Saturday, October 2, 2010

Home » , , , , , » Resepi Kek Batik Gulung

Resepi Kek Batik Gulung


Bahan-bahannya:

150 gm Gula pasir
110 gm Tepung gandum
70 gm Lepa susu berkrim (dicairkan)
60 gm Tepung jagung
25 ml Air sejuk
1 sudu besar Ovellet
1 sudu besar Koko emalco
1/2 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil serbuk penaik
9 biji Kuning telur
6 biji Putih telur
Sedikit jam buah-buahan

Cara membuat:

1. Satukan gula pasir,kuning telur,putih telur dan pukul hingga kembang.

2. Masukkan ovellet,tepung gandum,tepung jagung dan serbuk penaik. Gaulkan adunan hingga sebati.

3. Kemudian masukkan air, lepa susu berkrim dan pukul hingga sebati.

4. Bahagikan adunan ini pada dua bahagian iaitu adunan warna asal dan satu bahagian lagi di bubuh koko emalco.

5. Tuangkan adunan warna asal ke dalam acuan dan lapiskan dengan adunan koko emalco. Tuangkan kedua adunan ini berselang-seli hingga habis.

6. Bakar kek ini dalam ketuhar dengan suhu 200c selama 20 minit.

7. Apabila kek sejuk, sapukan dengan jam buah-buahan . Kemudian gulungkan kek ini dengan kemas.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...