..tutupkan api ..angkat..

Sedia dihidang

Resepi daging goreng kunyit dengan kacang

Bahan – bahan

1/2 kilo daging dipotong nipis

kacang panjang dipotong serong

1 biji cili merah  dipotong

1 labu bawang besar dipotong bulat

serbuk kunyit

3 ulas bawang putih dimayang

garam ajinomoto

minyak masak

Cara – cara

Masukkan daging dalam kuali goreng tanpa minyak..masukkan serbuk kunyit,garam dan aji..goreng sampai airnya kering..bila airnya sudah kering masukkan minyak masak secukupnya..goreng lagi sampai daging masak ketepikan daging,masukkan bawang putih dan goreng sampai bawang putih kuning..masukkan bawang besar,cili merah dan kacau bersama-sama dengan daging biar rata..kemudian tutupkan api dan angkat..

Sedia dihidang

Thursday, December 29, 2011

Resepi Ayam Goreng Rempah Melaka

Bahan-bahan:

500 gm  ayam
1 sudu besar jintan manis - disangai dan tumbuk
1 sudu besar ketumbar - disangai dan tumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
halia - ditumbuk
2 sudu besar jus lemon
Garam ,gula,aji secukup rasa

Cara  - cara

Satukan kesemua bahan…Gaulkan  bersama ayam dan Perapkan selama lebih kurang  50 minit..kemudian panaskan minyak dan goreng hingga garing…bila dah masak angkat..

Sedia dihidang

Resepi paru goreng berempah

Goreng Paru Berempah (Fried Spiced Lungs)

Bahan – bahan

1/2 kg paru rebus dengan garam

1 sudu kecil ketumbar ditumbuk

1 sudu kecil jintan manis

1sudu kecil jintan putih

1 cm kunyit

minyak masak

 

Bahan – bahan sambal::

5 biji cili kering

2 biji  cili merah

10 ulas bawang merah

garam, gula,aji

Cara – cara :

Paru di rebus dan potong  kemudian digaul dengan bahan kisar dan garam… perapkan  selama 1/2 jam.. kemudian di goreng garing…Tumiskan bahan sambal hingga wangi,.. masukkan paru yang sudah digoreng..kemudian masukkan  garam , gula.dan aji secukup rasa...kacau hingga rata..tuup api..

Sedia dihidang

Wednesday, December 28, 2011

Resepi masak lemak putih taugeh

Bahan – bahan

Taugeh  50sen

fucuk,

kucai I ikat

2 keping tauhu digoreng dan potong

sedikit ikan bilis

2 ulas bawang putih,ditumbuk

3 biji bawang merah ditumbuk

lada hitam ditumbuk

Cara – cara

Masukkan santan bersama bahan tumbuk kedalam periuk..masak hingga mendidih..bila sudah mendidih masaukkan semua sayur dan juga tahu yang sudah digoreng..kemudian masukkan garam,gula dan aji secukup rasa..kacau..bila sayur sudah layu tutupkan api..angkat

Sedia dihidang

udang masak lemak cili api berkacang

Bahan-bahan
Udang
Kacang panjang

7 biji cili api

kunyit

Santan

Asam keping

garam ,gula ,aji

Cara-cara

Tumbuk  Kunyit bersama  cili api ..kemudian  masukkn dalam periuk ..masukkan udang , santan..asam keping,garam,gula dan aji secukup rasa..Bila sudah kuah  sudah mendidih  masukkan kacang panjang yg sudah di potong..kacau..bila kacang sdah layu dan sudah cukup rasa..matikan api..angkat

Sedia dihidang

Monday, December 26, 2011

Resepi sotong masak lemak kuning

 

Sotong

3 biji bawang merah  tumbuk

2 ulas bawang putih tumbuk

Serbuk kunyit

daun kunyit

1 batang serai dititik

Santan dari 1 biji kelapa

1 keping asam keping

garam,gula ,aji

 

