Friday, December 31, 2010

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI API

DSC08074

BAHAN – BAHAN :

6 biji telur itik

2 biji bawang besar – dikisar

1 inci halia – dikisar

1 1/2 inci kunyit hidup  - dikisar

2 biji buah keras dikisar

2 batang serai – diketuk

1 helai daun kunyit – dihiris

2 keping asam keping

garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMBUATNYA ;

1. Masak bahan – bahan kisar lebih kurang selama 5 minit

2. Setelah itu masukkan pula santan dan biabkan sehingga ia masak

3. Setelah itu pecahkan telur satu persatu kedalam bahan tadi dan bu=iarkan ia masak

4. Taburkan hirisan daun kunyit ,garam ,dan gula

 

SEDIA DIHIDANG

SAMBAL GORENG UBI KAYU

DSC08014 

BAHAN – BAHAN :

 

100 gm kacang tanah – digoreng

1 paket tempe – digoreng

100 gm ikan bilis – digoreng

200 gm ubi kayu – dipotong nipis memanjang dan digoreng

sedikit garam

2 sudu gula

 

BAHAN – BAHAN  UNTUK SAMBAL ;

2 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

5 tangkai cili kering

5 tangkai cili merah

semua bahan-bahan ini dikisar terlebih dahulu

kemudian buang airnya dan ambil sedikit sahaja

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi

2. Setelah itu masukkan pula gula dan garam

3. Kacau hingga garing dan biarkan ia sejuk lebihkurang satu jam untuk memasatikan kerangupan sambal ubi kayu

4. Kemudian sambal itu digaul bersama ubi kayu,kacang dan tempe yang siap di goreng tadi

 

SEDIA DIHIDANG

MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG

DSC08179 

BAHAN – BAHAN :

1 biji jantung pisang – dihiri nipis

200 gm cili api - dikiasar

2 biji bawang besar - dikisar

1 inci halia  - dikisar

secubit ikan bilis – dikisar

1/2 inci kunyit hidup - dikisar

2 batang serai – diketuk

1 helai daun kunyit di simpul

garam dan gula secukupnya

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Masuk semua bahan yang dikisar tadi kedalam periuk untuk direbus

2. Setelah itu masukkan daun kunyit,hirisan jantung pisang,,masukkan garam dan gula

3. Setelah itu barulah dimasukkan santan.biarkan ia masak seketika sebelum diangkat

 

SEDIA DIHIDANG 

Wednesday, December 29, 2010

KEK PISANG MADU

DSC07078

BAHAN – BAHAN :

350 gm mentega

350 gm tepung gandum

300 gm gula perang

150 gm pisang – dikisar

50 gm serbuk badam

50 ml madu lebah

4 biji telur

1 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil esen pisang

sedikit ceri merah

sedikit kacang walnut

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega, gula perang ,dan madu lebah hingga berkerim

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan pisang, pukul hingga adunan sebati

3. Tuangkan adunan kedalam acuan kek,letakka ceri merah dan kacang walnut di atasnya

4. Bakar kek dalam ketuhar dengan suhu 180c hingga kekuningan

 

SEDIA DIHIDANG .

KEK EPAL

 DSC07079

BAHAN – BAHAN :

300 gm tepung naik sendiri

200 gm mentega

200 gm gula halus

4 biji telur -  dipukul

1 biji lemon – diparut kulitnya

1 sudu kecil esen epal

3 biji epal  - dibuang kulit dan dihiris

sedikit jem buah-buahan – dicairkan diatas api

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega dan gula halus hingga berkerim

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul

3. Kemudian masukkan tepung naik sendiri,parutan kulit lemon dan gaul sebati

4. Tuangkasn adunan kedalam acuan kek,susunkan hirisan epal diatasnya,dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 c hingga masak

5 .Apabila kek sejuk sapukan jem buah-buahan dipermukaannya

 

SEDIA DIHIDANG .

BISKUT RANGUP BEREMPAH

DSC07085

BAHAN – BAHAN :

280 gm tepung gandum

120 gm keju – diparut

120 gm mentega

6 sudu besar susu cair

2 sudu kecil serbuk kari

2 sudu besar kelapa kering

sedikit garam

sedikit kuning telur

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega dan keju hingga berkerim

2. Masukkan tepung gandum ,serbuk kari,garam dan susu cair,uli adunan hingga sebati

3. Ambil sedikit doh dan canaikan,kemudian terap dengan acuan penerap

4. Sapukan kuning telur dan taburkan kelapa kering diatas biskut

5. Bakar biskut didalam ketuhar dengan suhu 190 c selama 15 minit

 

SEDIA SIHIDANG .

BISKUT DAISY COKLAT

DSC07084

BAHAN – BAHAN :

250 gm majerin

125 gm coklat masakan

60 gm gula halus

1 1/2 cawan tepung gandum

2 biji kuning telur

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega dan gula ising hingga berkerim

2. Masukkan kuning telur dan gaul rata

3. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul lagi hingga sebati

4. Masukkan doh kedalam piping bag,tekankan secara memanjang diatas dulang pembakar

5. Bakar didalam ketuhar dengan suhu 180 c selama 15 minit

6. Apabila biskut sejuk celupkan kedua-dua hujungnya kedalam coklat masakan, setelah coklat kering masukkan kedalam bekas kedap udara

 

SEDIA DIHIDANG .

Monday, December 27, 2010

BISKUT HALIA

 

BAHAN – BAHAN:

170 gm tepung halus

130 golden syrup

60 gm nestum

55 gm gula halus

35 gm mentega

1 1/2 sudu kecil serbuk halia

sedikit badam halus

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega dan gula hingga berkerim

2. Masukkan golden syrup dan gaul rata

3. Kemudian masukkan tepung halus,nestum,soda bikar bonat dan serbuk halia.uli adunan hingga sebati

4. Canaikan doh ini dan dan terap, dan bubuhkan badam hiris diatasnya

5. Bakar  dalam suhu 180c selama 15 minit

 

SEDIA DIHIDANG .

