Showing posts with label aneka masak ayam. Show all posts
Showing posts with label aneka masak ayam. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Resepi Masak Ayam Lemon Madu

Bahan-bahan:

1kg ayam - dipotong kecil
3sudu besar kicap
4 sudu besar sos cili
2 biji lemon - ambil jusnya
3 sudu besar madu
1 sudu kecil minyak sayuran
6 cm halia - mayang halus
6 ulas bawang putih - cincang
1 cawan susu cair
1kiub ayam
2sudu besar tepung jagung
21/2 cawan mentega
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan:

Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kicap, jus lemon, sedikit minyak sayuran serta madu. Perap selama 1/2 jam.Goreng ayam yang telah diperap tadi hingga garing. Tinggalkan sedikit minyak, goreng ayam di dalam kuali dan tambahkan mentega. Tumis halia, bawang putih hingga naik baunya. Kemudian masukkan sos cili dan susu sejat. Biarkan mereneh dan masukkan garam secukup rasa.. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.bila agak pekat sedikit, masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau  rata dan kuah sebati dengan ayam.,bila dah masak dan dah cukup rasa,matikan api dan angkat Angkat

Sedia dihidang

Sumber : saji

Wednesday, March 21, 2012

Resepi Ayam Masak Taucu

Ayam Masak Taucu

 

BAHAN A:

1/2 ekor ayam

1/2 cawan santan

2 tangkai pucuk ubi (rebus dan hiris)

2 helai daun limau purut

2 batang serai diketuk1 sudu besar jus limau

1/2 cawan taucu

2 cawan air

Minyak untuk menumis

Garam,gula dan aji secukup rasa

BAHAN KISAR:

5 bjii  bawang merah

5 bjij cili merah

3 ulas bawang putih

3 biji cili api

1 cm kunyit

2 cm halia

2 cm lengkuas

1 sudu kecil ketumbar

Sedikit gula merah

Sedikit belacan

CARA MENYEDIAKAN:

Bersihkan ayam kemudian lumurkan dan perapkan dengan jus limau seketika.panaskan minyak  dan tumiskan bahan kisar hingga naik  bau. Masukkan ayam kemudian dan kesemua bahan A kecuali taucu. Tuangkan air dan kacau.. bila  dah  pekat, barulah masukkan taucu.kemudian  masukkua  garam ,gula ,dan aji secukup rasa..bila dah cukup rasa dan dah masak matikan api.dan angkat

Sedia dihidang

Sumber saji

Monday, November 21, 2011

Kepak ayam goreng bermadu

Bahan-bahan:
6 ketul kepak ayam
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk kunyit
lada putih
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil mixed herbs
1 sudu kecil oregano
2 sudu kecil jus lemon
Cara membuatnya:
Cucuk2 kan kepak ayam tadi dengan garfu.
Gaul semua bahan dan perap selama 30 minit.
Goreng dengan api sederhana.
Renjiskan dgn sedikit madu semasa menghidang

Credit : My-resepi

Friday, November 4, 2011

Kerutup ayam

BAHAN-BAHAN
1ekor ayam dipotong 4
500 ml santan
500 ml air
air asam jawa
10 biji bawang merah kisar
3ulas bawang putih kisar
1 cm halia kisar
3 sudu besar rempah kerutup
3 sudu besar kerisik
Garam, Sedikit gula melaka, ,ajinomoto  jika suka.

minyak masak.

CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan kisar dengan rempah kerutup hingga naik bau.
2. masukkan kerisik ,ayam,..biarkan 3. kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula melaka,aji ..masak hingga kuah  pekat.
4. hidang dengan nasi

Thursday, November 3, 2011

Ayam Masak Madu

Bahan-bahan 5-6 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
4 sudu besar madu
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang dan buah pelaga.