Cara-cara

Masukkan  santan bawang putih dan bawang merah tumbuk bersama serbuk kunyit kedalam periuk..masak kuah hingga mendidih…masukkan asam keping …Setelah mendidih masukkan sotong ,serai ..kemudian masukkan garam,gula dan aji secukup rasa..kacau hingga sotong masak..bila suddah masak kecilkan api..angkat

Sedia dihidang

Sunday, December 25, 2011

Resepi pajeri rebung

Bahan-bahan:

rebung

kerisik
santan

1 peket rempah kari daging

kayu manis

bunga lawang

bunga cengkih

3 ulas bawang putih – ditumbuk

10 biji bawang merah – ditumbuk

2 sm halia – ditumbuk

asam keping

gula.garam,aji secukup rasa

 

Cara  - cara

Panaskan minyak … tumis semua bahan tumbuk hingga naik bau…Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih…Kemudian masukkan rempah kari..kacau hingga sebati…bila rempah naik bau, masukkan asam keping… Kacau dan seketika…Kemudian Masukkan  rebung... Kacau lagi...bila mendidih,  masukkan santan, kerisik, gula dan garam.dan aji secukup rasa..kecilkan api.. masak lagi hingga kuah jadi pekat…bila kuah sudah pekat,tutupkan api..angkat

Sedia di hidang

Resepi gulai nanas

Bahan-Bahan:

½ biji nenas di rebus  sekejap

santan

gula,Garam, aji 

 

Bahan kisar ;

 

8 biji bawang merah

10 biji cili kering

2 ulas bawang putih

1.2 sm lengkuas

serbuk kunyit

 

Cara –cara

Masukkan santan bersama bahan kisar kedalam periuk,..masak sampai kuah mendidih,..Bila kuah sudah mendidih masukkan nenas yang sudah dicelur tadi..kemudian masukkan  gula,garam dan aji,secukup rasa…kemudian kecilkan api sekejap…bila sudah masak dan cukup rasanya ,tutupkan api

Sedia dihidang

Saturday, December 24, 2011

Resepi pajeri nanas (nanas)


BAHAN-BAHAN :

1/2biji nenas

3 cawan santan pekat

1 genggam udang kering

3 biji bawang merah ditumbuk

1 ulas bawang putih ditumbuk

1 cm halia ditumbuk

1 cm kayu manis

2biji bunga lawang

2 biji bunga cengkih

2biji buah pelaga

1 peket serbuk kari ikan

2 sudu besar kerisik

2 sudu besar gula

Garam ,aji secukup rasa

CARA MEMASAK :


Potong  nenas ikut   suka...Basuh udang kering…tumis  bawang ,halia , kulit kayu manis , bunga lawang,bunga cengkih , buah pelaga … masukkan udang kering ... Kacau sampai naik bau..masukkan rempah kari ikan  yg sudah di bancuh dwngan sedikit air …kacau ,..masak sampai rempah masak dan naik minyak…Masukan santan ..kacau lagi , bila kuah mendidih masukkan gula aji,garam secukup rasa,masukkan kerisik  dan nenas …kacau…. masak sampai nenas empuk , ..tutup api..

Sedia dihidang

Wednesday, December 21, 2011

Resepi Tumis Taugeh


BAHAN-BAHAN :

Taugeh,

Tahu dipotong dan digoreng

Bawang merah ditumbuk

Bawang putih ditumbuk

daun bawang  dipotong kasar,

cili merah dipotong

Garam,Gula,aji secukup rasa

 

Cara – cara

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk hingga naik bau..Masukkan taugeh,kacau sekejap,..Masukkan tauhu yang sudah di goreng..kacau lagi..masukkan sedikit air..Masukkan garam,gula,aji secukup rasa..Kemudian masukkan daun bawang dan cili merah…Kacau lagi..tutupkan api…angkat.

Sedia dihidang

Resepi tumis daun keledek

Bahan-bahannya:


2 ikat daun keledek.

udang kering.