BISKUT COKLAT BERSALUT

 

BAHAN – BAHAN :

175gm mentega

150 gm gula halus

3 cawan tepung gandum

1 cawan tepung jagung

1 sudu kecil esen vanilla

1 biji kuning telur

sedikit coklat masakan

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega dan gula hingga berkerim

.masukkan kuning telur dan kacau rata ,

2. Masukkan tepung jagung,tepung gandum, dan esen vanilla.uli adunan hingga lembut

3. Ambil sedikit doh ini dan bentukkan bulat membujur,bakar dalam ketuhar dengan suhu 180c hingga masak

4. Cairkan coklat masakandan celupkan biskut tadi kedalam nya .Sejukkan biskut ini sebelum disimpan

 

SEDIA DIHIDANG :

BISKUT COKLAT URAI

DSC07089 

BAHAN – BAHAN :

200 gm tepung gandum

150 gm gula halus

100 gm gula ising

50 gm tepung naik sendiri

50 gm kelapa parut

50 gm coklat urai

1 cawan gajus – dikisar halus

1 sudu kecil esen vanilla

2 biji kuning telur

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega dan gula ising hingga berkerim

2. Masukkan kuning telur dan kacau rata

3. Kemudian masukkan tepung jagung,tepung naik sendiri,asen vanilla,kelapa parut dan coklat urai,taburkan badam dan uli adunan hingga sebati

4. Masukkan adunan kedalam mangkuk  kertas dan bakar dalam ketuhar dalam suhu 180c selama 15 minit

 

SEDIA DIHIDANG

BISKUT TART NENAS


BAHAN BISKUT :
400 gm tepung gandum
250 gm majerin
50 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN  INTI :
40 gm gula pasir
2 biji nanas diparut
1 sudu besar mentega
1 cm kulit kayu manis

CARA MEMBUAT INTI :
1. Masak nenas dan gula pasir hingga hancur
2. Masukkkan,mentega kulit kayu manis dan masak
3. Sejukkan inti

CACA MEMBUAT BISKUT :
1. Pukul majerin dan gula halus hingga berkerim
2. Masukkkan telur dan esen vanilla dan digaul rata
3. Kemudian masukkan tepung halus dan uli adunan hingga sebati
4. Masukkan doh kedalam acuan dan  tekan keatas dulang pembakar .
5. Bubuhkan inti diatasnya dangulung dengan kemas
5. Bakar biskut dalam ketuhar dengan suhu 100c selama 15 minit

SEDIA DIHIDANG .

BISKUT SAMPERIT


BAHAN – BAHAN :
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jafung
1/2 cawan mentega
1 /2 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk penaik
sedikit susu pekat
sedikit ceri

CARA MEMBUATNYA  :
1. Pukul mentega dan gula halus hingga berkerim
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati
3. Masukkkan tepung gandum,tepung jagung ,dan susu pekat .gaul adunan hingga rata
4. Masukkan doh kedalam scuan semperit dan tekan  keatas dulang pembakar
5. Bubuhkan ceri dan bakar dalam ketuhar dengan suhu180c selama15 minit

SEDIA DIHIDANG

Sunday, December 26, 2010

BISKUT BUNGA TANJUNG


BAHAN – BAHAN  :
1 cawan mjerin
1 cawan gula
1/2 cawan tepung kasatad
tepung gandum secukupnya
serbuk koko secukupnya
1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA ;
1. Kacau gula dengan majerin,kemudian masukkan telur ,esen vanilla dan kedua jenis tepung,sambil di gaul hingga rata
2. Bahagikan adunan pada dua bahagian (x dan y )
3. Bahagian x di gaul dengan serbuk koko
4. Masukkan adunan koko kedalam acuan bunga tanjung,dan di selang seli dengan adunan y
5. Tekan diatas dulang pembakar kemudian bakar hingga masak

SEDIA DIHIDANG .

BISKUT KACANG GULUNG

 

BAHAN – BAHAN ;

8 auns tepung gandum

4 auns gula halus

1 biji telur ayam

1 sudu teh esen vanilla

1 cawan kacang tanah yang di mesin – gaul dengan  dua sudu besar gula

mentega secukupnya

susu pekat seculkupnya

 

CARA MEMBUATNYA ;

1. Kacau gula dan telur,kemudian masukkan esen vanilla dan tepung sambil digaul dengan mentega hingga cukup basah

2. A mbil sedikit adunan,di canai atas kertas dan tuangkan dengan susu pekat serta kacang diatasnya

3. Kemudian gulung adunan kemas – kemas dan masukkan kedalam peri sejuk selama 5 jam

4. Keluarkan dari peti sejuk dan potong bulat- bulat

5. Aturkan kedalam loyang ,dan bakar hingga kuning

 

SEDIA DIHIDANG .

RESEPI DALCHA


BAHAN – BAHAN :
300 gm daging  -  direbus
2 biji terung bulat
1 batang lobak merah
4 biji ubi kentang
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
50 sen kacang dal – direbus dan dikisar separuh halus
2 mangkuk santan cair
1 cawan santan pekat

BAHAN TUMISAN :
1/2 cawan minyak
2 bungkus serbuk kari daging
2 mangkuk air asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci kulit kayu manis
4 ulas bunga lawang
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA ;
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumisan,biarkan hingga garing ,kemudian masukkan serbuk kari dan kacau perlahan – lahan
2. Masukkan daging dan masak hingga empuk
3’ Masukkan kentang dan biarkan setengah empuk
4. Masukkan lobak merah,terung ,cili,dan kacang dal
5. Masukkan santan cair dan santan pekat ,.masak hinggamendidih dan kuah menjadi agak pekat

SEDIA DIHIDANG

RENDANG DAGING

 

BAHAN – BAHAN :

500 gm daging – potong

4 helai daun limau purut

2  helai daun kunyit

10 gm kerisik

4 kuntum bunga cengkih

5 sm kulit kayu manis

1 mangkuk santan pekat

minyak masak

garam secukup rasa

 

BAHAN GILING :

200 gm lengkuas

50 gm bawang maerah

20 gm kunyit hidup

5 gm cili padi

3 batang serai

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan minyak ,tumiskan kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga kuning

2. Masukkan bahan giling dan masak hingga naik bau. kemudian masukkan daging dan kacau selalu

3. Kecilkan api dan masak hingga setengah jam

4. Bila daging empuk  masukkan pula santan ,daun limau purut,daun kunyit,kerisik,garam,,masak lagi selama 15 minit dan angkat

 

SEDIA DIHIDANG .

