Monday, October 31, 2011

Kepak Ayam Madu

BAHAN-BAHAN: 10 ketul kepak ayam 6 ulas bawang putih , ditumbuk 3 sudu makan madu 2 sudu makan kicap pekat 2 sudu makan sos tiram 1 sudu teh serbuk lada sulah Minyak untuk memanggang CARA MEMASAK: 1. Gaulkan ayam bersama semua bahan sehingga sebati. 2. Kemudian perap semalaman dan simpan di dalam peti sejuk. 3. Akhir sekali, panggang kepak ayam di atas bara api. Renjis-renjiskan minyak dan lebihan perapan pada kepak ayam. Terbalikkan ayam dan panggang sekata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Daging Goreng Siam

Bahan-bahan:

1 kg daging - dipotong & dibersihkan
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos buah plum
2 sudu besar kicap
Garam dan gula secukup rasa
1 batang lobak merah - dipotong
5 putik jagung muda - dipotong

Bahan-bahan tumis:

2 labu bawang besar - dibelah 8
3 tangkai cili merah - dimayang
4 ulas bawang putih - dipotong menyerong
2 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut

Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Bila bawang layu, masukkan cili kisar dan kacau hingga cili garing dan pecah minyak.

2. Masukkan daging, sedikit air, sos tiram, sos plum, kicap, garam, gula dan masak daging hingga empuk.

3. Masukkan lobak dan jagung muda dan kacau hingga rata. Bila sayur lembut, angkat

Sumber : saji

Kebab Ayam

Bahan-bahan:

400 gm isi ayam - hiris nipis memanjang
1 labu bawang besar - dimayang
2 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun ketumbar  - dikerat 2 cm
2 tangkai cili hijau - dihiris
2 biji tomato - dihiris nipis
1 batang lobak merah - diparut memanjang
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar yogurt perisa asli
1/2 sudu kecil serbuk oregano
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Roti ban panjang secukupnya

Cara Menyediakan:

1. Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang besar. Kacau biar layu sedikit kemudian masukkan cili kisar dan sedikit air. Kacau hingga rata dan biarkan hingga pecah minyak dan garing.

2. Masukkan ayam, garam, 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam, oregano dan sedikit air. Kacau hingga rata dan biarkan hingga ayam empuk.

3. Masukkan daun ketumbar dan kacau hingga rata kemudian padamkan api.

4. Satukan sos cili, mayonis (tinggalkan sedikit untuk disapu di atas roti) dan baki serbuk lada hitam, kemudian kacau hingga sebati.

5. Ban dibelah tidak putus kemudian disapu yogurt hingga rata. Masukkan satu sudu besar inti ayam kemudian taburkan lobak merah parut, hirisan tomato dan cili hijau. Akhir sekali, sapukan sos mayonis dan hidangkan

Sumber : saji

Pulut Seri Kaya Bakar

Bahan-bahan Lapisan Bawah:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan
Sedikit garam

Bahan-bahan Lapisan Atas:

5 biji telur ayam
1 1/4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air daun pandan
Secubit garam

Cara Menyediakan:

1. Untuk lapisan bawah, bersihkan pulut dan tuskan. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersama santan serta sedikit garam, dan kukus hingga masak.

2. Tekan pulut yang sudah dimasak di dalam loyang hingga padat dan ketepikan.

3. Untuk lapisan atas, campurkan kesemua bahan ke dalam satu bekas, kemudian kacau hingga sebati sebelum ditapis dan dituangkan ke atas pulut.

4. Kukus sekali lagi hingga lapisan atas masak, kemudian bakar dalam ketuhar dengan menggunakan api atas sahaja pada suhu 120 darjah Celsius selama 3 - 5 minit.