5 ulas bawang putih

Sedikit minyak

Sedikit lada sulah

Garam dan gula ,aji,secukup rasa

 

Cara-caranya:

Bersihkan daun keledek dan asingkan daun dari batang nya.. Kemudian kupas kulit luar dahan keledek dan potong.. Tumbuk bawang putih dan udang kering

Panaskan minyak … tumis bawang putih dan udang kering tumbuk hingga naik bau.. masukkan batang keledek kemudian baru masukkan  daun keledek, garam ,gula dan aji secukup rasa.

masukkan lada sulah..tutup api..angkat ..

Sedia dihidang

Resepi bayam goreng

Bahan – bahan

1 Ikat Bayam

5 biji cili kering

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

1 biji cili merah dipotong

1 inci halia
belacan

minyak masak

garam,gula aji

CARA MEMASAK:

Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih,halia,belacan ..panaskan minyak
Tumis bahan2 kisar  hingga naik bau .. masukkan sedikit air..garam,gula,aji  secukup rasa
masuk batang bayam dulu kemudian baru dimasukkan daun bayam dan cili merah yang dipotong..
kacau hingga sebati ..tutupkan api..angkat

Sedia dihidang

Tuesday, December 20, 2011

Resepi ikan siakap masak asam pedas

Bahan  - bahan

1 ekor ikan siakap

250 ml air

7 biji cili api kisar

3 ulas bawang putih  kisar

4 biji bawang merah  kisar

1 biji cili merah  hiris

1o biji bendi

2 biji tomato

1 batang serai  kisar

serbuk kunyit

1 keping asam keping

Garam ,gula ,aji secukup rasa


Cara Memasak:


Rebus ikan siakap dengan air hingga masak. Toskan..Ambil air rebusan ikan  dan masak bersama bahan-bahan kisar hingga mendidih..Masukkan gula, garam dan asam keping..kemudian masukkan bendi dan tomato dan ..masukkan ikan..tutupkan api dan angkat

Sedia dihidang

Monday, December 19, 2011

Resepi Sambal Tumis Sotong

Bahan-bahan

500 gram sotong putih di potong kecil

100 gram cili kering

3 ulas bawang kecil

1 ulas bawang besar dipotong kasar

3 ulas bawang putih

1 inci halia dititik

2 keping asam gelugor

Minyak masak untuk menumis

gula dan garam


Cara Memasak

Kisar cili kering, bawang kecil dan bawang puting sehingga halus.

Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tunggu sehingga minyak cukup panas.

Masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam kuali dan tumis sehingga naik minyak.

kemudian masukkan halia, bawang besar, asam dan sotong. Masak dengan api sederhana sehingga sotong benar-benar masak

Sedia dihidang

Sunday, December 18, 2011

Cendawan masak lemak kuning

Bahan-bahan:

Cendawan

jagung muda

udang

Serbuk kunyit

1 ulas bawang putih ditumbuk

5 biji bawang merah ditumbuk

2 biji cili besar ditumbuk

10 bijii cili api ditumbuk

serai – diketuk

asam keping

santan

garam,gula ,aji

Cara-caranya:

Masukkan santan kedalam periuk bersama bahan tumbuk..Biarkan menggelegak,..masukkan serai,sayur dan cendawan..kemudian asam keping, garam,gula,aji secukup rasa…bia sudah masak tutupkan api..angkat

Sedia dihidang

Saturday, December 17, 2011

Udang masak lemak kacang panjang

Bahan – bahan

kacang panjang

udang

Santan

2 biji cii merah

1 biji tomato

3 biji bawang merah ditumbuk

1 ulas bawang putih ditumbuk

1 sudu kecil serbuk kunyit

garam,gula,aji

Cara – cara

Masukkan santan kacang ,cili merah, udang dan bahan tumbuk ke dalam periuk,masak hingga mendidih,masukkan tomato..kemudian masukkan garam,gula,dan aji,secukup rasa..tutupkan api dan angkat

Sedia dihidang

Sayur pucuk paku masak lemak


Bahan-bahan
1 ikat pucuk paku
3 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
santan
1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil serbuk kunyit
ikan bilis
Garam ,gula,aji,secukup rasa
Cara-cara
  1. Siang pucuk paku.
  2. Masukkan semua bahan bersama santan ke dalam periuk.
  3. Masak hingga pucuk paku layu.
  4. Tutupkan api..angkat
  5. Sedia dihidang

