Thursday, September 8, 2011

Home » » Resepi Lasagna

Resepi Lasagna


Bahan-bahan (5-6 orang)
500g daging cincang
1 kotak kepingan lasagna
1 botol sos pasta
Mozzarella cheese (anggaran 120g)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 biji lobak merah
1/2 biji capsicum
2 biji tomato
3-4 biji cendawan butang
Garam dan gula secukup rasa
Mentega
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara
  1. Bawang besar dan bawang putih dicincang halus. Lobak merah, capsicum dan cendawan butang dihiris halus. Tomato dipotong nipis atau dipotong dadu.
  2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga masak.
  4. Masukkan sos pasta. Kacau rata.
  5. Masukkan lobak merah, capsicum dan tomato. Jika perlu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tunggu sehingga mendidih kemudian padamkan api.
  7. Rendam kepingan lasagna dalam air panas.
  8. Sediakan dulang casserole dan sapu mentega pada permukaan dulang.
  9. Susun kepingan lasagna sehingga menutupi permukaan dulang.
  10. Letak 1 lapisan nipis daging kisar di atas kepingan lasagna dan tutup seluruh permukaan.
  11. Kemudian, letak 1 lapisan cendawan butang.
  12. Letak kepingan lasagna yang lain.
  13. Ulang langkah 10 dan 12 sehingga membentuk beberapa lapisan. Boleh juga kalau nak letak mozzarella cheese di atas lapisan cendawan.
  14. Pastikan lapisan paling atas ialah daging cincang tersebut. Kemudian letak satu lapisan mozzarella cheese.
  15. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 30-40 minit.

1 comment:

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...