5. Bila sudah siap, biarkan sejuk baru dipotong dan dihidangkan

Sumber: saji

Apom Bunga Tiga Dimensi

Apom Bunga Tiga Dimensi

BAHAN-BAHAN:
375 gm tepung gandum
500 gm gula
3 biji telur
250 ml air aiskrim soda
1 sudu besar ovallete
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna merah
Kertas minyak
Acuan bunga apom
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan, kecuali air aiskrim soda.
2. Putar hingga gebu, kemudian masukkan air aiskrim  soda.
3. Putar lagi sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan de­ngan warna merah, putih dan hijau.
5. Ambil sesudu, masukkan dalam acuan khas yang berisi kertas, berselang-seli warna.
6. Akhir sekali, kukus selama 8 minit

Sumber : saji

Sunday, October 30, 2011

Ayam Bercili

Ayam bercili
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam
3 keping asam gelugur
BAHAN KISAR:
2 labu bawang besar
Sedikit belacan
17 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
CARA MENYEDIAKAN:
1.Ayam digoreng garing. Ketepikan.
2.Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
3.Masukkan asam gelugur dan ayam.
4.Gaul rata.
5.Bubuh sedikit garam.
Sumber : saji

Mihun Asam Rebus


Bahan-bahan:
1 paket mihun - direndam dan dicelur
2 ekor ikan kembung - dipotong dua
2 helai daun kunyit - disiat
3 batang serai - dititik
5 tangkai daun kesum
3 - 4 keping asam keping
Air secukupnya
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan Kisar:
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
2 sm belacan
30 gm cili kering

Cara Menyediakan:

1. Satukan bahan kisar, daun kunyit, daun kesum, garam, serbuk perasa, asam keping, air dan ikan di dalam periuk.

2. Jerang bahan-bahan tadi di atas dapur hingga kuahnya mendidih. Pastikan juga ikannya masak.

3. Letakkan mihun yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.

4. Sendukkan isi ikan berserta kuah asam rebus tadi ke atas mihun.

5. Hidangan ini lebih enak jika dimakan ketika ia masih panas.

Sumber : saji

Seri Muka Pulut Hitam


Bahan A:

2 cawan pulut - direndam dan dituskan
1 cawan pulut hitam - direndam dan dituskan
1/2 cawan isi jagung
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan santan
1 sudu besar tepung beras dibancuh dengan 3/4 cawan air

Bahan B:

4 biji telur dikacau bersama 1 1/4 cawan gula
2 cawan santan
10 helai daun pandan
3 cawan air
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung pulut
Secubit garam

Cara Menyediakan:

1. Sediakan bahan B dulu dengan mencampurkan tepung jagung, tepung pulut di dalam bancuhan telur.

2. Kisar daun pandan bersama air, kemudian tuangkan bancuhan tepung ke dalam air daun pandan.

3. Campurkan santan dan garam, ketepikan.

4. Sementara itu sediakan bahan dasar dengan mencampurkan kesemua bahan A kecuali bancuhan tepung beras.

5. Masak bahan A sehingga likat, baru tuangkan bancuhan tepung beras.

6. Masak sebentar sehingga adunan sedikit likat, dan angkat.

7. Sediakan loyang, sapukan sedikit minyak. Tuangkan kesemua bahan A (dasar).

8. Kukus hingga masak (dasarnya sahaja), kemudian tekan hingga mampat.

9. Sementara itu, suamkan bahan B (atas), tuangkan sebahagian di atas bahan A.

10. Kukus selama 10 minit, kemudian dengan segera tuangkan baki (bahan B).

11. Kukus lagi selama 10 minit dan panggang/salai selama 15 minit pada shuhu 120 darjah Celsius untuk mendapatkan kuih yang cantik permukaannya

Sumber : saji

Spageti Bebola Daging

Bahan-bahan Sos Tomato:

1/3 cawan minyak zaitun
1 labu bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dipotong dadu kecil
1/2 batang lobak merah - diparut
1 batang seleri - diparut
1 sudu kecil thyme
1 sudu kecil basil
1 sudu kecil oregano
2 helai daun bay
1 sudu besar tomato puri
2 tin tomato - dihancurkan
500 gm spageti - direbus
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Bebola Daging:

500 gm daging lembu - dicincang
1/2 labu bawang besar - dicincang halus
2 kemping roti - direndam dan dilecek bersama susu
2 sudu besar daun parsli - dicincang
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, lobak, saderi dan herba-herba oregano, thyme, basil dan daun bay.

