Showing posts with label Resepi Kampung. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kampung. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Kerabu Pucuk Paku dan Perut/Babat

Credit Pic
Tallpiscesgirl.com


Bahan Bahan

2 kg Pucuk paku (dipotong dan dicelur)
1/2 kg Perut Lembut (direbus empuk dan dipotong kecil)
3 ekor ikan Kembung (dibakar dan diambil isi)
1 sudu teh Lada Hitam (ditumbuk lumat)
2 batang  Serai (ditumbuk lumak)
5sm Halia (ditumbuk lumat)
8 ulas Bawang merah (ditumbuk lumat)
2 ulas Bawang putih (ditumbuk lumat)
100gram Kelapa Parut (ditumbuk lumat)
2 sudu Kerisik
1 cawan Santan pekat
3 sudu besar Air asam limau
Sedikit budu
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Menyediakannya

Gaulkan kesemua bahan diatas bersama pucuk paku dan perut yang telah siap dipotong tadi sehingga sebati.

Sedia untuk dihidang

Sunday, July 22, 2012

Sambal Tumis Ikan Bilis Petai

Bahan-Bahan:


1. Satu genggam besar ikan bilis yang telah dibersihkan
2. Satu genggam besar bawang merah dan dimayam
3. Satu ulas bawang putih dan dimayam
4. 1 ½ sudu besar cili boh atau cili kering yang telah dikisar
5. Santan dari setengah biji kelapa parut.
6. Satu biji bawang besar dan dimayam
7. Petai dibuang kulitnya
8. Garam
9. Minyak Masak

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga layu, tetapi jangan garing
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayam. Goreng untuk 2 - 3 minit atau hingga layu, dan tambahkan cili boh. Goreng selama 2 minit. Kacau hingga sebati semua bahan-bahan.
3. Masukkan santan dan bawang besar dan kacau hingga sebati
4. Masukkan garam sedikit sahaja dan juga petai. Kecilkan api dan tutup kuali.
5. Kacau sekali sekala. Pastikan api kecil. Setelah pecah minyak, semuanya masak.

Nota: Resipi ini perlukan sedikit sahaja garam kerana semakin lama di atas api, air ikan bilis akan turun dan sambal akan masin akhirnya.
*sumber: ens petua melayu lama

Thursday, June 28, 2012

Resepi Masak Lemak Putih Petola

Bahan Bahan

2 biji Petola (dibuang kulit dan dipotong)
2 cawan santan
1 ekor   Ikan kembung (dibakar dan diambil isinya)
1/2 sudu teh lada hitam
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
20 gram suhun
1 biji cili merah (dihiris)
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara menyediakan

Campurkan santan dengan isi ikan, bawang merah,bawang putih serta lada hitam.

Didihkan kemudian masukkan petola,cili merah dan juga suhun.

Masukkan garam dan perasa.

Sedia dihidangkan

Tuesday, June 26, 2012

Gulai Darat Siput Sedut

Bahan bahan

1 kg siput sedut (dibersihkan dan dipotong hujung)
2 cawan santan
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
5sm kunyit hidup (ditumbuk)
5sm Lengkuas (ditumbuk)
6 Tangkai Cili kering (ditumbuk)
1 sudu besar kerisik
1 sudu teh serbuk ketumbar
Sedikit budu
Garam
4 helai daun kaduk (dihiris halus)
sedikit daun kesum (dihiris halus)

Cara memasak

Campurkan santan bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk  kedalam periuk.

Kemudian didihkan di atas api perlahan .

Setelah mendidih masukkan siput,daun kesum,daun kadok,serbuk ketumbar,kerisik,budu dan garam.

Biarkan seketika dan boleh diangkat.


Monday, June 11, 2012

Masak Gulai Lemak Pisang Pucuk Paku


Bahan-bahan:
15 biji pisang lemak manis
1 ikat pucuk paku
santan dari 1  biji kelapa
2 keping asam gelugur
Garam ,gula dan aji secukup rasa
Bahan-bahan untuk dikisar:
15 biji cili padi
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
kunyit hidup
sedikit ikan bilis
1 sudu besar lada hitam
Cara menyediakan:
Pisang dibersihkan dan dipotong ikut suka.Rendamkan di dalam air. Kemudian tuskan.Tuangkan santan di dalam periuk.Masukkan bahan-bahan kisar serta asam gelugur.Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan pula pisang dan pucuk paku.masukkan garam.,gula dan aji, Masak hingga pisang empuk…bila pisang dah empuk,dah cukup rasa dan dah masak ,matikan api dan angkat,
Sedia dihidang
Sumber : saji

Monday, June 4, 2012

Resepi Masak Jantung Manis


Bahan-bahan:


2 biji jantung pisang
10 ulas bawang merah - tumbuk lumat
6 ulas bawang putih - tumbuk lumat
6 biji cili merah - tumbuk lumat
1 cawan ikan bilis - tumbuk lumat
santan dari I biji kelapa
8 keping tempe - dipotong kecil
Garam dan gula ,aji secukup rasa

Cara Menyediakan:

Belah jantung memanjang menjadi empat keping, dan rebus bersama 2 cawan air serta bahan-bahan tumbuk.Bila jantung separuh empuk, masukkan bahan-bahan tumbuk, tempe dan santan. Biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan mereneh sekejap ,kemudian masukkan garam , gula.dan aji secukup rasa,bila dha cukup rasa dan dah masak,matikan api dan angkat
Sedia dihidang

Sumber : saji

Thursday, September 22, 2011

Resepi Jantung Pisang Tumis ala Kampung

Jantung Pisang Tumis Ala Kampung




Bahan-bahan:

2 biji jantung pisang
2 biji terung - potong kecil-kecil
5 labu bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - diketuk
10 tangkai cili padi- potong kecil-kecil
1 sudu teh belacan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
Rebus jantung pisang selama 10 minit, toskan dan potong kasar.

Panaskan minyak, goreng terung hingga separuh layu. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan belacan gula dan garam. Gaul hingga mesra.

Masukkan terung dan jantung pisang. Gaul hingga mesra dan tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...