Monday, April 30, 2012

Resepi Kuih Bakar Kacang

Bahan-bahan:

3 mangkuk kacang hijau - mumbung
3 mangkuk tepung ubi - disangai
3 mangkuk gula halus
1 genggam tepung gandum
4 biji kuning telur
1 1/2 biji kelapa - ambil pati santan tanpa guna air, perah menggunakan kain

Cara Menyediakan Tepung Kacang:

1. Kacang dibasuh bersih dan tuskan sekejap. Kemudian goreng tanpa minyak serta buangkan kulitnya. Kacang yang digoreng diletakkan di tempat rata dan selepas itu tutupkan dengan kain bersih. Kemudian gelek dengan penggelek atau anak batu giling.

2. Apabila kelihatan kulitnya tertanggal bolehlah ditampi untuk memisahkan kacang dan kulit.

3. Kemudiannya digelek dan basuh lagi. Tuskan semua, apabila kacang 'bebas' daripada kulitnya barulah dikisar hingga menjadi tepung. Ayak dua kali, angkat dan ketepikan.

4. Kemudian gula juga dikisar dan ayak empat kali.

Cara Menyediakan Adunan:

1. Gaul semua bahan, masukkan kuning telur, gaul rata seterusnya masukkan pula santan. Uli adunan hingga ia menjadi lembut. Perap semalaman. Tekan dalam acuan kayu dan bakar dalam ketuhar.

2. Adunan ini menghasilkan 120 hingga 150 biji kuih.

Pesanan:

Untuk mengelakkan kuih melekat pada acuan, bolehlah sapu minyak masak dicelah-celah pecahan daun acuan tersebut.

Sumber : saji

Resepi Kerabu Buah-buahan


Bahan-bahan:

2 biji buah kedondong
2 biji epal hijau
4 ulas nangka masak
Sedikit potongan buah tembikai
Sedikit buah jambu air
1 sudu besar gula
1 sudu besar cili sos
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

Semua buah-buahan dihiris halus…Masukkan gula, sos cili dan sedikit garam.Gaul rata kesemua bahan..’Biarkan selama lima minit..Bolehlah dihidangkan.

Sumber : saji

Sunday, April 29, 2012

Resepi Masak Pecal Jantung Pisang

Bahan-bahan:

1 biji jantung pisang - bersihkan, belah dua dan rebus hingga empuk
3 biji belimbing buluh - potong melintang
1/2 cawan ikan bilis
1/4 cawan kacang tanah
5 ulas bawang merah - tumbuk
1 sudu besar cili giling
Minyak secukupnya
Sedikit perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak, goreng ikan bilis dan kacang berasingan.Angkat minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis bawang dan cili hingga garing. Biarkan suam, gaul dengan hirisan jantung, kacang, ikan bilis, belimbing, garam, gula dan perahan limau kasturi.

Sedia dihidang:

Sumber : saji

Resepi Masak Mi Nyonya


Bahan-bahan:

1/2kg mi kuning - dicelur
1 keping tauhu goreng - dihiris
1 biji telur rebus - dipotong empat
Sedikit daun sup - dihiris
Sedikit daun bawang - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
3 gm tauge - dicelur
1 biji limau kasturi - dipotong dua
Sedikit bawang goreng

Bahan-bahan untuk kuah:

Bahan A: (Direbus dan dikisar lumat)

1/2 kg keledek putih
50 gm udang kering
150 gm udang basah
Air secukupnya

Bahan B:

50gm bawang merah - dikisar
30 gm bawang putih - dikisar
20gm halia - dikisar
2 batang serai - diketuk
50 gm cili giling
1sudu besar taucu biji
minyak masak
Sedikit air asam jawa
Gula ,garam dan aji ,secukup rasa

Cara menyediakan:

Panaskan minyak..Tumis bahan-bahan B hingga garing..Kemudian masukkan bahan-bahan A.. Biarkan hingga mendidih.. Kecilkan api, masukkan air asam jawa, gula dan garam.. Setelah kuah mendidih, angkat..dan cukup rasa matikan api dan angkat Hidangkan bersama mi dan bahan-bahan lain

Sedia dihidang

Sumber : saji

Resepi Mihun Lada Hitam

Bahan-bahan:

1/2 paket mihun - direndam hingga lembut
2 biji tomato - dipotong dadu
11/2 batang lobak merah - dihiris halus memanjang
1/4 biji kubis - dihiris halus
150 gm udang - dibuang kulit
100gm isi ayam - dipotong kecil
2 keping kek ikan - dihiris nipis
1 sudu kecilr lada hitam - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih
1 cawan air
1 sudu kecik sos sotong
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk halus. Kacau hingga naik bau.. Masukkan tomato dan lobak merah kemudian kacau hingga rata.Masukkan isi ayam, hirisan kek ikan, udang, air, garam, gula dan serbuk perasa. Masak selama 10 minit hingga isi ayam empuk. Akhir sekali masukkan kubis, mihun dan sos sotong kemudian kacau hingga rata. Bila mihun lembut,dan dah cukup rasa,matikan api.. angkat dan hidang panas-panas bersama cili jeruk.

Sumber  :Saji

Resepi Ikan Bakar Padang

Ikan Bakar Padang

BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan kembung besar

BAHAN TUMBUK HALUS:

1/4 sudu kecil lada hitam

4 biji buah keras

1 cm kunyit

3/4 cawan santan pekat

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK KICAP MANIS:

1 labu bawang besar (potong dadu)

2 tangkai cili merah (potong serong)

2 tangkai cili hijau (potong serong)

2 biji jus limau nipis

125 ml kicap manis

CARA MENYEDIAKAN:

Campurkan bahan-bahan tumbuk bersama santan, garam dan gula secukup rasa.. Ikan dibersihkan. Masukkan ke dalam kuah santan, kacau rata.Bakar ikan menggunakan api arang hingga masak. Gunakan lebihan kuah. santan untuk merenjis-renjis ikan semasa dibakar. Enak dimakan bersama sambal kicap manis. Gaulkan semua bahan dan rasalah masam manisnya

Sumber : saji

Friday, April 27, 2012

Resepi Singgang Daging Cili Padi


Bahan-bahan:

500 gm daging - dihiris nipis
3 keping asam gelugor
1 sudu besar ketumbar - dikisar kasar
1 sudu kecil jintan manis - dikisar kasar
10 biji cili padi
Garam ,gula dan aji secukup rasa
Air - mengikut cita rasa

Bahan-bahan hiris:

3 ulas bawang putih
4 sm lengkuas
3 sm kunyit hidup

Cara menyediakan:

Hiris daging..Bersihkan..,satukan kesemua bahan kecuali garam dan cili padi. Masukkan pula daging dan renehkan hingga empuk.
Kemudian masukkan cili padi..garam,gula dan aji secukup rasa .Kacau seketika agar garam larut.Biarkan dan tunggu hingga kuah mendidih dan bolehlah diangkat.

Sumber : saji

Wednesday, April 25, 2012

Resepi Spageti Tom Yam

BAHAN-BAHAN:

150 gm spageti
1 sudu kecil pes tom yam
1 ulas bawang besar | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
1 helai daun bay
Secubit herba oregano
Secubit daun tyhme kering
1 liter air
1 cawan krim putar
100 gm isi ayam
Minyak masak secukupnya.

Cara menyediakan:

Didihkan air, dan rebus spageti selama 10 minit. Tuskan dan biarkan sejuk.Tumis bawang besar, bawang putih, daun bay, oregano, daun tyhme sehingga naik bau.Masukkan pes tom yam, air dan krim putar. Kacau sehingga mendidih.Masukkan isi ayam. Renehkan sehingga benar-benar masak.Masukkan spageti ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah tadi.

Sumber saji

Resepi Kentang Mentega

Kentang Mentega

BAHAN-BAHAN:

8 biji kentang

2 ulas bawang putih (ketuk)

5 biji lobak jejari

60 ml jus lemon

4 tangkai daun thyme (cincang)

2 sudu besar madu

2 sudu besar minyak zaitun

4 ketul kepak ayam

200 gm kacang sepat

30 gm mentega

Garam

CARA MENYEDIAKAN:

Masukkan jus lemon, thyme, madu dan minyak zaitun di dalam mangkuk. Masukkan ayam dan tambahkan garam secukup rasa. Gaulkan dan perapkan seketika.Sementara itu rebus atau kukus kentang dengan sedikit garam hingga empuk.Panaskan sedikit minyak dan masak ayam yang diperap tadi .Masukkan daun thyme dan reneh seketika hingga ayam masak. Angkat dan asingkan.kemudian, kukuskan kacang sepat. Kentang yang telah empuk dipotong baji (wedges) atau dadu dan gaulkan dengan mentega dan bawang putih.Hidangkan kentang dengan ayam, kacang sepat dan hirisan lemon.