2. Masukkan tomato puri dan gorengkan sebentar.

3. Masukkan tomato yang diramas, air secukupnya, garam, gula dan lada hitam. Didihkan sampai sos pekat.

4. Sementara sos hampir pekat, daging tadi digaul rata dengan bahan-bahan bebola daging.

5. Kemudian dibentuk seperti guli kecil.

6. Panaskan minyak zaitun dan goreng bebola daging hingga kuning.

7. Selepas itu masukkan bebola ke dalam sos tomato tadi. Biarkan mendidih 15 minit lagi sebelum disajikan bersama pasta.

Sumber : saji

Puding Lapis Kacang Merah

pudinglapiskacangmerah1

Bahan A:

10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
130 gm gula pasir
2 sudu besar krim putar
Pewarna kuning
Sedikit garam

Bahan B

10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
120 gm gula pasir
3 sudu besar kacang merah - direbus dan dikisar
Sedikit pewarna merah

Cara Menyediakan:

1, Masak bahan A hingga larut dan masukkan ke dalam acuan bersesuaian yang berlubang di tengah. Biarkan hingga hampir beku barulah dituang bahan B.

2. Sebelum dituang ke dalam bahan A, kesemua bahan B hendaklah dimasak hampir pekat

Bahan A:

10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
130 gm gula pasir
2 sudu besar krim putar
Pewarna kuning
Sedikit garam

Bahan B

10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
120 gm gula pasir
3 sudu besar kacang merah - direbus dan dikisar
Sedikit pewarna merah

Cara Menyediakan:

1, Masak bahan A hingga larut dan masukkan ke dalam acuan bersesuaian yang berlubang di tengah. Biarkan hingga hampir beku barulah dituang bahan B.

2. Sebelum dituang ke dalam bahan A, kesemua bahan B hendaklah dimasak hampir pekat

Bahan A:

10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
130 gm gula pasir
2 sudu besar krim putar
Pewarna kuning
Sedikit garam

Bahan B

10 gm agar-agar serbuk
600 ml santan
120 gm gula pasir
3 sudu besar kacang merah - direbus dan dikisar
Sedikit pewarna merah

Cara Menyediakan:

1, Masak bahan A hingga larut dan masukkan ke dalam acuan bersesuaian yang berlubang di tengah. Biarkan hingga hampir beku barulah dituang bahan B.

2. Sebelum dituang ke dalam bahan A, kesemua bahan B hendaklah dimasak hampir pekat

Sumber : saji

Kek Puding Lapis Agar-agar

Kek Puding Lapis Agar-agar

BAHAN KEK: 
200 gm sponge mix 4 biji telur
1 sudu besar ovallete
50 ml air Sedikit esen vanila
60 ml minyak
BAHAN PUDING:
200 ml susu cair
200 ml susu segar
90 gm flan vanila
30 gm tepung kastard
Sedikit esen vanila


BAHAN TOPPING:

200 ml air
35 gm gula
1/2 sudu besar serbuk agar-agar
Sedikit perasa lemon
Sedikit pewarna kuning


CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat kek, pukul telur sehingga gebu.
2. Masukkan sponge mix, ovallete, esen vanila, air dan minyak.
3. Pukul sehingga gebu dan masukkan ke dalam acuan empat segi, bakar pada suhu 170oC selama 25 minit.
4. Setelah masak sejukkan dan keluarkan dari acuan. Trim di bahagian tepi kek, kemudian masukkan ke dalam acuan 9 x 9 x 3 inci.
5. Untuk puding, panaskan tiga per empat  susu, kemudian masukkan flan vanila.
6. Susu yang selebihnya tadi, kacau sebati bersama tepung kastard dan tuangkan ke dalam flan vanila.
7. Kacau selama 5 hingga 6 minit. Tuangkan puding ini ke atas kek dan sejukkan.
8. Untuk topping, satukan kesemua bahan topping dan masak di atas api sehingga mendidih dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan di atas puding pula.
9. Akhir sekali, hiaskan dengan buah anggur. Sejukkan

Sumber : Saji

Nasi Buah-buahan Kering


Bahan-bahan Nasi:

2 cawan beras panjang - bersih dan tuskan
2 cawan air rebusan tulang ayam atau lebih mengikut kesesuaian beras
5 sudu besar yogurt tanpa perasa
1 1/2 sudu besar rempah sup
Sedikit rempah tumis:-
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
1/2 cm halia - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
1 sudu besar minyak dicampur 2 sudu besar minyak sapi
2 keping buah pic kering - digunting kecil
2 keping nanas kristal - digunting kecil
2 biji buah prun tanpa biji - digunting kecil

Bahan Tabur:

1 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar badam goreng yang ditumbuk kasar
1 sudu besar campuran buah prun, nanas kristal dan pic

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi hingga larut, tumis bawang besar, bawang putih serta halia hingga wangi kemudian masukkan rempah tumis.