RESEPI SATE NELAYAN

BAHAN – BAHAN :500 gm daging / ayam / hati  - dipotong nipis
100 gm halia – digiling halus
1o gm gula
Gaulkan bahan ini dan perap selama dua jam kemudian baru dicucuk kan lidi

BAHAN KUAHNYA ;
500 gm kacang tanah – di mesin halus
5 ulas bawang merah – dimesin halus
3 batang eserai  - dimesin halus
10 biji cili kering – dimesin halus
2 mangkuk santan
200 gm minyak masak
garam dan gula

CARA MEMBUAT KUAHNYA :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin hingga naik bau
2. Masukkan kacang tanah dan kacau rata- rata
3. Masukkan santan,garam ,gula,masak hingga pekat barulah diangkat

CARA MEMBUAT NASI IMPIT ;
1. Beras dimasikkan ke dalam beg plastik 6 x 9 sm (masukkan separuh sahaja )
2. Rebus di dalam air mendidih selama 3 jam

SEDIA DIHIDANG ..

OTAK – OTAK :

 

BAHAN  A  :

500 gm isi ikan

150 gm ml santan

3 biji telur

20 helai daun kadok

5 helai daun limau purut – hiris

1 sudu lecil tepung jagung

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil lada sulah

Daun pisang secukupnya

 

BAHAN GILING :

11/2 bijicili merah

150 gm bawang putih

30 gm buah keras

20gm lengkuas

15 gm belacan

15 kunyit

2 batang serai

 

CARA MEMBUATNYA  :

1. Campurkan semua bahan A  - kecuali daun pisang dan daun kaduk dengan bahan giling

2. Potong daun pisang selebar 30 sm x 30 sm.Lapis dengan daun kadaok,

3. Masukkan 3 sudu besar bahan (1) dan bungkus,kemudian kukus selam 10 minit,enak dimakan panas – panas

 

SEDIA DIHIDANG .

IKAN BAKAR

 

BAHAN – BAHAN :

700 gm ikan kembung

1 helai daun pisang

2 ulas bawang putih

1 bitol LIFE HOT FISH SAUCE

 

A : 4 sudu kecil lada putih

1 sudu kecil halia cincang,

2 sudu besar kicap cair

 

CARA MEMBUATNYA ;

1.  .Bersihkan ikan kembung

. 2 Sapukan dengan bahan  A ,Kemudian  letakan ikan diatas daun pisang dan biarkan selama 15 minit

3. Kemudian bungkus ikan tadi dn bakar selama 10 minit hingga masak

4. Letakkan ikan atas pinggang  dan buka daun pisang

5. Hidangkan dengan  LIFE HOT FISH SAUCE

 

SEDIA DIHIDANG

RENDANG ITIK

 

BAHAN – BAHAN :

1 ekor itik  - potong 20

1 liter santan

200 gm halia – kisar

100 gm bawang merah – kisar

100 gm bawang putih kisar

150 gm serai – kisar

50 gm lengkuas – kisar

150 gm cili boh

200 gm kerisik

5 helai daun limau purut

5 helai daun kunyit

2 batang serai – dititik

2 keping asam gelugor

50 gm lada hitam

garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Bersihkan itik dan rebus dahulu untuk menghilangkan bau dan mengeluarkan minyaki

2. Campurkan semua bahan yang dikisar bersama itik yang telah direbus dan diperap semalaman

3. Keesokannya masukkan dalam periuk dan  jerang diatas api sederhana

4. Masukkan cili boh,,daun kunyitdaun limau purut,serai asam gelugor,kerisikdan kacau hingga sebati

5. Masukkan santan dan kacau selalu supaya tidak berkerak. masukkan garam dan lada hitam secukup rasa

6. Biarkan hingga agak kering sebelum diangkat

 

SEDIA DIHIDANG

Friday, December 24, 2010

AYAM GOLEK SRI PENGANTIN


BAHAN – BAHAN :
1 ekor ayam – 1 1/2 kilo

BAHAN  A ( KISAR) :
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit belacan
6 biji buah keras

BAHAN – BAHAN B :
sedikit kulit kayu manis
sedikit jintan manis
sedikit lada putih
2 cawan santan
sedikit bawang goreng
2 sudu tepung jagung
garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMADSAK :
1. Ayam diperap dengan lada hitam selama 30 minit

CARA MEMBUAT SOS :
1. Tumis bahan A dengan sedikit minyak hingga naik bau
2. Masukkan bahan A tambahkan serbuk perasa dan garam secukupnya .kacau
3. Bagi memekatkan kuah tambahkan 2 sudu tepung jagung ,kacau hingga masak
4, Tuangkan sos keatas ayam yang digoreng tadi
5. Taburkan bawang goreng dan hiaskan mengikut cita rasa

SEDIA DIHIDANG

DAGING KERINGSING

 

BAHAN –BAHAN :

500 gm daging

4 ulas bawang merah - kisar

4 ulas bawang putih – kisar

2 helai daun limau purut – kisar

10 biji buah keras - kisar

1/2 inci lengkuas - kisar

sedikit lada putih biji - kisar

sedikit kicap manis

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Rebus daging hingga empuk,ketepikan .

2. Tumiskan bahan – bahan yang dikisar hingga naik bau

3 .Masukkan daging yang direbus bersama kicap manis. kacau hingga sebati.

 

SEDIA DIHIDANG

RENDANG HIJAU


BAHAN – BAHAN  :
1 ekor ayam 1/2 kg – potong 14 bahagian
500 gm santan
sedikit rempah
garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :
5biji bawang merah besar
6 ulas bawang putih
10 tangkai cili hijau
5 biji buah keras

BAHAN DIKISAR :
sedikit kulit kayu manis
sedikit jintan manis
sedikit lada hitam

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan – bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis dan jintan manis
2. Kemudian masukkan ayam ,santan,lada hitam dan garam secukup rasa., kacau hingga sebati dan biarkan hingga mendidih dan ayam masak

SEDIA DIHIDANG .