Masak lemak sayur bayam

Bahan-bahan :

Ikan bilis - digoreng sampai garing,

3 biji bawang merah ditumbuk

2 ulas bawang putih ditumbuk

bayam

udang kecil

santan

Sedikit garam,gula dan aji

Cara-caranya :

1. Masukkan santan , biarkan mendidih, masukkan sayur-sayuran udang kecil

2. Kemudian masukkan ikan bilis yg digoreng garam,gula,aji secukup rasa.. kacau rata..kemudian  tutupkan api

3.Sedia dihidang

Masak lemak sayur petola

Bahan-bahan

2 biji petola

3 biji bawang merah ditumbuk

2 ulas bawang putih ditumbuk

sedikit ikan bilis

sedikit lada hitam ditumbuk

3 biji lada hijau

santan

garam ,aji secukup rasa

Cara-Cara

1. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama-sama dengan santan ke dalam periuk...
2. Kemudian masukkan sayur kubis dan...kacau sehingga mendidih....
3. Akhir sekali masukkan garam,aji dan lada hijau.

4.tutupkan api,

5.Sedia dihidang

Thursday, December 15, 2011

Sambal kentang power

Bahan-bahan

15 biji Cili kering
5 Biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
Gula.,Garam,


Cara-caranya

1. Blender  cili kering bersama, bawang,

2.kentang dikopek dan dipotong

3. kemudian tumis bahan-bahan blender tadi tp pastikan jgn terlalu byk minyaknya. Tumis sampai naik minyak, kilat.

4. Masukkan gula, rasa dahulu kemudian boleh lah masukkan kentang yg sudah di goreng

Sedia dihidang

Resepi masak Sambal daging

Bahan dikisar

10 biji cili kering

2 inci halia

3 batang serai

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

5 biji bawang merah

1 biji buah keras

1 inci lengkuas

1cawan santan

1/2 kilo daging1 ketul kiub perasa daging

Rempah tumis (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)

Minyak untuk menumis

garam dan gula,aji secukup rasa
sedikit air

1 labu bawang besar

Cara Memasak


Panaskan minyak,..masukkan rempah tumis.. masukkan bahan kisar.. masak hingga pecah minyak.. Kemudian, masukkan daging dan sedikit air.. Masak sampai daging lembut.. Masukkan kiub daging garam,gula,aji, secukupnya. .Masukkan santan dan masak sampai kuah pekat.kemudian masukkan bawang besar..bila masak angkat..

Sedia dihidang

Tuesday, December 13, 2011

Resepi ayam bakar bercili


BAHAN-BAHAN
  • 1/2 kg ayam
  • Sedikit daun pisang
Bahan yang dikisar:
  • 10 biji cili
  • 2 cm belacan
  • 1/3 cawan pati santan
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 batang serai
  • 1 cm halia
  • 1cm lengkuas
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan renjis:
  • 2csudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar pati santan
  • 2 sudu kecil cili kisar
CARA MEMBUATNYA
  1. Potong ayam
  2. Perap bahan kisar semalaman bersama ayam yang sudah dipotong.
  3. Layurkan daun pisang sebelum dijadikan alas untuk membakar ayam.  bagi mengelakkan ayam dari cepat hangus.
  4. Bakar ayam di atas api sederhana dan renjis ayam dengan santan bercampur cili agar ayam tidak terlalu kering.