2. Apabila telah bangkit baunya, masukkan rempah sup, kacau hingga garing. Tuangkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih. Masukkan pula yogurt, garam, daun pandan simpul bersama beras.

3. Setelah setengah masak, masukkan buah-buahan kering yang dipotong kecil, kacau rata dan biarkan hingga kering.

4. Ketika hendak menghidang, tabur bawang goreng, badam tumbuk kasar serta buah-buahan kering yang dipotong kecil

Sumber : saji

Tauhu Telur Masak Lemak Kuning

Tauhu Telur Masak Lemak Kuning

Tauhu Telur Masak Lemak Kuning

BAHAN-BAHAN:

10 biji telur

20 gm stik ketam (hiris)

20 gm kacang panjang (hiris)

20 gm cendawan (hiris)

100 gm belimbing buluh

50 gm kunyit hidup (kisar)

500 ml santan

2 batang serai (ketuk)

2 ulas bawang merah (hiris)

Sedikit garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk yang kecil dan masukkan sedikit bahan-bahan hiris.

2. Kemudian kukus sehingga masak. Sementara itu, masakkan santan dan masukkan bersama bawang, serai, kunyit hidup, belimbing, garam dan gula.

3. Apabila santan mendidih masukkan telur yang telah dikukus tadi. Renehkan seketika di atas api sederhana barulah diangkat.

Sumber : saji

Tako


Bahan-bahan:
25 helai daun pandan - dibentuk seperti kotak
Untuk lapisan bawah:
30 gm tepung Hoen Kwee (hijau)
15 biji sengkuang cina - dipotong dadu
1 1/2 cawan gula
3 cawan air
1/2 sudu kecil pewarna hijau
Untuk lapisan atas:
80 gm tepung jaung - dibacuh dengan secawan air
4 cawan pati santan
2 cawan air (tambahan)
Secubit garam
Cara Menyediakan:
1. Jerang air dan gula hingga larut dan masukkan sengkuang cina, tepung Hoen Kwee dan pewarna hijau. Dengan api yang sederhana, kacau selama 10 minit atau sehingga aduan menjadi pekat kemudian tuangkan ke dalam setiap kotak daun pandan hingga paras separuh. Sejukkan.
2. Didihkan santan dengan 2 cawan air tambahan. Masukkan garam serta adunan tepung jagung. Kacau hingga pekat kemudian tuangkan ke dalam kotak daun pandan hingga penuh. Biarkan sejuk sedikit sebelum didinginkan dalam peti sejuk.
Sumber : saji

Mi Goreng Santubong

Mi Goreng Santubong
BAHAN-BAHAN:
250 gm mi kuning
200 gm isi ayam (rebus)
4 ekor udang (rebus)
1 sudu besar cili kisar
3 sudu kuah kari
200 gm sawi
200 gm tauge
1/2 biji ubi kentang (potong empat dan goreng)
1/2 keping tauhu (potong empat dan goreng)
1 biji tomato (potong empat)
1/2 labu bawang besar (potong empat)
1 tangkai cili merah (hiris)
200 gm daun salad (hiris halus)
Garam dan gula secukup rasa
30 ml minyak
1 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:
1) Panaskan minyak dalam kuali.
2) Tumiskan bawang besar, telur, isi ayam, udang, cili kisar, sos cili dan kuah kari.
    Kacau hingga rata.
3) Masukkan mi, tauge, sawi, tauhu, ubi kentang, tomato dan kacau rata.
4) Apabila masak hidangkan dan hiaskan mengikut cita rasa anda
Sumber : saji

Jelawat Tempoyak Asam Pedas


Bahan-bahan:
1 kg ikan jelawat
120 gm bawang merah
180 gm cili merah
10 tangkai cili padi
6 batang serai
4 cm kunyit hidup
2 helai daun kunyit - disiat dan simpul
250 gm tempoyak
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Tumbuk bawang merah, serai, cili padi, cili merah dan kunyit hingga halus kemudian campurkan dengan tempoyak dan air.
2. Didihkan atas dapur hingga pekat.
3. Masukkan daun kunyit serta ikan dan renihkan hingga masak. Perisakan dengan garam sebelum diangkat untuk dihidangkan
Sumber : saji