Thursday, December 23, 2010

Resepi Acar Timun


Bahan-Bahan:


1 biji besar timun
1 biji lobak merah
5 batang kacang panjang
2 sudu garam
½ sudu serbuk kunyit
1 sudu biji sawi

2 sudu minyak makan
10-15 batang lada merah (dibelah dua memanjang)
20 ulas bawanng merah (duikupas kulitnya & dibiarkan seulas-seulas)
90 gm kacang tanah (digoreng & dibuang kulitnya)
1 sudu gula pasir
Garam secukup rasa
1 cawan cuka



Cara:


1. Gaulkan sayur-sayuran dengan campuran kunyit & ketepikan selama 10 minit. 
2. Panaskan kuali & rendang biji sawi.Apabila ia mula meletup, masukkan minyak & sayur-sayuran. 
3. Kacau hingga cukup hangat. 
4. Masukkan bahan-bahan selebihnya & biarkan mendidih dengan tidak kacau. 
5. Angkat dari api & biarkan sejuk. Apabila diperlukan,hangat & hidangkan dengan nasi putih & lauk kurma.

Resepi Ayam & Sayuran Masak Paprik


Bahan-Bahan:




500 gm ayam dipotong kecil 
Sedikit sotong, udang, daging 
4 biji tomato 
1 batang carrot 
1 peket jagung muda 
100 gm bunga kobis 
100 gm brocolli 
2 helai daun limau purut



2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa



Cara:


Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam. 
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak. 
Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik.


Wednesday, December 22, 2010

IKAN BAWAL MASAM MANIS


BAHAN – BAHAN :
1 ekor ikan bawal
1 inci halia - hiris
3 ulas bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 mangkuk cili sos
2 sudu cuka makan
2 sudu jem nenas
serbuk lada hitam secukupnya

CARA MEMBUATNYA :
1. Ikan bawal diperap dengan lada hitam kemudian digoreng.ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan – bahan yang dikisar serta masukkan sos cili,sos tomato ,cuka ,dan jem nenas .kacau seketika
3. Kemudian curahkan keatas ikan bawal yang telah di goreng .hias mengikut cita rasa

SEDIA DIHIDANG

DAGING RENDANG SERAWAK


BAHAN – BAHAN :
500 gm daging lembu – potong kecil dan bersihkan
3 biji bawang merah
1 mangkuk kecil kismis hitam – kisar
1 in halia – kisar
1 mangkuk cili boh
1 sudu serbuk lada hitam
1 cawan kicap manis
sedikit kulit kayu manis
garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
1. Rebus daging yang di bersihkan hingga empuk,tos dan ketepikan seketika
2. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis,cili boh serta bahan yang dikisar hingga naik bau
3. Masukkan daging yang direbus tadi bersama kicap dan lada hitam
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa .kacau hingga sebati

SEDIA DIHIDANG .

SAMBAL JAWA


3 keping tempe – dipotong dadu
3 keping tauhu putih – potong dadu
100 gm kacang panjang – dipotong
50 gm lobak merah – dipotong
2 biji bawang merah – dimayang
1 mangkuk kacang tumbuk
50 gm suhun kering
secubit belacan
sedikit air asam jawa
sedikit cili api – dikisar
sedikit cili merah – dikisar

CARA MEMBUATNYA :
1. Tumiskan minyak dan masukkan bawang merah ,cili api,,cili merah yang telah dikisar berasma belacan hingga naik bau 
2. Setelah garing masukkan tempe dan tauhu beserta sayur yang telah dipotong,masukkan air asam jawa,garam gula ,dan serbuk perasa secukupnya,kacau hingga
   kering .

SEDIA DIHIDANG .

URAP SAYUR KAMPUNG


BAHAN – BAHAN  DI REBUS  :
50 gm kacang panjang
50 gm tauge
50 gm kankung
50 gm kacang botol

BAHAN – BAHAN DIKISAR  :
20 gm udang kering
cili boh
1/2 inci lengkuas
2 biji bawang besar
kelapa parut
Selepas dikisar  digoreng hingga di serunding

CARA MEMBUATNYA :

1. Satukan semua sayur yang direbus kedalam mangkuk dan campurkan dengan bahan yang telah dikisar dan digoreng menjadi serunding
2  Kemudian masukkan garam dan gula serta perasa secukupnya,gaul hingga rata

SEDIA DIHIDANG .

SOTONG MADU BERSANDING

 

BAHAN  - BAHAN :

5 ekor sotong putih  - di bersihkan

4 keping tauhu putih llembut – hiris

sedikit daun bawang

 

BAHAN UNTUK SOS

200 gm gula pasir

sedikit serbuk cili

sedikit kulit kayu manis

air secukupnya  :

 

CARA MEMASAKNYA :

1. Gaulkan tauhu dan daun bawang yang telah dihiris bersama lada sulah dan bawang goreng

2 Kemudian sumbat bahan tersebut kedalam sotong yang dah dibersihkan

3. Panaskan minyak kemudian goreng sotong hingga masak ketepikan

 

CARA MEMBUAT SOS :

1. Campurkan kesemua bahan sos dan direbus hingga pekat

2. Kemudian tuangkan keatas sotong yang sudah digoreng

 

SEDIA  DIHIDANG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOTONG MADU BERSNDING

 

BAHAN – BAHAN :

5 ekor sotong putih – bersihkan

4 keping tauhu putih lembut  - dihiris

sedikit daun bawang

lada sulah

sedikit bawang goreg

 

BAHAN – BAHAN SOS :

200 gm gula pasir

sedikit serbuk cili

sedikit kulit kayu manis

air secukupnya

 

CARA MEMASAK :

1 Gaulkan tauhu dan daun bawang, yang telah di hiris bersama lada sulah serta bawang goreng

2. Kemudian sumbat bahan tersebut kedalam sotong dan bersihkan

3. Panaskan minyak dan gorwng sotong hingga masak .ketepikan

 

CARA MEMBUAT SOS :

1. Campurkan kesemua bahan sos dan rebus hingga pekat

2. Kemudian tuang keatas sotong yang sudah di goreng.sedia untuk dihidang

 

SEDIA DIHIDANG .

IKAN KELI ASAM PEDAS DARAT

BAHAN – BAHAN :
5 ekor ikan keli
2 biji bawang merah - kisar
50 gm cili padi – kisar
sedikit buah keras  - kiisar
1 batang bunga kantan
2 cawan santan pekat
2 sudu serbuk kunyit
5 helai daun limau purut – hiris
sedikit daun kesum
sedikit hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :
1. Perapkan ikan keli dengan garam dan kunyit
2. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dan masukkan hirisan lengkuas
3. Perlahan kan api,masukkan ikan keli dan tabur hirisan daun limau purut,bunga kantan dan daun kesum,biarkan seketika
4; Kemudian masukkan santan,garam dan serbuk perasa secukupnya dan tunggu hingga mendidih

SEDIA DIHIDANG .

