Showing posts with label Aneka Cucur. Show all posts
Showing posts with label Aneka Cucur. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Cucur Ubi Kayu (pedas)

Cucur Ubi Kayu (pedas)
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ubi kayu
1 sudu kecil ketumbar (tumbuk)
1 tangkai cili merah (tumbuk)
1 sudu besar bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN:
1. Ubi parut hendaklah diperah airnya.
2. Gaulkan semua bahan hingga rata.
3. Bulat-bulatkan dan goreng hingga kuning.
Sumber : saji

Sunday, March 13, 2011

Cucur Sayur Rangup


Cucur Sayur Rangup
BAHAN-BAHAN:
Sedikit kangkung
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
Sedikit taugeh
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
Garam secukup rasa
3 sudu besar tepung beras

CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2. Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit.
3. Goreng seperti biasa.
Sumber : sajionline

Friday, March 11, 2011

Cucur Piza


Cucur Piza
BAHAN-BAHAN:
11/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
11/2 sudu besar mentega/marjerin
Garam secukup rasa
1 biji tomato (buang biji dan potong dadu)
2 tangkai cili hijau (hiris bulat)
Sedikit kacang sepat/buncis (hiris)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati dan bubuhkan sedikit air.
2. Cucurkan di atas kuali 'non-stick' tanpa menggunakan minyak.
3. Balikkan kedua belah supaya garing. Enak dicicah dengan sos cili.

PESAN SAJI: Rasanya seperti piza kerana adanya cili hijau. Jika tak ada cili hijau boleh juga digantikan dengan capsicum hijau ataupun merah.
Sumber; sajionline

Saturday, October 30, 2010

CUCUR BADAK UBI KELADI


           BAHAN A :

200 Gm tepung gandum
150 gm ubi keladi
300 mlo air
5 gm garam

            BAHAN B :

5 gm garam
10 gm gula
50 gm kelapa parut
20 gm udang kering } di sangai
2 gm cili kering ] disangai dan ditumbuk
10 gm bawang merah } dihiris
2gm serbuk kunyit
50 gm udang basah saiz sederhana 2 liter minyak masak

           CARA MEMASAK :

1. Untuk membuat intinya  panaskan sedikit minyak dalam kuali ,goreng bawang merah,udang kering dan cili kering hingga masak
2. Masukkan kelapa parut kunyit gula dan garam,,kacau rata hingga kering
3. Untuk membuat kulitnya rebus ubi keladi dengan air dan garam hingga empuk dan sejukkan
4. Lenyekkan dan masukkan kedalam bekas adunan bersama tepung dan garam
5. Gentelkan menjadi bulat sebesar bola ping pong
6. Masukkan inti di tengahnya  bulatkan semula ,dan leperkan ,letakkan udang ditengahnya
7. Panaskan minyak masak ,goreng adunan hingga habis hingga warnanya keemasan

              SEDIA DIHIDANG

CUCUR CENDAWAN


           BAHAN –BAHAN  :

500 gm tepung gandum
2 biji telur
300 ml air
5 gm garam
1 gm serbuk kunyit
100 gm cendawan tiram
2 liter minyak masak untuk menggoreng

           CARA MEMASAKNYA ;

1. Masukkan tepung gandum ,telur garam dan serbuk kunyit kedalam mangkuk adunan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit  sambil gaul sebati
3. Kemudian  celupkan cendawan tadi kedalam bancuhan tepung
4. Panaskan minyak masak dan goreng cendawan hingga warnanya kuning keemasan

          SEDIA DIHIDANG

CUCUR DURIAN


         BAHAN –BAHAN :

200 gm tepung gandum
100 gm gula
50 ml santan
200 gm isi durian
300 ml air
5 gm garam
2 biji telur ] pukul
30 gm roti dihancur
2 liter minyak masak

             CARA MEMASAKNYA :

1. Satukan semua bahan kecuali minyak masak ,telur dan roti hancur kedalam mangkuk adunan .Gaul hingga sebati
2. Gentel bahan – bahan yang sudah digaul menjadi bulat seperti bebola ping pong .sejukkan seketika
3. Kemudian bebola tadi di celup dalam telur kemudian di gaul dengan roti hancur
4. Panaskan minyak kemudian goreng adunan hingga masak dan keperangan

              SEDIA DIHIDANG

CUCUR UDANG


          BAHAN-BAHAN :

500 gm tepung gandum
2 biji telur
300 ml air
5 gm garam
3 biji cili merah  }   -  15 gm bawang merah ]  dihiris
5 gm kucai ] dipotong 25 cm panjang
5 gm tauge ]  dibuang ekor
1gm serbuk kunyit
40 gm udang
2 liter minyak masak

       CARA MEMASAKNYA :

1. Tepung gandum,telur, garam,,cili merah,bawang merah, kucai, tauge dan esrbuk kunyit di masukkan kedalam bekas adunan
2. Masukkan air dan gaul kesemua bahan hingga sebati
3. panaskan minyak masak balam kuali ,sudukan adunan kedalam minyak panas ,hingga habis
4. Bila sudah berwarna kuning keemasan angkat dan toskan

                   SEDIA   DIHIDANG

CUCUR TAPAI UBI KAYU

       BAHAN-BAHAN :

300 Gm tepung gandum
200 gm tepung beras
2 biji telur
300 ml air
5 gm garam
200 gm tapai ubi
2 liter minyak masak

                CARA MEMASAKNYA :

1. Bancuh tepung gandum ,tepung beras,telur,air dan garam hingga sebati
2. Bancuhan jangan terlalu  pekat dan jangan terlalu cair
3. Kemudian celupkan tapai ubi kedalam adunan dan pastikan adunan melekat pada tapai
4. Panaskan minyak masak  ,goreng adunan hingga keperang=perangan

               SEDIA DIHIDANG

CUCUR JAGUNG MANIS

         BAHAN –BAHAN :

500 gm tepung  gandum
200 gmjagung manis
2 biji telur
300 ml air
5 gm garam
100 gmgula
2 liter minyak masak

               CARA MEMBUATNYA :

1. Masukkan tepung gandum ,jagung manis,telur garam dan gula ,kedalam mangkuk adunan
2. masukkan air sedikit demi sedikit dan digaul sebati
3. Panaskan minyak kedalam kuali, ambil sejemput adunan dan goreng di dalam kuali .lakukan hingga adunan habis
4. Bila sudah keperangan bolehlah diangkat dan dihidangkan

                  SEDIA DIHIDANG

CUCUR INTI KACANG

         BAHAAN A :

200 gm tepung pulut
2 biji telur
300 ml air
5 gm garam

            BAHAN B :

100 gm gula
50 gmkelapa parut
50 gm kacang tanah } digoreng dan dikisar
5 gm bijan
2 liter minyak masak untuk mengoreng

                CARA MEMASAKNYA :

1. Untuk membuat intinya masukkan bahan B seperti gula ,kelapa parut ,dan kacang  tanah  di dalam periuk ,kacau sebati hingga masak, sejukan dan ketepikan
2. Untuk membuat kulit luarnya tepung pulut dimasukkan kedalam mangkuk adunan bersama telur dan garam
3.Masukan air sedikit demi sedikit dan digaul sebati hingga adunan kenyal ,ambil sedikit adunan ,kepalkan menjadi bulat
4. masukkan inti di tengahnya dan kepalkan semula hingga menjadi bulat cantik ,Golekkan dengan bijan ,lakukan hingga adunan habis
5. Panaskan minyak dalam kuali ,Goreng cucur tadi hingga masak dan keperangan

                          SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...