Resepi bunga kobis celup tpung


Bahan-bahan
  • Bunga kobis dipotong
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit daun sup - dicincang halus
  • sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
  • air secukupnya
  • minyak untuk mengoreng
Cara-cara
Lumurkan bunga kobis dengan tepung. Ketepikan Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan tidak terlalu cair  pekat sikit, .  Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan.. Panaskan minyak dan celup bunga kobi satu-satu dalam tepung , kemudian goreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan
Sedia dihidang

Resepi acar udang


Bahan-bahan
500 gm udang dibersihkan, gaul dgn 1 sudu teh gula dan 2 sudu teh lada serbuk diperap 10 minit.
Goreng udang, angkat dan toskan, ketepikan.
200 gm lobak merah dihiris seperti mancis
200 gm timun dihiris spt mancis
50 gm cili sos
50 gm tomato sos
20 gm kismis kuning
30 ml cuka / apple cider
Garam dan Gula
Bahan tumis: A
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
100 gm lada yg sudah kisar
3 kuntum lawang
1 sudu teh biji sawi
Secukup minyak utk menumis
Credit : Resepi cute mama delicacis

Resepi Hati Lembu Goreng nz


Bahan - bahan :

500 hati lembu
minyak masak
1 sudu besar kunyit
1 sudu kecil garam,
sos tiram,
kicap manis,
Bahan hiris :
1 labu bawang besar dipotong
3 biji cili merah cili merah
5biji cili api api
daun bawang
Cara :
Hati lembu dipotong dan dibersihkan ..Gaulkan dengan kunyit dan garam…masukkan hati lembu.ke dalam kuali..kacau.. Biarkan sehingga airnya kering..masukkan minyak..goreng hati lembu hingga masak...masukkan sedikit air,sos tiram dan kicap manis,..masukkan bahan hiris. Kacau rata...bila sudah masak tutupkan api..angkat
Sedia dihidang

Resepi Peria Goreng Tepung


BAHAN-BAHAN
  • Peria secukupnya di potong nipis
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Rempah Beriani
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Garam secukupnya
  • Tepung goreng serbaguna
Bancuh  tepung..bancuh pekat
Cara menyediakannya :
Peria digaul dengan kesemua bahan di atas kecuali bancuhan tepung...Perap seketika.
  1. Masukkan peria  ke dalam bancuhan tepung .. gaul rata
  2. Goreng hingga kuning keemasan.
  3. Angkat
  4. sedia dihidang

Resepi air cendol nz

Bahan-bahan
Santan pekat
  • daun pandan
  • garam secukup rasa
  • cendol
  • kacang merah
  • jagung biji
  • buah kabung
  • .sirap gula melaka secukupnya
  • ketulan ais secukupnya
Cara-cara
  1. Santan,daun pandan dan garam dimasak hingga mendidih..Kacau..Matikan api dan sejukkan.
  2. Masukkan kacang merah,biji jagung,buah kabung, dan cendol ke dalam bekas..masukkan santan secukupnya dan masukkankan juga sirap gula melaka secukup rasa.masukkan ketulan ais.atau ais parut 
  3. Sedia dihidang

Ikan goreng celup tepung nz

I
Bahan-bahan
4 ekor ikan selayang – direbus dengan asam keping dan garam
  • 4 sudu besar tepung beras
  • 1 camt serbuk kunyit
  • sedikit kapur
  • sedikit garam
  • air secukupnya utk bancuhan
  • 1 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Bancuh semua bahan adunan di dalam mangkuk dgn air secukupnya.

  2. Panaskan minyak dgn api sederhana.
  3. Celupkan ikan di dalam adunan  tepung

  4. Kemudian goreng sampai betul-betul garing.

  5. Sedia di hidang

Monday, December 12, 2011

Resepi goreng bendi dengan bilis

Bahan-bahan
bendi  dihiris serong2
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 biji cili padi ditumbuk
  • kunyit
  • 3 biji cili merah dipotong
  • 1 labu bawang besar dipotong
  • ikan bilis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam dan aji secukup rasa

Cara-cara

  1. gorengkan ikan bilis hingga hampir masak ..angkat
  2. Pan askan minyak,,goreng bahan-bahan tumbuk hingga wangi
  3. Kemudian masukkan bendi,masukkan ikan bilis dan masukkan garam dan aji
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah..kacau
  5. Bila masak tutupkan api,angkat
  6. Sedia dihidang