Tuesday, December 21, 2010

BISTIK CENDAWAN

 

BAHAN – BAHAN :

300 gm cendawantiram

5 sudu besra tepung jagung

1 biji telur

garam

setengah sudu kecil air kapur

2 biji tomato – hiris

2 sudu besar tomato puri

1 labu bawang besar – cincang

1 sudu kecil gula

1 sudu besar sos cili

2 ulas bawang putih  - cincang

 

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Bancuh tepung dengan sedikit air,masukkan sedikit garam dan pecahkan telur

2. Gaul rata dan kemudian masukkan air kapur.celipkan cendawan dan goreng hingga garing,ketepikan

3. Di dalam kuali yang lain,tumiskan bawang merah dan bawang putih

4 .Masukkan sos cili dan tomato puri,masukkan garam dan gula

5. Tambahkan sedikit air jika kuahnya terlalu likat

 

SEDIA DIHIDANG

KERABU PUCUK KACANG

 

BAHAN – BAHAN :

100 gm pucuk kacang – tauge australia

50 gm kacang tanah -  goreng

50 gm ikan bilis – goreng

1 labu bawang besar – mayang bulat

1 sudu kecil minyak bijan

setengah biji limau nipis – diperah

garam

 

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Satukan kesemua bahan dalam bekas,perahkan limau nipis

2. Taburkan garam dan tuangkan minyak bijan.Gaul rata

 

SEDIA DIHIDANG .

UDANG 5 MINIT

 

BAHAN – BAHAN :

400 gm udang

200 gm kacang sepat

4 ulas bawang putih

1 sudu besar sos tomato

1 sudu beras sos cili

1 sudu besar sos tiram

setengah sudu besar kicap

8 biji cili padi

1 labu bawang besar

 

CARA MENYEDIAKANNYA ;

1. Panaskan minnyak dan tumis bawang putih yang di cincang

2 .Setelah bawang putih bertukar warna menjadi kuning masukkan udang

3. Kemudian masukkan kacang sepat,

4. Gaul.masukkan pula cili padi dan bawang besar yang dihiris

5. Akhir sekali tuangkan sos dan kicap.gaul rata,api hendaklah besar waktuu memasak udang ini

 

SEDIA DIHIDANG .

KARI TELUR BERTERUNG

 

3 biji telur

2 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

2 cm halia

250 ml santan

4 potong terung panjang

10 tangkai cili kering – kisar

1 paket serbuk kari ikan

2 tangkai daun kari

garam

 

CARA MENYEDIAKANNYA :

 

1. Telur drebus ,kemudian digoreng sedikit,angkat dan asingkan ,tumiskan bawang besar bawang putih dan halia yang sudah dikisar hingga naik bau

2. Masukkan cili kering,serbuk kari dan daun kari serta tumis hingga wangi

3. Kemudian tuangkan santan dan biarkan mendidih dan pekat

4. Setelah mendidih,masukkantelur, terung dan garam

5. Biarkan mendidih hingga kuah pekat

 

SEDIA DIHIDANG .

KERABU TELUR

 

3 biji telur

2 biji cili merah  - tumbuk

50 mal santan

4 biji limau kasturi

1 ikat daun kesum

1 batang bunga kantan

3 helai daun limau purut

3 cm halia

4 ulas bawang merah

garam

 

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Panaskan kuali leper dan dadarkan telur

2. Setelah telur dadar masak bolehlah dihiris halus- halus,hiriskan juga daun kesum,bunga kantan,daun limau purut,halia dan bawang merah

3 .Masukkan semua bahan dalam mangkukdan gaulkan sekali,masukkan sedikit garam,cili merah dan perahan air limau kasturi

 

SEDIA DIHIDANG .

SAYUR CAMPUR LADA SULAH

 

BAHAN  - BAHAN

10ekor udang

4 ulas bawng merah  - hirois

3 ulas bawang putih – hiris

1 bunjut rempah sup

2 sudu besar lada sulah

1 kiub ikan bilis

1 tangkai cili hijau – belah tengah

1 batang lobak merah – hiris

4 batang putik jagung – potong empat

6 tangkai kacang buncis  - hiris

2 kuntum bunga kubis

6 kuntum cendawan

minyak untuk menumis

60 ml air

 

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau

2. Kemudian masukkan sup bunjut dan tuangkan air

.3. Masukkan kiub ikan bilis dan renih hingga mendidih

4. Masukkan lobak merah dan putik jagung,kacang buncis,kubis bunga dan cendawan

5. Masukkan lada sulah dan cili hijau ,akhir sekali masukkan udang

 

SEDIA DIHIDANG

TOMATO BERISI TUNA

 

BAHAN – BAHAN :

500 gmtomato

2 sudu besar mayonis

1 tin kecil tuna

1 labu bawang besar – cincang

1 biji cili merah  - cincang

sedikit lada hitam

garam

 

CARA MENYEDIAKAN :

1. Korek isi tomato dan asingkan

2. Gaulkan mayonis,tuna,bawang besar dan garam secukup rasa,

3. Masukkan isi tuna kedalam buah tomato td

4. Taburkan bawang merah diatasnya dan hidangkan

 

SEDIA DIHIDANG .

Sunday, December 19, 2010

Resepi Sawi Goreng


Bahan-Bahan:


300 gm sawi
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah

75 gm udang hidup (saiz sederhana)
3 sudu minyak
Garam,gula & lada sulah (mengikut rasa)
1 sudu kicap cair



Cara:


1. Sediakan bahan-bahan:Sediakan udang & campurkan dengan garam,lada hitam & gula. 
2. Bersihkan semua sayur-sayuran.Kupas bawang merah,bawang putih & biang biji cili. 
3. Basuh sawi . Hiris bawang merah,cincang bawang putih,mayang cili & rendam dalam air sejuk untuk hiasan &  
potong sawi (asingkan batang daripada daun). 
4. Menggoreng Sawi: Panaskan minyak di dalam kuali & goreng bawang merah & bawang putih hingga kuning. Tambahkan udang & 1-2 sudu air.
5. Goreng udang hingga merah warnanya. Masukkan batang sawi & kemudian daunnya dengan udang & 1-2 sudu air.
6. Goreng udang hingga merah warnanya. Masukkan batang sawi & kemudian daunnya dengan 2 sudu air. 
7. Masak selama beberapa minit. Goreng sawi jangan sampai lecur. Masukkan lada hitam,garam & sos. Hidangkan berhias cili.

