Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Resepi Singgang Ikan Tongkol / Aye


Bahan-Bahan:

4 potong ikan tongkol atau kembong
4 biji bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit lengkuas (dihiris nipis, jangan terlalu banyak)
2 biji cili hijau atau merah besar
Sedikit belacan
Garam dan serbuk perasa
Gula Merah (secukup rasa)
Asam keping (secukup rasa)

Cara Menyediakan:

Masukkan bawang putih dan lengkuas dalam periuk bersama
sedikit air sebagai kuah.

Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, cili hijau dan belacan.
Masukkan gula merah,garam dan serbuk perasa secukup
rasa (tambah gula jika perlu)

Saturday, November 6, 2010

Resepi Sarak Ikan Kembung


Bahan-bahan:

5 ekor ikan kembung besar
1 / 4 biji kelapa parut - ditumbuk halus Digiling / ditumbuk
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci Halia
1 / 2 inci lengkuas
3 batang serai
2 Tangkai daun kesum, dihiris halus
1 sdb serbuk lada putih serbuk perisa dan garam secukupnya

Cara Membuat:


Bersihkan ikan dan buang insangnya. Belah ikan berhampiran belakang kedua-dua belah tulangnya.
Buang tulang ikan dan Keluarkan isi perutnya dan bersihkan. Kikis isi ikan hingga ke kulit tetapi jangan sampai kulit ikan terkoyak.
Tumbuk isi ikan halus. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata-rata. Sumbat campuran ini kedalam ikan kemas dan ikat dengan benang. Sudip atas letak ikan besar yang berlubang dan goreng dalam minyak yang panas Sehingga kekuningan. Jika anda lebih mudah Menggunakan penggorengan listrik.

Wednesday, November 3, 2010

Resepi Ikan Bakar Padang


BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan kembung besar

BAHAN TUMBUK HALUS:

1/4 sudu kecil lada hitam
4 biji buah keras
1 cm kunyit
3/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK KICAP MANIS:
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 tangkai cili merah (potong serong)
2 tangkai cili hijau (potong serong)
2 biji jus limau nipis
125 ml kicap manis

CARA MENYEDIAKAN:

1) Campurkan bahan-bahan tumbuk bersama santan, garam dan gula
secukup rasa.
2) Ikan dibersihkan. Masukkan ke dalam kuah santan, kacau rata.
3) Bakar ikan menggunakan api arang hingga masak. Gunakan lebihan kuah
santan untuk merenjis-renjis ikan semasa dibakar. Enak dimakan bersama sambal
kicap manis.
4) Gaulkan semua bahan dan rasalah masam manisnya

Resepi Sambal Ikan


BAHAN-BAHAN:

6 ekor ikan kembung
8 tangkai cili kering (kisar)
Sedikit belacan
3 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 keping asam gelugur
Garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:

1.Tumis semua bahan tumbuk dan belacan hingga naik bau.
2.Kemudian masukkan cili dan asam gelu­gur. Bubuhkan garam dan gula.
Tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan ikan yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul rata.

Tuesday, November 2, 2010

Resepi Isi Ikan Goreng Rangup


Bahan-Bahan:

120 gm isi ikan
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil jus lemon
5 sudu besar tepung jagung

Cara Menyediakan:

1. Gaulkan ikan dengan garam, serbuk kari, serbuk cili, minyak jagung dan jus lemon selama 20 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga kekuningan.

Resepi Talapia Salai Masak Yogurt

Bahan-bahan:

2 ekor ikan talapia ~ salai/bakar
1 cawan (atau secukupnya) yogurt
1 batang serai ~ diketuk
Sedikit air

Bahan kisar:

10 biji cili api
1 biji bawang besar
2 sm kunyit hidup
Garam dan gula

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan kecuali ikan ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
2. Bila nampak kuah nak mendidih masukkan ikan yang telah disalai dan rasakan masin dan masamnya .
3. Bila mendidih tutup api dan boleh hidangkan.