Resepi masak lemak labu

Bahan – bahan

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

ikan bilis

santan

garam,.aji

cili merah

sayur manis

labu

Cara – cara

Labu dipotong,sayur manis dibuang tangkainya..ikan bilis ,bawang putih,bawang merah di tumbuk ..masukkan santan ,labu,kedalam periuk,masak hingga santan mengelegak..kemudian masukkan garam dan aji,dan juga pucuk manis,masukkancili merah,..Bila sudah masak tutupkan api

Sedia dihidang 

Resepi cendawan tiga rasa


Bahan A:
50 gm cendawan ablone
50 gm cendawan hitam
50 gm kulat hitam (black fungus)
Bahan B:
100 gm kubis bunga - dipotong kecil
80 gm brokoli - dipotong kecil
30 gm lada benggala hijau - dipotong baji
30 gm lada benggala merah - dipotong baji
40 gm lobak merah - dihiris nipis
30 gm jagung muda - dipotong tiga
10 gm bawang putih - dicincang halus
Bahan C:
10 gm udang kering - dikisar
40 gm sos tiram
20 gm tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
10 gm garam
10 gm gula
30 gm minyak masak
5 gm serbuk perasa
Cara menyediakan:
1. Rendam kesemua bahan A di dalam air suam selama 10 minit.
2. Kemudian angkat dan tapis. Hiris kesemua cendawan.
3. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan.
4. Masukkan udang kering dan sos tiram bersama sedikit air.
5. Masukkan kesemua bahan B dan biarkan sehingga setengah masak.
6. Campurkan bahan A, kacau sehingga sayur masak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
7. Akhir sekali masukkan bancuhan air, tepung jagung dan kacau hingga pekat. Angkat dan hidangkan.
Sumber : saji

Resepi kubis goreng dengan ikan bilis



Bahan-bahan:

600 gm kubis dipotong - gaul dengan serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kunyit
ikan bilis
1 labu bawang besar dipotong bulat
1biji cili merah dipotong
1 biji tomato dipotong
1/2 cawan air
2 ulas bawang merah,2 bawang putih,belacan – ditumbuk
Garam,,aji secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi
2. Masukkan ikan bilis dan kacau
3.Kemudian masukkan kobis dan,kacau, masukkan air.
4.Masukkan bawang besar dan cili merah. garam dan aji,kacau lagi
6.Bila sudah masak tutupkan api.
7.Sedia dihidang






Friday, December 9, 2011

Acar Ikan tenggiri

Bahan-bahan:

100gm ikan tenggiri- digoreng
1/2 biji timun – dipotong memanjang

5 ulas bawang merah - dibelah 2
5 ulas bawang putih - dibelah 2
2cm halia - dimayang
2 tangkai cili hijau - dibelah 4
1 paket rempah kari daging
1 sudu jintan manis dikisa.

1/2 sudu kecil biji sawi
1/3 cawan cuka
1/2 cawan air asam jawa
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2biji buah pelaga
1/2sudu kecil kapur sirih
Minyak untuk menumis
Garam, gula dan bahan perasa secukupnya

Bahan-bahan Kisar:

3 ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1 cm halia

Cara Menyediakan:

1. Timun, bawang merah, bawang putih, halia dan cili hijau direndam dengan air kapur selama setengah jam kemudian bilas

2.  Tumiskan -bahan kisar , kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji sawi dan buah pelaga. Kacau hingga naik bau.

3. Masukkan rempah kari dan jintan manis yang dikisar halus. Kacau dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa, cuka, garam dan gula. Kacau hingga sebati.

5. Masukkan ikan tenggiri dan kacau. Bila kuah agak pekat, masukkan bawang putih, halia, cili hijau dan timun. Kacau dan angkat.