Resepi Sawi Goreng


Bahan-Bahan:


300 gm sawi
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah

75 gm udang hidup (saiz sederhana)
3 sudu minyak
Garam,gula & lada sulah (mengikut rasa)
1 sudu kicap cair



Cara:


1. Sediakan bahan-bahan:Sediakan udang & campurkan dengan garam,lada hitam & gula. 
2. Bersihkan semua sayur-sayuran.Kupas bawang merah,bawang putih & biang biji cili. 
3. Basuh sawi . Hiris bawang merah,cincang bawang putih,mayang cili & rendam dalam air sejuk untuk hiasan &  
potong sawi (asingkan batang daripada daun). 
4. Menggoreng Sawi: Panaskan minyak di dalam kuali & goreng bawang merah & bawang putih hingga kuning. Tambahkan udang & 1-2 sudu air.
5. Goreng udang hingga merah warnanya. Masukkan batang sawi & kemudian daunnya dengan udang & 1-2 sudu air.
6. Goreng udang hingga merah warnanya. Masukkan batang sawi & kemudian daunnya dengan 2 sudu air. 
7. Masak selama beberapa minit. Goreng sawi jangan sampai lecur. Masukkan lada hitam,garam & sos. Hidangkan berhias cili.

Resepi Bayam Tumis Air


BAHAN-BAHAN:

2 ikat sayur bayam
6 ekor sotong

2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur bayam . Kupas semua bawang dah ditumbuk lumat . Sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi dan masukkan sotong , sos tiram serta minyak bijan kacau kejap . Masukkan air secukupnya bila kuah dah mendidih terus masukkan semua sayur bayam dan kacau . Last sekali masukkan garam , bila sayur bayam dah nampak layu api dapur boleh la ditutup . Biarkan sayur masak didalam kuah yang masih panas 

Resepi Masak Lemak Putih Bayam

BAHAN-BAHAN :

2 ikat bayam
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
2 peket suhun+ fucuk

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur bayam dan potong ikut citarasa kita la . Kupas semua bawang dan dimayang nipis serta bersihkan ikan bilis . Remdam suhun/fucuk sehingga lembut dan toskan , ketepikan dahulu.

Masukkan santan dan ikan blilis serta bawang ke dalam periuk dan masak sehingga kuah mendidih kemudian baru la dimasukkan sayur bayam dan suhun/fucuk .

Masukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga rata , bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.

Saturday, December 18, 2010

KACANG BUNCIS GORENG BERTAUHU

 

BAHAN – BAHAN :

100 gm kacang buncis

2 keping tauhu

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 biji cili merah – dihiris

1 sudu besar minyak

1 sudu besar udang kering

serbuk lada sulah

garam

 

CARA MENYEDIAKANNYA ;

Kacang buncis dihiris kecil ,di bersihkan dan ditoskan

2. Panaskan kuali dan goreng kacang buncis,bersama udang kering dan goreng hingga ,kedua – duany bertukar warna,angkat dan ketepikan

3. Gaulkan tauhu dengan serbuk kunyit goreng dan hancurkan,masukkan garam dan lada sulah

4. Masukkan kacang buncis tadi dan goreng seketika

5.Akhir sekali masukkan cili merah

 

sedia dihidang

SAYUR GORENG BERTAUHU

 

BAHAN – BAHAN :

3 keping tauhu – dipotong kecil

8 ekor udang (sederhana besar )

40 gm kubis

4o gm lobak merah

40 gm kacang panjang

1 biji cili merah – hiris

2 ulas bawang putih – hiris

2 cm halia  - hiris

garam dan perasa secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKANNYA ;

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau

2. Masukkan udang ,tumis sebentar,Masukkan tauhu dan gaul rata

3. Akhir sekali masukkan semua syur,kacau ,masukkan garam dan perasa

 

SEDIA DIHIDANG

SAYUR KINCAM

 

BAHAN – BAHAN :

15 ekor udang

3 ulas bawang merah – dihiris

2 ulas bawang putih  - dihiris

1 cm halia – dihiris

4 sudu besar majerin

2 sudu besar lada sulah

1 tangkai cili merah – dihiris

4 tangkai daun bawang

10 gm kacang sepat

100 ml air

1/2 batang lobak merah – dihiris

5 biji cendawan butang

1 biji capsium

3 kuntum bunga kubis

3 kuntum brokoli

1 sudu besar sos tiram

30 gm fucuk suun

1 keping fucuk kering

10 gm rempah kincam

1 ketul kiub ayam

 

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau

2. Kemudian tuangkan sedikit air.masukkan udang,kiub ayam, dan sos tiram.biarkan mendidih

3. Masukkan lobak merah,rempah kincam,sayur fucuk suun dan semua sayur- sayuran

4. Akhir sekali taburkan cili merah dan cili hijau,masukkan serbuk lada sulah dan kacau rata

 

SEDIA DIHIDANG .

TAUHU KUKUS SOS TIRAM

 

BAHAN  - BAHAN :

3 keping tauhu putih

3 ulas bawang putih

3 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap cair

2 ulas bawNG MERAH – Hiris

1 labu bawang besar

1 sudu kecil minyak bijan

2 sudu besar minyak masak

garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Kukus tauhu didalam pengukus dan panaskan minyak didalam kuali

2. Tumis bawang putih hingga garing kemudian masukkan bawang merah,sos tiram ,kicap cair dan sedikit garam

3. Angkat tauhu dan tuangkan sos ke atas tauhu .kemudian taburkan bawang diatasnya

 

SEDIA DIHIDANG

ASAM PEDAS BEBOLA IKAN

 

BAHAN – BAHAN :

200 gm bebola ikan

300 gm bendi

2 batang serai  - dittik

2 kuntum bunga kantan

4 – 6 helai daun kesum

sedikit minyak untuk menumis

sedikit air asam jawa

sedikit air sejuk

garam secukup rasa

 

BAHAN – BAHAN  DIGILING HALUS :

15 tangkai cili kering

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

2,5 cm halia

 

CARA MENYEDIAKANNYA ;

1. Panaskan minyak dan tumis bahan – bahan  yang di giling halus hingga garing

2. Kemudian masukkan serai yang sudah dititik,kacau hingga rata

3. Masukkan air dan air asam jawa dan kacau

4. Bila mendidih masukkan bendi,bebola ikan,,daun kesum ,bunga kantan,dan garam dan kacau hingga sebati

 

SEDIA DIHIDANG .