Resepi Ikan Berlada Taucu

Bahan-Bahan:

5 ekor ikan puyu
2 batang serai (ketuk)
3 sudu besar taucu
6 sudu besar minyak masak
Garam


Bahan Kisar:

5 ulas bawang merah
5 tangkai cili hijau
5 tangkai cili merah
1 biji tomato

Cara Menyediakan:

1. Gaul ikan dengan kunyit dan goreng. Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar dan serai hingga garing.
3. Kemudian masukkan taucu seterusnya ikan.
4. Tambahkan gula dan gaul hingga sebati.

Monday, November 1, 2010

Resepi Ikan Kukus Serai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]

Bahan hiris:

2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 batang serai
5 tangkai cili api
sedikit garam [jika perlu]
1 s/b sos nampla [sos ikan]
hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
hirisan carrot
jus limau kasturi

Cara menyediakan:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
8. Hidangkan dengan nasi putih

Saturday, October 30, 2010

Resepi Kari Ikan Jenahak

Bahan-bahan:

1 kg ikan jenahak
3 biji tomato
1 biji kelapa
3 labu bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
10 tangkai cili kering (kisar)
1 tangkai daun kari
2 peket rempah kari ikan
Sedikit garam dan air

Cara menyediakan:

1.Bersihkan ikan dan ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
3.Masukkan pula cili kering bersama rempah kari ikan. Kacau seketika.
4.Setelah itu masukkan santan dan ikan tadi.
5.Renehkan di atas api sederhana sehingga ikan separuh masak. Seterusnya, masukkan
tomato dan garam secukup rasa.

()resepi online()

Thursday, October 28, 2010

Resepi Diet Sup Ikan Sayur Campur

Bahan-bahan:

Ikan tenggiri/ikan merah - sepotong bersaiz sedang (untuk dibuat fish ball)
Bawang goreng - secukup bau dan rasa
Lada sulah - secukup rasa
Halia 3cm - dipotong kasar
Sayur campur - kobis, bunga kobis, cendawan, lobak, tomato (1biji)
Daun bawang

Cara menyediakan:


1. Ikan tenggiri dibuang tulang/durinya dan ditumbuk halus.
2. Masak air didalam bekas untuk membuat sup tadi sehingga mendidih (kuantiti air ikut suka anda)
3. Apabila air telah mendidih , masukkan ikan yang telah ditumbuk dan dibentuk seperti bebola ke dalam periuk tadi.
4. Biarkan sehingga warna bebola menjadi putih apabila dimasukkan ke dalam air mendidih. Biarkan sehingga 5-10 min. Masukkan hirisan halia.
5. Masukkan sayur-sayur ke dalam sup ikan tadi, masukkan lada sulah secukup rasa.
7. Kecilkan api, masukkan bawang goreng dan biar sehingga 5 min.
8. Sebelum dihidang letak daun bawang yang telah dihiris.

<>RAHSIA DUIT ONLINE<>
<>GAMBAR LUCU DAN PELIK<>

Sunday, October 24, 2010

PAIS IKAN


      BAHAN – BAHAN :

4 Ekor ikan kembung sederhana besar
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 helai daun kunyit dihiris
6 helai daun kunyit untuk balut ikan
sedikit lada hitam dan garam

   CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Bersihkan ikan dan di belah belakangnya, kisar cili kering, bawang putih, bawang merah ,dan halia hingga halus, gaulkan bersama ikan ,campurkan garam,
   lada hitam dan daun kunyit yang telah dihiris halus
2. Sediakan koserol jika suka alaskan daun kunyiit dan aturkan ikan di atasnya .kemudian tutup semula dengan daun kunyit.
3. masukkan kedalam ketuhar mikro .bakar selama 15 minit .balik ikan semasa memasaknya
   hidangkan semasa masih panas.

         SEDIA DI HIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...