Cara-cara

  1. Gaul ayam dengan sedikit garam .. serbuk kunyit., goreng hingga ayam masak.
  2. Tumis bahan-bahan yang  kisar. Masukkan serai, kulit kayu manis, bunga lawang ,buah pelaga.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili , madu. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng. Biarkan seketika

Sunday, October 30, 2011

Ayam Kurma Baiduri


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 12 dan bersihkan
3 1/4 sudu besar rempah kurma
5 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
8 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
3 cm halia muda - kisar
1 helai daun pandan
1 tangkai daun kari
2 cawan santan pekat
2 labu bawang besar - belah 4 tidak putus
3 tangkai cili merah - belah 2 tidak putus
2 biji ubi kentang - buang kulit dan belah 2 atau 4
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak sapi
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk kemudian tumiskan daun pandan, daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau sebentar, kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan kacau sekali lagi hingga naik aromanya.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan sedikit air kemudian kacau hingga rata. Biarkan hingga ayam empuk.
3. Masukkan santan dan ubi kentang. Kacau hingga rata dan biarkan mendidih sehingga ubi kentang empuk.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah, garam dan gula. Kacau hingga rata. Bila kuah mendidih, padamkan api. Hidangkan panas-panas bersama nasi.
Sumber : saji

Monday, March 7, 2011

Ayam Seribu Rasa


Bahan- Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 4 dan bersihkan
3 sudu besar madu
2 sudu besar kismis
5 sudu besar tomato puri/sos
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Bahan Perap Ayam:
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk kari ayam
Bahan Tumis:
1 sudu besar jintan manis (biji)
1 sudu besar ketumbar (biji)
1 sudu besar jintan putih (biji)
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
4 cm halia muda
Cara Menyediakan:
1. Perap ayam dengan sebahagian bahagian perap selama setengah jam.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk semua bahan tumis hingga lumat, kemudian tumis hingga garing.
4. Masukkan lebihan bahan perap ayam dan tuangkan tomato puri/sos dan juga tumis. Masukkan garam secukup rasa.
5. Biarkan mereneh hingga naik baunya. Kemudian tuangkan madu dan kecilkan api seketika.
6. Masukkan ayam dan gaul hingga rata
Sumber : sajionline

Ayam Seribu Rasa


Bahan- Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 4 dan bersihkan
3 sudu besar madu
2 sudu besar kismis
5 sudu besar tomato puri/sos
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Bahan Perap Ayam:
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk kari ayam
Bahan Tumis:
1 sudu besar jintan manis (biji)
1 sudu besar ketumbar (biji)
1 sudu besar jintan putih (biji)
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
4 cm halia muda
Cara Menyediakan:
1. Perap ayam dengan sebahagian bahagian perap selama setengah jam.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
3. Tumbuk semua bahan tumis hingga lumat, kemudian tumis hingga garing.
4. Masukkan lebihan bahan perap ayam dan tuangkan tomato puri/sos dan juga tumis. Masukkan garam secukup rasa.
5. Biarkan mereneh hingga naik baunya. Kemudian tuangkan madu dan kecilkan api seketika.
6. Masukkan ayam dan gaul hingga rata.
Sumber : sajionline

Friday, March 4, 2011

Ayam Celup Tepung


Ayam celup tepung
BAHAN-BAHAN:
300 gm isi ayam
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam dan lada sulah
1 sudu besar bijan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bancuh tepung dengan telur, garam dan lada sulah.
2.Taburkan bijan.
3.Tuangkan sedikit air,Celupkan ayam,
3.Goreng hingga garing

Sumber : sajionline

Monday, February 28, 2011

Ayam Lemon Madu


Bahan-bahan:
1/2 kg ayam - dipotong kecil
3 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili
2 biji lemon - ambil jusnya
1 1/2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak sayuran
3 cm halia - mayang halus
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 cawan susu cair
1/2 kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 1/4 cawan mentega
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kicap, jus lemon, sedikit minyak sayuran serta madu. Perap selama 1/2 jam.
2. Goreng ayam yang telah diperap tadi hingga garing. Tinggalkan sedikit minyak, goreng ayam di dalam kuali dan tambahkan mentega. Tumis halia, bawang putih hingga naik baunya. Kemudian masukkan sos cili dan susu sejat. Biarkan mereneh dan masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Apabila agak pekat sedikit, masukkan ayam yang telah digoreng. Kacaukan agar sama rata dan kuah sebati dengan ayam. Angkat dan hidangkan
Sumber : Sjionline

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...