6.sedia dihidang

Tuesday, December 6, 2011

Resepi Tumis Petola nz

Bahan-bahannya :

Sebiji petola

Sebiji kentang

3 ulas bawang merah,

2 ulas bawang putih,

sedikit belacan,

garam,gula,dan aji,

Ikan bilis,

Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan :

Tumbuk bawang putih,bawang merah dan belacan..Tumis dengan sedikit minyak hingga kekuningan…Masukkan air dan bilis..masukkan petola,  garam,gula dan aji secukup rasa..,tutupkan api,

Sedia dihidang

Resepi petola goreng dengan ikan bilis nz


Resepi Peria goreng telur
  • 1 biji petola
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 uas bawang merah
  • ikan bilis
  • sedikit sos tiram
  • sedikit garam ,sedikit aji
  • sedikit kicap manis
Cara penyediaan
1.Potong peria..basuh bersih-bersih…Tumis bawang merah, bawang putih, dan cili kisar…masukkan ikan bilis dan petloa…kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis,garam,gula,aji..masukkan bawang besar… Bila petola layu sesuaikan rasanya… angkat..
sedia dihidangkan

Resepi goreng peria dengan udang nz

1 biji peria

3 biji cili merah dan cili hijau di hiris

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

10 ekor udang sederhana

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis
Sedikit garam,sedikit gula,sedikit aji

Cara menyediakannya

Peria di potong kemudian di perap dengan garam hingga keluar pahitnya...kemudian cuci bersih-bersih.
… Tumis bawang besar, bawang putih, cili hiris hingga naik bau…masukkan sos tiram, kicap manis dan udang.
…Bila udang kecut, masukkan peria,garam,gula dan aji.. Kacau hingga peria masak dan layu....tutupkan api..angkat..

Sedia dihidang

Resepi Peria goreng telur nz

  • 1 biji periadi hiris nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 4 ekor udang
  • 2 biji telur
  • sedikit sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis
  • sedikit aji

Cara menyediakannya

1. Perap peria dengan garam hingga keluar airnya. .kemudian Cuci bersih2 peria hingga hilang pahitnya

2. Tumis bawang,merah, bawang putih, dan cili kisar… Masukkan udang dan kacau seketika...
3. Masukkan peria  bersama sos tiram dan kicap manis,garam dan aji ..masukkan bawang besar..kacau ..ketepikan...
4. pecahkan telur dan kacau hingga rata.
5. Bila peria layu kacau peria dan telur biar rata..sesuaikan rasanya..  diangkat

6.Sedia dihidang

Resepi Sayur- sayuran berudang nz

200-400 g udang… lebih byk udang lebih sedap

4 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 sudu makan lada putih

1 inci halia

sepotong kobis

kobis bunga

3 biji kentang dipotong dadu

1 potong karot dipotong memanjang

2 paket cendawan

1 paket kecil suhun

setangkai sawi

Daun sup,daun bawang,bawang goreng
Garam,aji secukup rasa
sedikit  stok ayam

Caramenyediakannya :

1. Tumbuk lada putih, bawang putih, halia, bawang merah hingga lumat.

2. Tumis bahan tumbuk hingga wangi

3. Masukkan udang dan kentang

4. Kemudian masuk air

5. Masaklah hingga kuah mendidih

6. masukkan sayur-sayuran dan suhun..masukkan garam dan aji juga stok

7. Sesuaikan rasa .. diangkat.

8.Masukkan dalam mangkuk..taburkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng

9.Sedia dihidang

Monday, December 5, 2011

Resepi Singgang Asam Pedas nz

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung

2 keping asam gelugur
2 sudu besar cili kering - dikisar
4 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan

5 cawan air
Garam .secukup rasa
aji secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk :

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
3 sm lengkuas

Cara menyediakan:

1.  ikan dipotong dua.

2. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan air di dalam periuk.

3., masukkan cili kisar, asam gelugur dan daun kesum.dan bunga kantan

4. Masak hingga mendidih.

5. Masukkan garam dan aji

6. Kemudian  masukkan ikan kembung.. Masak sekejap..rasa ..tutupkan api

Sedia dihidang

Resepi sup bebola ikan nz

1bungkus bebola ikan

Pati ikan bilis

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

segenggam ikan bilis

aun sup, daun bawang,bawang goreng

tauge

garam

Sedikit minyak

Cara - cara : 

Tumbuk lumat bawang merah,bawang putih,ikan bilis..Tumis bahan tumbuk hingga naik bau..Masukkan 2 mangkuk air,..biarkan mendidih ..masukkan pati ikan bilis,garam,sikit aji,..Masukkan bebola ikan,taugeh,biarkan sebentar..Bia masak ,masukkan dalam mangkuk,..Taburkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng

