Showing posts with label resepi telur. Show all posts
Showing posts with label resepi telur. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK CAMPUR BELIMBING BULUH

Bahan2
Telor itik
santan pekat
kunyit hidup ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
bawang merah ditumbuk halus
serai dititik
daun kunyit dihiris2 halus
belimbing buluh dibelah dua
garam secukup rasa

Masukkan santan dalam kuali dan panaskan, masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit dan garam. Bila dah mendiudih masukkan telor itik. Kecilkan api dan Kacau perlahan2 supaya telor tak hancur. Dah siap.

Tuesday, December 7, 2010

AYAM BAKAR BERLEMON

BAHAN – BAHAN :
1 Batang serai  -  diketuk
40 ml minyak zaitun

BAHAN PERAP :
500 gm ayam
1 biji lemon
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu kecil serbuk lada hitam
secubit serbuk kayu manis
sedikit garam
sedikit gula

BAHAN – BAHAN SOS :
2 sudu besar serbuk pati ayam
1 labu bawang besar – dicincang
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil lada hitam
1 biji tomato  - dipotong dadu kecil
1 sudu besar mentega
100 ml air

CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Ayam dibersihkan dan digaul dengan kesemuabahan perap – perap semalaman
2 .Kemudian bakar,renjiskan dengan minyak zaitun,menggunakan serai.
3. Utuk membuat bahan sos .Panaskan mentega kemudian tumiskan bawang besar hingga wangi. Masukkan serbuk ayam yang telah dibancuh dengan air
4. Tuangkan airmasukkan sos lada hitam dan serbuk lada hitam ,kacau perlahan – lahan sehingga pekat diatas api kecil
5. Setelah mendidih masukkan tomato ,hidangkan dengan ayam  bakar

SEDIA DIHIDANG .

KEBAB DAGING BATANG PINANG

BAHAN – BAHAN :
300 gm daging batang pinang
3 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
mayonis secukup rasa
1 labu bawang marah – dihiris
1/2 batang timun  - dihiris
1 biji tomato – dihiris

BAHAN –BAHAN PERAP – DIGORENG DAN KISAR
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

CARA MEMBUATNYA ;
1. Hiris daging nipis-nipis dan lebar-lebar
2. Perap daging dengan bahan perap dan perap selama 2 jam atau lebih
3. Masukkan daging tadi kedalam kualidan panaskan hingga kering seperti membuat steak
4. Setelah daging kering potong daging tadi kecil-kecil
5 .Potong bawang merah timun dan tomato
6. Gaulkan semua bahan dengan cili sos dan mayonis
7. Sedia dimakan dengan roti

SEDIA DIHIDANG .

MAKARONI GORENG BERSAMBAL

BAHAN – BAHAN :
150 gm makaroni
30 gm kubis – hiris
20 gm daging ayam – cincang
1 biji telur
20 gm tauge
80 ml minyak zaitun

BAHAN SOS
1 sudu kecil belacan
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan
secubit garam,
secubit gula
secubit lada putih

CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Makaroni direbus hingga empuk. Angkat dan toskan
2. Panaskan minyak zaitun.dadarkan telur, Hiris dan ketepikan
3. Kemudian tumiskan ayam goreng dengan kubis,masukkan telur dadar dan ikuti dengan bahan sos secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan makaroni dan tauge.Gaul rata .

SEDIA DIHIDANG .

SPAGETI GORENG MAMAK

BAHAN – BAHAN :
150 gm spageti
1 biji telur
2 labu bawang besar – dicincang
25 gm tauge
3 tangkai sawi
50 ml minyak zaitun

BAHAN SOS :
60 gm stok ayam
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar cili kisar
secubit garam :

CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Rebus spageti hingga lembut,angkat dan toskan
2. Tumiskan bawang hingga naik bau.masukkan cili kisar,tumis hingga garing
3. Pecahkan telur dan masukkan spageti
4. Kemudian masukkan kicap cair,kicap pekat,stok ayam,dan garam secukup rasa.
5. Selepas itu ,masukkan pula tauge dan sawi,gaul rata ,angkat dan hidangkan

SEDIA DIHIDANG ,

KEREPEK DAUN BAYAM

BAHAN –BAHAN :
Daun bayam secukupnya
3 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar udang kering
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak masak untuk menggoreng secukupnya
sedikit air jika perlu

CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Kisar udang kering,bawang putih,jintan manis,jintan putih dan cili kering hingga lumat
2. Kemudian campurkan tepung beras,tepung jagung,telur dan garam bersama bahan yang dikisar tadi dangaul sebati jika adunan terlalu pekat boleh tambahkan air
3. Salutkan daun bayam kedalam adunan tepung tadi dan goreng hingga kekuningan dan rangup
4,Angkat dan hidangkan.

SEDIA DIHIDANG  .

