Showing posts with label kek kukus. Show all posts
Showing posts with label kek kukus. Show all posts

Wednesday, October 6, 2010

RESEPI KEK SPAN VANILLA


BAHAN KEK

200 gm gula,
200 gm tepung gandum;
5 biji telur
1/4 cawan air sejuk
1/2 cawan majerin
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm kerim putar{di pukul}
sedikit pewarna merah muda
sedikit perasa strawberi
CARA MEMBUATNYA.

1, Pukul gula pasir dan telur hingga cair.
2, Masukkan esen vanilla,tepung gandum dan serbuk penaik.Gaulkan adunan hingga sebati
3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.
4. Tuangkan majerin cair dan gaulkan hingga adunan sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 200 c
selama 15 minit hingga masak. Sejukkan.
6. Satukan pewarna merah muda dan perasa strawbari kemudian tuangkan atas kek.

Saturday, October 2, 2010

Resepi Kek Kukus

Bahan-bahannya:

3 cawan Mentega
3 cawan gula perang
6 biji telur
1 kotak buah-buahan campuran
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh esen ros
Sedikit gula hangus
Buah ceri hiasan
Cream of tartar,bikarbonat dan serbuk buah pala.

Cara menyediakanya:

1. Pukul gula dan mentega hingga sebati kemudian masukkan telur satu demi satu. Pukul hingga kembang.

2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan buah-buahan campuran dan kacau.

3. Masukkan gula hangus dan kacau sehingga sebati kemudian dikukus kira-kira 3 jam.

Resepi Kek Batik Gulung


Bahan-bahannya:

150 gm Gula pasir
110 gm Tepung gandum
70 gm Lepa susu berkrim (dicairkan)
60 gm Tepung jagung
25 ml Air sejuk
1 sudu besar Ovellet
1 sudu besar Koko emalco
1/2 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil serbuk penaik
9 biji Kuning telur
6 biji Putih telur
Sedikit jam buah-buahan

Cara membuat:

1. Satukan gula pasir,kuning telur,putih telur dan pukul hingga kembang.

2. Masukkan ovellet,tepung gandum,tepung jagung dan serbuk penaik. Gaulkan adunan hingga sebati.

3. Kemudian masukkan air, lepa susu berkrim dan pukul hingga sebati.

4. Bahagikan adunan ini pada dua bahagian iaitu adunan warna asal dan satu bahagian lagi di bubuh koko emalco.

5. Tuangkan adunan warna asal ke dalam acuan dan lapiskan dengan adunan koko emalco. Tuangkan kedua adunan ini berselang-seli hingga habis.

6. Bakar kek ini dalam ketuhar dengan suhu 200c selama 20 minit.

7. Apabila kek sejuk, sapukan dengan jam buah-buahan . Kemudian gulungkan kek ini dengan kemas.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...