Sedia dihidang

Resepi Sup Ikan haruan nz

Bahan – bahan

3 ekor ikanharuan dipotong  3

1 inci halia – di tumbuk

4 ulas bawang merah ditumbuk

3 ulas bawang putih ditumbuk

4-8 biji cili padi – diketuk

2 batang serai

sedikit serbuk lada sulah

1 camca besar sos tiram

1 sudu makan sos ikan

air untuk kuah secukupnya

garam

daun bawang

daun sup

Jus limau

bawang goreng

Cara memasak :

1. Tumis halia, bawang putih, bawang merah dan lada sulah hingga wangi. Kemudian masukkan cilipadi, ikan dan  air. Masak hingga kuah mendidih.
2.  Masukkan sos tiram, sos ikan,serai dan garam.

3.Bila sudah masak masukkan dalam mangkuk,perahkan sedikit air limau nipis.. taburkan daun bawang , daun sup dan bawang goreng,

4.Sedia dihidang

Sup tulang rusuk lembu nz

Bahan-Bahan:

300 gm tulang lembu – digoreng
8 biji lada sulah
2 kuntum bunga lawang – digoreng
2 kuntum bunga cengkih - digoreng
1 cm kulit kayu manis – digoreng
Lada sulah & garam secukup rasa
2 liter air
8 ulas bawang merah –tumbuk
4 ulas bawang putih – tumbuk
1 hiris halia – tumbuk..1 hiris halia ketuk,1 hiris lengkuas,2 batang serai dititik
1 tangkai daun bawang,.1 tagkai daun sup
bawang goreng

Cara –cara

Rebus tulang, bersama air hingga mendidih dengan menggunakan api besar…bila mendidih masukkun sup bunjut ,bahan tumbuk,halia ketuk dan lengkuas..kemudian masukkan rempah yang digoreng,..masukkan Aji sekali..tutup periuk..kecilkan api..bila tulang sudah empuk masukkan serai dan garam secukup rasa..bila sudah masak ,masukkan dalam mangkuk. perahkan sedikit air limau nipis.. .taburkan bawang goreng,,daun sup dan daun bawang

Sedia dihidang

Ikan siakap bakar tomyam


Bahan A :

  • 1 ekor ikan siakap

  • 2 sudu makan pes tomyam

  • 5 helai daun limau purut

  • 1 sudu makan jus limau nipis

  • 1 biji tomato (dipotong 6)

  • 5 biji cili api – diketuk

  • 2 biji limau kasturi

  • Aluminium foil

Bahan B (Dikisar)

  • 2 biji cili merah

  • 3biji cili api

  • 3 batang serai

  • 3 biji bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

Caranya :

  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letakkan di dalam aluminium foil (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin).

  2. Letakkan ikan dan daun limau purut,juga cili api . Kemudian bungkus kemas.

  3. Bakar di dalm kuali di atas dapur selama 30 minit.

  4. Perahkan limau semasa menghidang

  5. credit : resepi : Azeef - Azfar

Resepi nasi minyak nz

Bahan-bahan

  • 1 kg.atau 3 1/2 cawan beras Basmathi
  • 150 ml minyak sapi atau 2 sudu besar butter + 2 sudu besar minyak jagung
  • 3 helai daun pandan
  • 4 cawan air
  • 150 ml atau 1/2 cawan susu cair 
  • 3 camb stok pekat ayam
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng  - hiasan
  • 50 gm kismis – hiasan
Bahan Penumis:
  • 4 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3biji buah pelaga
Bahan kisar :
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • kunyit 
  • halia
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.Masukkan beras, gaul 3 minit.
  2. Masukkan daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau sekali-sekala hingga menggelegak.
  3. Bila air dah kering, perlahan api ..tutup periuk. Biarkan nasi masak
  4. Bila nasi dah masak hiaskan dengan kismis dan bawang goreng

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...