Ayam Kurma Baiduri


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 12 dan bersihkan
3 1/4 sudu besar rempah kurma
5 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
8 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
3 cm halia muda - kisar
1 helai daun pandan
1 tangkai daun kari
2 cawan santan pekat
2 labu bawang besar - belah 4 tidak putus
3 tangkai cili merah - belah 2 tidak putus
2 biji ubi kentang - buang kulit dan belah 2 atau 4
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak sapi
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk kemudian tumiskan daun pandan, daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau sebentar, kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan kacau sekali lagi hingga naik aromanya.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan sedikit air kemudian kacau hingga rata. Biarkan hingga ayam empuk.
3. Masukkan santan dan ubi kentang. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih sehingga ubi kentang empuk.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah, garam dan gula. Kacau hingga rata. Bila kuah mendidih, padamkan api. Hidangkan panas-panas bersama nasi.
Sumber : saji

Mi Goreng Sayur


Bahan-bahan:
100 gm mi telur atau mi wantan
50 gm lada benggala - dipotong
20 gm bawang besar - dipotong
40 gm saderi - dipotong
10 gm cili merah - dipotong menyerong
10 gm kulit tauhu
10 gm tauge
10 gm kicap pekat
10 gm kicap cair
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan:
1.  Panaskan minyak di dalam kuali.
2.  Masukkan kulit tauhu.
3.  Goreng hingga rangup, angkat dan ketepikan.
4.  Masukkan bawang besar dan sedikit air.
5.  Masukkan mi dan kacau selama tiga minit.
6.  Masukkan saderi, tauge, cili merah, lada benggala, kicap pekat, kicap cair, garam dan serbuk lada sulah.
7.  Kacau hingga rata.
8.  Masukkan ke dalam pinggan.
9.  Hiaskan dengan kulit tauhu.
10. Hidangkan panas-panas
Sumber : saji

Keria Kentang

Keria Kentang
BAHAN-BAHAN:
100 gm ubi kentang
1/2 sudu kecil marjerin
130 gm tepung gandum
150 gm gula
Sedikit garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebuskan ubi kentang bersama garam sehingga empuk dan lecek ketika masih panas.
2. Kemudian gaulkan bersama marjerin dan tepung gandum sehingga sebati.
3. Ambil doh dan bentukkan bulat seperti donut.
4. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan.
5. Goreng sehingga kuning keemasan dan ketepikan.
6. Selepas itu, masakkan gula bersama sedikit air hingga cair dan pekat.
7. Kemudian masukkan semua kuih yang digoreng tadi dan gaul sehingga semua kuih disaluti air gula.
8. Angkat dan hidangkan.
Sumber  saji

Bawal Putih Kukus Asam Boi

Bawal Putih Kukus Asam Boi
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal putih
2 cm halia (hiris halus)
200 gm cendawan hitam (hiris)
250 gm daging ayam (hiris)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
6 biji asam boi (rendam dengan setengah gelas air)
Sedikit gula
Minyak bawang goreng
Bawang goreng
Daun bawang
Cili merah
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ikan dan letakkan di atas pinggan. Taburkan asam boi dan tuangkan airnya.
2. Juga ditaburkan halia, cendawan hitam dan daging ayam. Masukkan gula dan sos tiram secukup rasa.
3. Kukuskan ikan selama 10  minit. Setelah masak, taburkan sedikit daun bawang dan cili besar yang dihiris panjang serta minyak bawang goreng
Sumber : saji

Bubur Ayam


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 cawan beras
4 cawan air
2 ulas bawang putih - diketuk
1 hiris halia
Lada sulah secukupnya
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan daun sup
1 sudu besar hirisan cili padi
1 sudu besar kicap cair
1 tangkai cili merah - dihiris
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Rebus ayam bersama sedikit air, bawang putih dan halia hingga empuk.
2. Di dalam periuk lain rebus pula rebus bersama air hingga betul-betul kembang.
3. Masukkan ayam, biarkan mendidih sekali lagi dan perisakan dengan garam.
4. Apabila menghidangkannya taburkan bawang goreng, daun sup dan hirisan cili merah.
5. Hidangkan bersama cili padi hiris yang direndamkan di dalam kicap cair
Sumber : Saji

Cucur Ubi Kayu (pedas)