Sunday, December 5, 2010

AYAM JINTAN

BAHAN- BAHAN :
300 gm isi ayam
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar rempah masala
1/2 sudu besar lada putih
100 gm bawang merah -  dikisar halus
100 gm bawang putih – dikisar halus
50 gm daun ketumbar – dikisar halus
50 gm halia -  dikisar halus
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar.
2. Masukkan jintan dan rempah masala dan tumis hingga sebati
3. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak
4. Masukkan garam secukup rasa

sedia dihidang .

BADAK BERENDAM

BAHAN-BAHAN :
1 kg tepung pulut
10 helai dun pandn – di ambil airnya
2 biji kelapa – 1 biji parut dibuat inti dan 1 biji ambil santan pekat
2 cawan gula merah
air secukupnya
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan higga menjadi doh lembut.ketepikan
2. Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti
3. Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti didalamnya
4. Lengkapkan doh berinti di dalam bekas dan tuangkan santan pekat di sekelilingnya.kemudian kukus hingga masak

SEDIA DIHIDANG .

Friday, December 3, 2010

BERGEDIL AYAM

BAHAN- BAHAN ;
5 biji ubi kentang – dipotong ,di goreng dan di lenyek
1 keping daging ayam – bahagian dada – di masak dan di carik-carik isinya :
1 batang daun sup
1 batang daun bawang
2 biji telur
2 sudu tepung jagung
sedikit garam dan serbuk perasa
3 sudu bawang goreng

  CARA MEMBUATNYA ;
1. Semua bahan diatas dicampur dan digaul
2. Apabila adunan sebati,kepal sedikit adunan menjadi bulat dan leperkan sedikit
3. Seterusnya celupkan kedalam telur yang dicampur dengan tepung jagung tadi
4. Goreng dengan api sederhana

SEDIA DIHIDANG

Saturday, November 27, 2010

AYAM TELUR BUNGKUS

BAHAN –BAHAN :
i potong ayam -  bahagian dada
2 biji telur – dipukul
2 biji cili pad  - dihiris halus
2 bij cili merah – dihiris halus
4 biji bawang merah – dihirs halus
1 batang serai – dihirs halus
4 sudu besar jus limau nips
sedikit daun bawang
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA ;
1. Goreng telur yang dah d pukul menjadi pancke
2. Masukkan ayam dan kesemua bahan ,gaul rata
3. Kemudian masukkan arlimau nipis dan garam secukup rasa
4. Lepaskan bahan – bahan tersebutdi atas telur dadar
5. Gulung seperti membuat popiah .

SEDIA DIHDANGKAN .

Sunday, November 21, 2010

UDANG KUKUS DENGAN BONITO FLAKE

BAHAN-BAHAN ;

150 gm udang
50 gm bawang merah
50 gm b0nito flake1 sudu kecil minyak

1. Hiris belakang udang dan bersihkan
2. Masukkan kedalam pengukus dan kukus selama 10 minit
3. Hiriskan bawang besar dan ketepikan.keluarkan udang yang telah dikukusdan masukkan kedalam pinggan
4. Renjiskan sedikit minyak dan hidangkan bersama bawang besar
5. Taburkan juga bonito  flake keatas udang tadi

SEDIA DIHIDANG

Monday, November 8, 2010

Resepi Tat Telur

Bahan-bahan kulit:

500gm tepung gandum
1 1/2 cawan marjerin
1 sudu besar lemak sayur/ crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Filling kastard/isi tard:

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh vanila esen
sedikit pewarna kuning

cara buat:

1. Kulit:
gaul semua bahan kecuali telur
kemudian masukkan telur dan gaul rata
canai 1/2cm,terap bulat dan letak kulit tart acuan mangkuk kecil yang sudah disapu mentega/marjerin
tekan guna garfu untuk hilangkan gelembung
bakar lebih kurang 10 minit
keluarkan dan tuang adunan kastard telur kemudian bakar lagi selama 5 minit
sejukkan dan hidang
2. Filling kastard: gaul semua bahan sehingga sebati dan tuang ke dalam kulit kastard yang separuh masak.

Tuesday, October 12, 2010

RESEPI TELUR BUNGKUS



BAHAN-BAHANNYA:


2 Biji telur dipukul
BAHAN UNTUK INTI:

100 gm daging
4 sudu makan sos tomato
sedikit kacang peas
1 biji cili merah
serbuk perasa
garam dan kicap cair
1/2 biji bawang besar

CARA MEMBUATNYA:

1. Daging direbus hingga empuk dan dipotong kecil atau dikisar.
2. Panaskan minyak dan goreng daging yang di potong atau dikisar
3. Masukkan cili sos dan tomato sos,kacang peas dan hirisan cili merah, serbuk perasa garam
atau kicap dan bawang besar yang dipotong kecil
4. Kacau hingga sebati dan masak hingga menjadi kering, angkat dan ktepikan dahulu,


CARA MEMBUAT TELUR DADAR:

1. 2 biji telur dipukul hingga kembang,dan masukkan sedikit garam, Panaskan kuali dan
dan gorenglah telur,Leperkan dan biarkan masak.
2. Masukkan daging yang telah dimasak
3. Lipatkan telur dadar dan terbalikkan seketika barulah diangkat.

SEDIA DIHIDANG;

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...