BEBOLA SOTONG

 

BAHAN -  BAHAN :

10 gm bawang besar

1o gm daun saderi

20 gm lobak merah – potong dadu

20 gm kentang

30 gm daun perai (leek)

42 gm tomato dicincang

2 gm bawang putih dicincang halus

10 gm kacang kuda

20 gm kobis  - dicincang halus

10 ml minyak masak

20 gm pes basli

50 ml air

3 paket bebola sotong

garam secukup rasa

serbuk lada putih

 

CARA MEMASAKNYA :

1. Goreng bebola sotong dengan sedikit minyak, Asihgkan

2. Panaskan sedikit minyak

3. Masukkan bawang besar,bawang putih,daun saderi,lobak merah,,kentang ,daun perai dan kobis selama 5 minit

4. Maskkan tomato cincang dan air,masak dengan api kecik selama 30 minit

5, Setelah mendidih masukkan garam dan lada sulah secukup rasa

6. Setelah masak matikan api dan taburkan daun pasli

 

SEDIA DIHIDANG .

Friday, December 17, 2010

TERUNG SAMBAL UDANG GERAGAU


BAHAN – BAHAN :
3 ulas bawang putih – dicincang halus
3 sudu besar cili merah kisar
15 gm udang geragau
3 biji terung panjang – belah dua
2 cm belacan
1 sudu besar air asam jawa
garam dan perasa secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Panaskan minyak dan goreng sebentar terung yang telah siap dicuci,angkat dan ketepikan
2. Gunakan minyak yang sama  tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga naik bau,masukkan belacan
3. Masukkan udang geragau,kacau dan tambahkan air asam jawa,garam dan perasa.biarkan hingga mendidih
4. Akhir sekali masukkan terung dan biar kan sebati

SEDIA DIHIDANG

KACANG PANJANG GORENG BERTELUR

 

BAHAN – BAHAN :

1 biji telur

4 ulas bawang merah – dihiris

1 ulas bawang putih – dihiris

garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,bawang merah hingga naik bau

2. Masukkan kacang panjang dan gaul sebentar

3. Masukkan telur dan gaul rata

4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa

 

sedia dihidang .

TAUHU ISTIMEWA

 

BAHAN – BAHAN ;

2 biji tauhu lembut

2 biji cili merah -  potong dadu

2 tangkai daun sup – dihiris

 

BAHAN SOS :

2 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

3 sudu besar kicap pekat

2 sudu sos tiram

1 sudu besar tepung jagung

50 ml air

minyak

garam

 

CARA MEMBUATNYA :

1.  Tahu lembut digoreng seketika kemudian ditoskan

2. Untuk sos,bawang besar dan bawang putih ditumbuk.kemudian tumis hingga naik bau

3. Tuangkan ,air,kicap pekat ,dan sos tiram,kacau tepung jagung dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.

4, Masukkan garam  dan cili merah secukup rasa,kacau hingga kuah  sedikit pekat dan mendidih

5, Tahu yang sudah digoreng di belah dua. Tuangkan sos  diatas tahu dan taburkan daun sup yang telah dihiris keatasnya

 

SEDIA DIHIDANG .

KUBIS GORENG


BAHAN – BAHAN :
1/2 biji kubis
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji cili merah – hiris
2 biji cili hijau – hiris
1 sudu kecil biji sawi
minyak untuk mengoreng ,
garam

CARA MEMBUATNYA :
1. Kubis di potong halus dan dicuci bersih
2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
4. Kemudian masukkan kubis,garam dan biji sawi.kacau hingga masak
5. Akhir sekali masukkan cili hijau dan cili merah hiris

SEDIA DIHIDANG .

KACANG BUNCIS TUMIS TELUR

 

BAHAN – BAHAN ;

1 kilo kacang buncis

6 ulas bawang putih

100 gm cili boh

100 gm udang kering hancur

10 biji cili merah / hijau  - dimayang

5 biji bawang merah

5 biji telur  - dipukul

garam secukup rasa

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Tumis bawang putih bersama udang kering dan cili boh hingga naik bau dan masak. bila masak asingkan,

2. Kemudian tumis bawang merah ,masukkan kacang buncis dan sambal udang kering yang dimasak tadi

3. Masukkan garam, setelah hampir masak masukan telur yang dipukul tadi

4. Kacau hingga masak

 

SEDIA DIHIDANG .

Thursday, December 16, 2010

IKAN SIAKAP KUKUS PEDAS


BAHAN – BAHAN :
1 ekor ikan siakap
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
2 sudu besar sos tiram
5 tangkai cili padi
50 ml air asam
50 gm daun ketumbar
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Hiris bawang merah,bawang putih,dan halia,
2. Serai dan cili padi diketuk
3. Gaul ikan bersama sos tiram dan garam
4. Susun ikan bersama bahan – bahan yang dihiris di dalam bekas pengukus
5. Kukus ikan selama 20 minit

SEDIA DIHIDANG .

EKOR REBUS TOMATO

 

BAHAN – BAHAN :

2 kg ekor lembu

3 sudu besar pes tomato

6 ulas bawang merah

50 gm halia

3 biji tomato

2 batang serai

1 batang kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

5 gm bunga lawang

5 gm bung cengkih garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Ekor lembu dibasuh bersih ,kemudian direbus bersama kulit kauy manis,buah pelaga dan bunga cengkih

2. Hiris bawang merah,halia dan tomato ,kemudian masukkan kedalam rebusan ekor lembu

3. Masak hingga ekor menjadi lembut

4. Akhir sekali tambahkan garam secukup rasa

 

SEDIA DIHIDANG .