Sumber saji

Tuesday, April 24, 2012

Resepi Gulai Nanas Ikan Kering

Bahan-bahan:

1/2 biji nanas di potong .dan direbus dengan sedikit air sekejap kemudian angkat dan toskan

santan dari satu biji kelapa

ikan masin

Bahan Kisar:

6 biji cili kering

6 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 cm lengkuas

1 cm kunyit

gula dan aji secukup rasa


Cara Menyediakan:

Masukan santan dan semua bahan kisar kedalam periuk,masak hingga kuah mendidih..masukkan ikan masin dan nenas ..kemudian masukkan aji dan gula secukup rasa..terus masak..bila dah masak dan dah cukup rasa matikan api dan angkat ..

Sedia dihidang

Sumber : saji.

Resepi Talam Seri Delima


Bahan-bahan untuk lapisan bawah:

300 ml santan pekat
900 ml air
130 gm tepung beras
50 gm tepung kacang pis
1 cawan gula pasir
6 biji sengkuang cina - dibuang kulit dan dipotong dadu
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk lapisan atas:

1 1/4 cawan santan pekat
2 cawan air
2 biji telur gred A
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam

Cara menyediakan:

Untuk lapisan bawah, masukkan campuran santan bersama air. Masukkan juga gula dan garam ke dalam periuk.  Kacau tanpa henti di atas api yang kecil sehingga pekat.Masukkan sengkuang cina dan dikacau hingga rata sebelum dituangkan ke dalam loyang.Ratakan dengan plastik, kemudian kukus selama 10 hingga 15 minit. Untuk lapisan atas, masukkan kesemua bahan, kecuali garam dan gula ke dalam pengisar.  Kisar kesemua bahan hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk. Masukkan garam dan gula. Kemudian kacau tanpa henti di atas api kecil sehingga naik wap. Tuangkan ke atas lapisan putih dan kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Sumber : saji

Resepi Kacang Panjang Masak Padang

Bahan-bahan:

kacang panjang - dipotong
2 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
5 biji cili padi - dikisar
2 biji cili hijau - dikisar
1/2 inci kunyit  - dikisar
2biji cili merah - dibelah dua
Sedikit serbuk kunyit
sedikit santan pekat
minyak masak
Garam,gula,aji secukup rasa
Sedikit minyak


Cara menyediakan:

.Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata… masukkan kacang buncis.. masukkan santan, garam ,gula dan aji secukup rasa.. Masukkan cili merah yang dibelah dua.kacau  hingga sebati..bila dah masak dan dah cukup rasa ,matikan api dan angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

Resepi Masak Sambal telur puyuh

Bahan-bahan:

10 biji telur puyuh - direbus

1 cm belacan - dikisar

6 biji bawang merah - dikisar

30 gm cili kering - dikisar

1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis

Minyak

Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan goreng telur hingga kekuningan. Ketepikan.Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan naik bau...Masukkan serbuk kulit kayu manis dan kacau rata...Masukkan garam dan gula secukup rasa, kemudianmasukkan telur. Kacau perlahan-lahan hingga sebati bila dah sebati dan dah cukup rasa matikan api dan angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji.

..

Resepi Masak Daging Tumis


Bahan-bahan:

1/2 kg daging - dipotong nipis
10biji cili kering - dikisar
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil gula
Garam ,gula aji secukup rasa

Bahan-bahan tumis:

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1sm halia
1/2 sudu kecil ketumbar (biji)
1 sudu kecil jintan manis (biji)
Sedikit minyak

Cara menyediakan:

Rebus daging hingga empuk.Setelah diangkat, daging tadi diketuk sedikit dengan lesung batu. Kemudian goreng sekejap dan ketepikan.Tumbuk semua bahan tumis hingga lumat. Cili kering direndam dan ditumbuk. Jangan sampai lumat. (Tidak sesuai dikisar halus) Tumis bahan tumis serta cili kering tumbuk hingga garing.Masukkan daging, gula , garam dan aji secukup rasa bersama daun salam dan limau purut.Kecilkan api dan biarkan hingga garing…bila dah masak dan dah cukup rasa,matikan api dan angkat

Sdia dihidang

Sumber : saji

Resepi Sup Kue Tiaw.

