Showing posts with label resepi ayam bakar. Show all posts
Showing posts with label resepi ayam bakar. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Ayam Bakar Dengan Bawang Putih Dan Ketumbar




Bahan-Bahan:


4 ketul daging dada atau paha ayam, dibuang tulang
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar cilantro (daun ketumbar), dicincang halus
2 sudu besar minyak masak

2 sudu besar kicap
2 sudu besar cuka putih (white vinegar)
1 sudu kecil sos worchestershire
½ biji limau nipis, diperah jusnya
¼ cawan sos buah plum
1 sudu kecil bahan perasa Tex-Mex



Cara:


1. Daging ayam dibersihkan kemudian dituskan. 
Campurkan minyak, kicap, sos Worchestershire, juslimau, sos plum dan bawang putih dalam mangkuk kecil. 


2. Kacau hingga rata dan ketepikan.


3. Dalam mangkuk yang berasingan, satukan bahan perasa Tex-Mex, cilantro dan cuka putih. 
Kacau hingga rata dan ketepikan.


 4.Lumur hingga rata campuran sos dan bahan perasa Tex-Mex pada daging ayam kemudian perap selama dua jam dalam peti sejuk. 


5.Aturkan daging ayam di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak kemudian bakar hingga masak.




Tambahan:
Hidangan ini lebih enak rasanya jika dibakar menggunakan arang.




Sumber: Majalah Saji Ogos 2000 



Saturday, December 4, 2010

Resepi Ayam Bakar


BAHAN REBUSAN AYAM :
1 ekor ayam
400 gm bawang merah – dicincang
400 gm bawang putih - dicincang
100 gm buah keras – dicincang
500 gm gula merah – digoreng
50 gm ketumbar – digoreng
50 gmm tepung pulut – digoreng
10 gelas air

BAHAN BUMBU AYAM :
500 gm bawang putih – digoreng
250 gm bawang merah – digoreng
250 buah keras – digoreng
75 gm halia – digoreng
10 gm kecur – digoreng 
10 gm lengkuas – digoreng
2 kg gula merah – digiling dengan air
50 gm serbuk ketumbar – digiling dengan air
100 gm serbuk lada – digiling dengan air

CARA MEMBUATNYA :
1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil
2. Campurkan bahan giling dan goreng
3. Masukkan ayam yang digoreng bersama bahan giling kedalam periuk berisi air,.Kukus hingga empuk. Ketepikan

CARA MEMBUATNYA :
1. Campurkan semua bahan yang telah digiling dan digoreng
2. Kukus bahan campuran tersebut hingga masak
3. Kemudian sapukan pada ayam yang telah dikukus dan bakar ayam tersebut
4. Potong ayam yang sudah dibakar sebelum dihidang

SEDIA DIHIDANG  .

Monday, November 8, 2010

Resepi Ayam Bakar Padang


Bahan-bahan:

1 ekor ayam, belah empat
3 cm kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 helai daun limau
1 helai daun kunyit
800 ml santan
3 sudu makan minyak masak

Bahan kisar:
4 buah lada merah
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
3 biji buah keras
½ sudu teh lada putih
1 sudu teh biji ketumbar
½ sudu teh jintan kasar
½ sudu teh jintan halus
2 cm halia
3 cm kunyit

Cara Penyediaan:

Panaskan ketuhar 200° C.

Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan kayu manis, cengkih, daun limau dan daun kunyit , panaskan hingga masak.

Masukkan ayam dan biarkan hingga ½ masak. Tambahkan 300 ml santan, masak dengan api kecil hingga santan berkurang menjadi 2/3.

Masukkan baki santan dan masak terus hingga kuah kering.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...