Cucur Ubi Kayu (pedas)
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ubi kayu
1 sudu kecil ketumbar (tumbuk)
1 tangkai cili merah (tumbuk)
1 sudu besar bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN:
1. Ubi parut hendaklah diperah airnya.
2. Gaulkan semua bahan hingga rata.
3. Bulat-bulatkan dan goreng hingga kuning.
Sumber : saji

Sambal Darat Ikan Haruan

Sambal Darat Ikan Haruan
BAHAN-BAHAN:
3 potong isi ikan haruan (goreng)
5 tangkai cili hijau (hiris)
7 tangkai cili padi (hiris)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis semua bahan hingga layu. Bubuhkan sedikit garam.
2. Masukkan ikan dan gaul rata
Sumber : saji

Sup Lala Jagung Muda


Bahan-bahan:
1/2 kg lala
4 jagung muda
4 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1 cm halia - ditumbuk
Minyak untuk menumis
Lada sulah dan garam secukup rasa
Sedikit air
2 sudu hirisan daun saderi
1 sudu besar bawang goreng
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, tuangkan air.
2. Apabila mendidih, masukkan jagung muda dan biarkan empuk. Masukkan pula lala.
3. Balik-balikkan sebentar, perisakan dengan garam serta lada sulah. Padamkan api.
4. Apabila menghidangkannya, taburkan daun sup dan bawang goreng
Sumber : saji

Nehari (Kari Kambing Kashmir)



Bahan-bahan:


1 camca besar garam masala 
4 ulas bawang putih dicincang halus 
2 cm halia dicincang halus sedikit garam 
2 camca kecil serbuk cili 
1 camca besar serbuk ketumbar 
1/2 camca kecil serbuk buah pala 
1 camca besar serbuk jintan kasar 
1 camca besar paparika 
4 labu bawang besar dihiris nipis 
1kg daging kambing didadu ( Bahagian kaki ) 
150ml Tairu 
2 camca besar tomato puri 
1/2 cawan kacang dhal direbus sampai lembut dan dimesin 
1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus 
2 biji cili hijau dihiris 
Minyak Vesawit untuk menggoreng 
Air secukupnya 
Garam secukup rasa 

Cara memasak:
 

  1. Gaulkan daging kambing dengan sedikit garam dan garam masala dan goreng sebentar. Keluarkan dari periuk dan asingkan. Dalam periuk yang sama tumis bawang besar sampai kuning dan garing lalu di masukkan semula daging tadi. 
  2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam daging kecuali dhal dan kacau rata dan dikecutkan selama 10 minit. 
  3. Masukkan air dan Dhal didihkan sampai empuk. Tambahkan garam dan taburkan daun ketumbar dan cili hijau.

Resepi kek halia



Bahan-Bahan: 
1 cawan isi durian, buangkan bijinya
1 sudu besar tepung susu
5 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri 1 ½ cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan marjerin
Sedikit garam

Cara : 
Pukul gula dan marjerin hingga kembang. 

Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. 

Wangikan dengan esen vanila. Sebatikan adunan dengan isi durian. 

Perlahankan mesin, masukkan tepung sedikit demi sedikit, diikuti tepung susu.

 Tuangkan ke dalam acuan yang siap bergris dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 150'C selama 45 minit atau hingga masak.

Kek Epal, Nanas Dan Walnut

Resepi Kek Epal Crumble


Bahan-Bahan: 
¾ cawan gula kastor
1/3 cawan air
125 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
3 biji epal (kupas kulit dan potong setebal 1 cm) Bahan-bahan topping:
150 gm tepung
75 gm mentega
30 gm gula kastor

Cara : 
Masak gula dan air ke dalam periuk hingga cair. 

Sejukkan. Putar mentega, vanila dan kuning telur hingga kembang. Masukkan air gula. 

Campurkan telur dan putar sebati. Dalam mangkuk berasingan, putar putih telur hingga kembang.

Campur putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata.

Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk toppng di atasnya. 

Ratakan dan bakar selama 35 minit. 

Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga menjadi serbuk roti.

 Sejukkan.


Resepi Kek Damal



Bahan-Bahan: 
1 gelas gula halus
1 gelas mentega
1 ½ gelas tepung gandum
½ camca kecil baking powder
½ camca kecil esen vanila
½ camca kecil esen ros
4 biji telur


Cara : 


Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan putih dan kuning telur yang telah dipukul berasingan terlebih dahulu.