BAHAN SUP:

500 gm tulang ayam

100 gm ikan bilis

1 kiub pati ayam

2 sudu besar garam

2 sudu besar gula

2 liter air

BAHAN KUE TIAW:

200 gm kue tiaw

20 gm ayam (hiris)

1 sudu besar bawang goreng

3 tangkai daun bawang

2 tangkai cili merah

2 sudu besar hirisan cendawan

BAHAN KICAP:

100 gm cendawan hitam (rendam)

2 sudu besar minyak masak

2 ulas bawang putih (cincang)

250 ml air

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap masin

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu kecil bijan

2 sudu besar gula

CARA MENYEDIAKAN:

Renehkan kesemua bahan sup.. Untuk kicapnya, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.Masukkan cendawan hitam, kemudian air, sos tiram, kicap masin, kicap pekat, bijan dan gula. Renehkan hingga pekat.Setelah masak kesemuanya, sediakan bahan kue tiaw. Hidangkan kue tiaw dengan hirisan ayam, daun bawang, cili merah dan cendawan.

Sedia dihidang

Sumber : saji

Monday, April 23, 2012

Resepi Paru Tumis Lemak Berempah

Paru Tumis Lemak Berempah

BAHAN-BAHAN:

500 gm paru rebus

3 sudu besar kicap

2 cawan santan

2 helai daun salam

BAHAN KISAR:

15 biji cili kering

2 sudu kecil jintan putih

2 sudu kecil jintan manis

2 sudu kecil ketumbar

9 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan paru, santan dan kicap dan garam.,gula dasn aji secukup rasa..Biarkan ia mendidih dan kuahnya kering…bila kuah dah kering dan dah cukup rasanya  matikan api ,,dan angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

Resepi Gulai ikan Hijau

rGulai Ikan Hijau

BAHAN KISAR:

5ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

5bijii cili hijau

2cm lengkuas

2batang serai

30 gm daun ketumbar

BAHAN LAIN:

1 cawan santan

1/2 kg ikan cermin

5 batang kacang panjang

50gm terung pipit

garam,gula dan aji secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

Masukkan semua bahan kisar dan santan ke dalam periuk kemudian didihkan.Masukkan pula kacang panjang dan terung pipit dan biarkan setengah masak. Selepas itu masukkan ikan serta garam,gula dan aji secukup rasa dan gaul rata..bila dah cukup rasa dan gulai dah masak ,matikan api dan angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

Sunday, April 22, 2012

Resepi Mi Kantonis

Bahan-bahan:

1 gulung mi sanggul (yee mi)
10 gm isi ayam
10 gm sotong putih - potong bunga
10 gm udang halus
2 halus bawang putih - diketuk
3 tangkai daun sawi
Sedikit tepung jagung - untuk memekatkan kuah
Garam dan serbuk perasa
2 cawan air rebusan ayam
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Menyediakan:

Goreng yee mi dengan sedikit minyak dan asingkan di dalam pinggan.Tumiskan bawang putih, isi ayam, sotong putih, udang hingga garing dan masukkan air rebusan ayam serta sos tiram. Masak hingga mendidih.Masukkan garam, bahan perasa dan sayur sawi.Campurkan tepung jagung (dibancuh dengan air) sehingga pekat. Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau sedikit saja.Setelah kuah masak, tuangkan ke atas yee mi yang telah digoreng. .bila dah masak dan cukup rasa matikan api..angkat..hiaskan

Sedia dihidang

Sumber : saji.

Resepi Gulai Ayam

Gulai Ayam

BAHAN-BAHAN:

1ekor ayam kampung (potong empat)

3 cm lengkuas dikisar

2 cm halia dikisar

1 batang serai kisar

1 helai daun kunyit

5 helai daun limau purut

300 gm santan

100 ml air

10 biji cili merah dikisar

Garam ,gula,aji secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

Masukkan kesemua bahan di atas kecuali ayam dan garam ke dalam periuk dan dikacau hingga mendidih.kemudian masukkan ayam,garam,gula dan aji dan garam secukup rasa... Biarkan ayam masak..bila dh mask dan dah cukup rasa.matikan api dan angkat.