KERANG MASAK LEMAK KUNING

 

BAHAN – BAHAN :

1/2 Kkg lengkuas muda – dipotong nipis- nipis

3 kg kerang – direbus

4 batang serai – dihiris halus

500 ml santan

1 cawan air

garam secukup rasa

 

BAHAN KISAR :

5 cm kunyit hidup

10 tangkai cili padi

4 ulas bawang merah

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Masukkan  bahan – bahan yang telah dikisar kedalam periuk

2. Apabila mendidih masukkan lengkuas dan serai

3. Masukkan santan dan isi kerang ,masak beberapa minit

4. Masak hingga kuah pekat dan masukkan garam secukup rasa

 

SEDIA DIHIDAN

PERIA GORENG RANGUP

 

BAHAN -  BAHAN :

2 biji peria

1 cawan tepung beras

2 sudu besar kanji

2 sudu besar kacang kuda

1 sudu besar serbuk cili

1 sudu besar rempah kari

1 biji telur

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Masukkan tepung kanji ,tepung beras,kacang kuda ,serbuk cili, dan rempah kari kedalam bekas berasma sedikit air dan gaulkan

2. Kemudian masukkan telur dan gaul hingga sebati

3. Masukkan buah peria dan gaul rata- rata .

4. Akhir sekali panaskan minyak dan goreng buah peria hingga garing

 

SEDIA DIHIDANG .

MEE SUP WATAN

 

BAHAN –BAHAN :

1 gulung mi watan – dicelur

2 ulas bawang putih – diketuk

sedikit sos tiram

sedikit garam dan lada sulah

sedikit minyak bijan

sedikit sawi

sedikit taugehsedikit udang

sediki minyak masak

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Tumiskan bawang putih dan masukkan sedikit air dan biarkan merenih

2. Masukkan udang dan perasa,sambil ia merenih celurkan misawi dan taugeh, – asingkan didalam mangkuk

3. Masukkan kuah yang telah masak tadi bersama dengan bahan – bahan didalam mangkuk

 

SEDIA DIHIDANG .

BUBUR NASI PELBAGAI CAMPURAN

 

BAHAN BAHAN :

1 cawan beras

3 cawan air

 

BAHAN  B “

sedikit kicap masin

sedikit ikan bilis goreng

sedikit kacang tanah goreng

sedikit daun bawang

sedikit bawang goreng

sedikit hirisan halia

sedikit telur asin

 

CARA MEMBUATNYA

1. Masakkan beras hingga menjadi bubur

2. Kemudian masukkan semua bahan –bahan B dan sedia untuk dihidang

3. Tambakan sedikit sedikit kicap masin untuk rasa yang lebih sedap

 

SEDIA DIHIDANG

Wednesday, December 15, 2010

KUIH BANGKIT


BAHAN -  BAHAN :
1 kati tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
4 biji telur
2 biji kelapa – ambi pati santan
daun pandan

CARA MEMBUATNYA :
1. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung dalam kuali tanpa minyak,goreng hingga kekuningan – tujuan tepung digoreng supaya kering
2. Gula dipukul bersama telur hingga kembang dan ketepikan
3. Santan dimasak dengan menggunakan api kecil hingga pekat,
4. Campurkan telur bersama tepung yang telah digoreng,gaul hingga sebati dan masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau
5. Canai setebal 1/2 inci dan terap mengikut bunga yang disukai
6. Letakkan didalam dulang pembakar dan bakar hingga masak

SEDIA DIHIDANG .

BIPANG KACANG


BAHAN – BAHAN :
500 gm kacang tanah
200 gm bijan
1 sudu besar tepung sagu
300 gm gula
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :
1. Goreng kacang dan bijan tanpa minyak hingga garing
2 .Bersihkan kacang dari kulit arinya dn tumbuk kacang ,jangan terlalu halus
3. Gula dimasak bersama sedikit air sehingga menjadi pekat
4. Masukkan kacang dan bijan ,adunan ini hendaklah dikacau dengan cepat dan tuangkan kedalam bekas yang anda suka
5. Setelah sejuk baruah di potong, – ikut yang anda suka

SEDIA DIHIDANG .

PUTU KACANG

MI HOKIEN

BAHAN – BAHAN :

200 gm  mi besar
100 gm sawi
200 gm sotong
200 gm isi ayam
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
lada sulah
serbuk perasa
5 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :
1. Bawang putih ditumbuk
2. Panaskan minyak dan tumis  bawang putih yang dah di tumbuk  hingga kekuningan
3. Masukkan isi ayam ,udang ,sotong, dan batang sawi ,goreng semua bahan – bahan hingga separuh masak
4. Masukkan kicap cair dan kicap pekat ,mi besar dan daun sewi,
5. Kacau hingga sebati dan masukkan lada sulah ,pastikan dahulu rasanya sebelum diangkat
6. Hiaskan dengan bawang goreng  dan cili merah yang dipotong nipis – nipis

SEDIA DIHIDANG .

PENANG KUE TEOW

BAHAN - BAHAN :

150 gm kue teow
150 gm tauge
100 gm kucai
150 gm udang
1 sudu beser kicap cair
3/4 sudu kicap pekat
100 gm sotong
serbuk perasa
5 ulas bawang putih


CARA MEMBUATNYA :
1. Bawang putih ditumbuk
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau,kemudian masukkan kicap pekat,kicap cair,udang ,sotong ,masak hingga udang separuh masak,kacau supaya semuanya sebati
3. Masukkan kue teow dan tauge,kacau hingga sebati dan masukkan kucai,serbuk perasa,dan garam secukup rasa,
4. Angkat dan taburkan dengan bawang goreng dan cili merah yang dipotong nipis

SEDIA DIHIDANG .

Tuesday, December 14, 2010

Resepi Sup Sayur


BAHAN-BAHAN :

1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

CARA MEMASAK :

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika

Resepi Peria Goreng Pedas


Bahan-bahan :


1 biji peria di buang biji dan di hiris2
2 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 ekor udang sederhana ( saya potong2 )
2 biji telur
sedikit sos tiram
sedikit garam
sedikit kicap manis


Cara penyediaan :


1. Perap peria dengan garam hingga keluar airnya. Cuci bersih2 peria tadi hingga hilang masinnya.
2. Tumis bawang, bawang putih, dan cili kisar. Masukkan udang dan kacau seketika.
3. Masukkan peria tadi bersama sos tiram dan kicap manis.
4. Tolak ketepi peria tadi pecahkan telur dan kacau2kan hingga rata.
5. Bila peria layu sesuaikan rasanya bolehlah diangkat dan dihidangkan.

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...