Kacau hingga rata dengan menggunakan senduk kayu. Masukkan esen vanila, esen ros dan akhir sekali masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu.


Jika suka masukkan 1 camca kecil pewarna merah. 


Tuangkan ke dalam loyang yang berlenser dan bakar dengan api yang kecil lebih kurang 1 jam.





Bahan-Bahan: 
1 cawan tepung gandum tulen naik sendiri(wholemeal)
2 auns mentega
½ cawan gula merah
1 biji telur
4 sudu besar susu
Sedikit kulit limau parut 1 biji buah epal hijau
1 sudu besar gula halus
½ sudu teh serbuk bunga cengkih
Sedikit garam


Cara : 
Pukul mentega dan gula merah sampai lembut. 


Masukkan telur dan kulit limau (separuh sahaja). Masukkan tepung diselang-seli dengan susu dan kacau rata.


Tuangkan adunan ke dalam acuan sandwic. Kupas buah epal dan potong nipis-nipis.


Aturkan di atas adunan kek tadi.


Campurkan gula, serbuk bunga cengkih dan kulit limau yang separuh lagi. Taburkan di atas buah epal. Bakar 35-40 minit.




Resepi Kek Halia

Bahan-Bahan: 
8 auns tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh halia (ditumbuk halus)
2 auns sirap kencana hitam
4 auns sirap kencana pucat 3 auns mentega
2 auns gula merah
2 biji telur
2 sudu teh susu cair

Cara: 
Ayak tepung dan soda bikarbonat dalam sebuah mangkuk.\

Masak kedua-dua sirap kencana, gula merah berasama mentega di atas api perlahan sehingga cair. 

Pukul telur dan susu seketika, campurkan ke dalam air gula yang dimasak.

Masukkan ke dalam tepung dan kacau hingga sebati. 

Masukkan dalam acuan empat persegi yang telah disapu mentega dan bakar selama sejam.

Kek Halma



Bahan-Bahan: 
8 auns kurma (dibuang biji)
1 sudu teh soda bikarbonat
150 ml air panas
4 auns gula merah
4 auns mentega
2 sudu besar sirap kencana hitam 1 sudu besar sirap kencana pucat
2 biji telur
8 auns tepung naik sendiri
2 sudu teh serbuk halia
2 sudu besar gulai aising

Cara :
Cincang buah kurma, taburkan sedikit soda bikarbonat. 


Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi 150 ml air panas dan biar sehingga sejuk. 


Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kedua-dua sirap kencana hitam dan pucat.


Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi. Masukkan tepung, halia, buah kurma serta airnya sekali kacau.


Tuang ke dalam acuan bulat dan bakar selama 50 - 60 minit. Setelah dikeluarkan dan bila sejuk barulah ditabur gula aising.

(Resepi) Kek Gulung Pandan



Bahan-Bahan

Untuk Span Pandan:

10 biji telur
180 gm gula
175 gm tepung gandum
12 gm tepung jagung
62 gm mentega cair
2 helai daun pandan Untuk Krim Perasa Pandan:
250 liter susu segar
60 gm gula
3 biji kuning telur
30 gm serbuk santan
250 gm krim putar
10 gm serbuk gelatin
2 helai daun pandan




Cara : 
Tepung gandum & tepung jagung diayak bersama-sama.


Kisar daun pandan dengan air sebelum ditapis & dicampur denagn mentega cair.


Pukul telur & gula hingga kembang kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. 


Kacau hingga rata & masukkan campuran air daun pandan & mentega. Kacau hingga sebati.


Tuangkan adunan ke dalam acuan kek gulung yang telah digriskan & bakar pada suhu 200C (8 minit).



 Untuk membuat krim perasa pandan, kisar daun pandan dengan susu sebelum ditapis & disuamkan. 

Gula dikacau dengan kuning telur, campurkan air daun pandan & susu, serbuk santan & gelatin.



Kacau hingga larut barulah dimasukkan krim putar. 


Kek yang sudah masak ditiarapkan ke atas gris yang dipotong panjang.


 Tuangkan krim perasa pandan ke atas kek, sapu rata. 


Angkat hujung kertas gris, gulung kek perlahan-lahan sebelum dipotong.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...