Sedia dihidang

Sumber : saji

Resepi Bebola Emas

Bahan A:

2 cawan tepung gandum
4 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk buah pala

Bahan B:

4sudu besar minyak masak
1/2cawan susu cair
2 biji telur

Bahan C:

Minyak untuk menggoreng


1/2cawan gula halus dicampur dengan

1 sudu kecil serbuk pala (jika suka)

Cara Menyediakan:

Ayak bahan A ke dalam mangkuk adunan. Buat lubang di tengah tepung dan campurkan bahan B. Pukul hingga rata. Panaskan minyak dalam kuali, gunakan sudu kecil untuk membentuk adunan menjadi bebola dan goreng hingga keemasan. Golek bebola yang siap digoreng di dalam gula bercampur serbuk buah pala.

Sedia dihidang

Sumber : saji

Resepi Gulai Kancah

Gulai Kancah

BAHAN-BAHAN:

1 kg hati lembu potong dadu

2 helai daun kunyit

6keping asam gelugur

6 helai daun limau purut

2 batang serai (ketuk)

BAHAN KISAR:

20 biji bawang merah

10 ulas bawang putih

40 biji cili padi merah

1 sudu besar kecil lada putih

2 sudu besar  kunyit

10 cm halia

8 cm lengkuas

6 cawan air

Gula ,garam dan aji secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

Rebus hati separuh empuk dan potong dadu…Dalam kuali masukkan gula, garam, asam gelugur, daun kunyit dan daun limau purut.masukkan kan bahan kisar dan masukkan 6 cawan air...Renehkan sehingga kuah kering dan hati empuk.

Sumber : saji

Friday, April 20, 2012

RESEPI CENDOL





BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option) 
CARA MEMBUATNYA
  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais

Thursday, April 19, 2012

RESEPI CENDAWAN GORENG




BAHAN-BAHAN
  • Abalone mushroom 
  • Tepung gandum 
  • Serbuk kunyit 
  • Serbuk kari daging 
  • Garam 
  • Air  
  • Minyak 500 Gram 
  • 400 Gram 
  • ¼ Sudu Teh 
  • ¼ Sudu Teh  
  • Garam Secukup Rasa 
CARA MEMBUATNYA
  1. Cuci cendawan bersih dan toskan. 
  2. Gaulkan tepung, serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan air sehingga membentuk adunan seperti untuk menggoreng pisang. 
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Celupkan cendawan ke dalam tepung dan goreng. 
  5. Angkat setelah cendawan berwarna kuning keemasan.

RESEPI CENDAWAN GORENG TIRAM




BAHAN-BAHAN
  • bawang putih 5 ulas 
  • cendawan tiram satu peket 
  • telur ayam 1 biji 
  • sos tiram 3 sudu besar 
  • lada sulah secukup rasa 
  • lada hitam secukup rasa 
  • garam secukup rasa  
  • tepung jagung satu sudu besar
CARA MEMBUATNYA
  1. bawang putih diketuk dan ditumis hingga naik baunya,
  2. masukkan cendawan,sos tiram, telur,lada sulah,lada hitam,garam 
  3. akhir sekali bancuh tepung jagung dan masuk ke dalam jugak.kacau hingga kuahnya pekat.

RESEPI CAPATI GULUNG




BAHAN-BAHAN
  • 310 gm sardin kaleng bersos tomato (disejat) 
  • 2 camca besar mayonis
  • 2 camca besar mentega kacang
  • 2 biji cili hijau (dibuang biji dan dicincang)
  • 1 camca besar sos barbeku
  • 1 camca teh air perahan limau nipis
  • Garam
  • Serbuk lada hitam 
  • 6 keping capati Bahan hiasan:
  • 100 gm kentang (direbus dan dilecek)
  • 1 camca besar mentega
  • 1 camca besar susu segar
  • 1 biji tomato (dibuang biji dan dihiris) 
  • Parsli (dihiris)
CARA MEMBUATNYA
  1. Lecek sardin hingga halus. Gaul rata sardin, mayonis. mentega kacang, cili hijau, sos barbeku, air limau, garam dan serbuk lada hitam. 
  2. Bahagikan enam dan ratakan setiap bahagian pada capati. Gulung kemas dan susun di dalam bekas kedap udara. Simpan sejam dalam peti sejuk.
  3. Keluarkan gulungan dan hiris setebal 3 cm. Sementara itu, gaul kentang lecek yang masih panas bersama mentega dan susu. 
  4. Isikan di dalam beg aising dan picit di atas capati gulung (bahagian berhiris sebelah atas). Hias dengan tomato dan parsli.

