Thursday, September 8, 2011

Home » , » Resepi Ayam Masak Madu

Resepi Ayam Masak Madu


Bahan-bahan (4-5 orang)
5-6 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
4 sudu besar madu
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang dan buah pelaga.
Cara-cara
  1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng hingga masak.
  2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili dan madu. Kacau hingga sekata.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan seketika.
  5. Siap untuk dihidangkan.

1 comment:

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...