Wednesday, April 18, 2012

Resepi Sotong Masak Kerisik


Bahan-bahan:

sotong - saiz sederhana
2 biji cili merah - dibelah dua
4 bijii cili hijau - dibelah dua
4 labu bawang besar - dihiris
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
4 sm halia - dikisar
2 batang serai
4 sudu besar kerisik
Garam,gula,aji secukup rasa
Sedikit air

Cara menyediakan:

Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.,Masukkan kerisik, serai dan sotong..Tuangkan sedikit air dan kacau rata. Biarkan hingga sotong masak..Masukkan pula cili merah, cili hijau dan bawang besar.  Masukkan garam,gula dan dan aji secukuprasa.. Kacau rata..bila dah masak dan cukup rasa,matikan api dan angkat..

Sedia dihidang

Sumber : saji

RESEPI BUBUR GANDUM




BAHAN BAHAN
  • 1 cawan gandum 
  • 2 cawan santan
  • Gula mengikut rasa
  • Sedikit garam
  • Sehelai daun pandan ( diikat )
CARA MEMBUATNYA
  1. Rebus gandum hingga kembang (Kalau nak jimat masa , rendam dulu waktu malam )
  2. Masukkan santan dan daun pandan.
  3. Masukkan gula dan sedikit garam.
  4. Tunggu hingga mendidih.
  5. Boleh tambah santan jika inginkan kuah yang banyak.

RESEPI CAKOI / PAKTONGKOL




BAHAN-BAHAN
  • 1kg tepung gandun (anchor brand) 
  • 1 pkt instant yeast (mauripan) 
  • ½ cawan minyak mazola
  • 1½ cawan gula pasir
  • 3½ cawan air
  • sedikit garam 
  • 2 biji telur 
  • 1 sudu teh bikarbonat soda  
  • 1 sudu teh air kapur
CARA MEMBUATNYA
  1. satukan tepung gandum dan yis. Pecahkan telur kedalam adunan tepung tadi, gaul. 
  2. masukkan bahan yang telah dilarutkan bersama air. 
  3. uli adunan hingga licin dan tidak melekat di tangan. 
  4. tutup adunan dengan tuala lembab, biar 2 jam atau hingga keesokan pagi. 
  5. uli semula adunan tersebut hingga licin dan lembut. 
  6. ambil sedikit adunan dan canaikan. 
  7. potong bentuk memanjang 7 X 2 cm 
  8. guna lidi atau buluh bunga telur, celupkan dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi. 
  9. ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan, tekan sedikit dibahagian yang dibasahkan dengan air tadi.  
  10. ulangi proses dan goreng dalam minyak penuh dan api sederhana

RESEPI BUBUR JAGUNG




BAHAN BAHAN
  • 4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya
  • 5-6 sudu besar gula (ikut manis)
  • 1 mangkuk kecil santan pekat
  • 1- 1 1/2 mangkuk kecil air
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1/4sudu teh garam (optional)
  • segenggam sagu dibilas dan toskan(optional) 
CARA MEMBUATNYA
  1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung cepat masak)
  2. Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak.
  3. bubur ni berwarna putih. bagi mereka yg suka warna bolehlah menggunakan sagu yg berwarna yg terdapat di supermarket untuk lebih menarik

RESEPI BUBUR CHA CHA




BAHAN-BAHAN
  • 3/4 cawan cha-cha
  • 2 cawan santan
  • sedikit nisang/gula melaka
  • gula (ikut citarasa)
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan 
CARA MEMBUATNYA

Masukkan cha-cha kedalam air mendidih rebus sehingga kembang Dalam periuk lain masukkan semua bahan kacau sehingga mendidih kemudian masukkan cha-cha yang sudah direbus tadi. Selamat mencuba.

RESEPI BUBUR PULUT HITAM




BAHAN BAHAN
  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil) 
CARA MEMBUATNYA
  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
  8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...