Showing posts with label sarapan pagi. Show all posts
Showing posts with label sarapan pagi. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Resepi Popiah Pisang




Bahan-bahan:

6 biji pisang masak (sesuai untuk menggoreng seperti pisang nangka)
6 keping kulit popiah
1 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu madu
1 camca teh tepung jagung dan 1 besar air (bancuh untuk lekatkan kulit)
-bancuhan tepung jagung boleh juga diganti dengan putih telur
Minyak masak untuk goreng 


Cara Penyediaan:


Buang kulit pisang. Salutkan pisang dengan madu dan serbuk kayu manis.

Bungkus pisang dengan kulit popiah dalam sebarang gaya anda mahu. Kemaskan bungkusan dengan pes tepung atau putih telur.

Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan kuantiti minyak cukup banyak untuk tenggelamkan pisang.

Goreng popiah pisang anggaran selama 5 minit atau sehingga warna coklat keemasan.

Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Roti Goreng Keju




Bahan-bahan:

6 keping roti - buat kulit 
1 biji telur, pukul sedikit
200ml susu segar
1 kiub pati ayam, larutkan dengan sedikit air panas
30 gram keju parut
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
40 gram mentega

Cara Penyediaan:


Satukankan susu dan telur di dalam mangkuk. Kacau hingga mesra. Masukkan garam, lada sulah, kiub ayam, dan keju parut. Kacau hingga mesra.

Panaskan mentega. Celupkan roti satu persatu ke dalam adunan tadi dan goreng roti satu persatu sehingga warnanya kekuningan.

Angkat dan tos atas kertas tisu. Sedia untuk disajikan.

Sedap juga dimakan dengan sos cili.

Saturday, October 30, 2010

BUAH MELAKA (ONDE – ONDE )

 

           BAHAN –BAHAN  ;

 

250 Gm tepung pulut

15 helai daun pandan } kisar dan  ambil airnya

2 ketul gula melaka } dipotong kecil

1 biji kelapa parut ] ambil putihnya sahaja

secubit garam ]di gaul bersama kelapa

sedikit pewarna hijau

 

            CARA MEMASAKNYA ;

 

1. Bancuh tepung pulut bersama air daun pandan hingga sebati

2. gaul hingga menjadi doh dan boleh diuli lembut

3. Ambil sejemput adunan ,masukkan gula melaka di tengah adunan dan bulatkan dengan kemas

4.Sediakan air mendidih dan masak hingga buah melaka timbul dengan sendirinya

5'. Angkat dan golekkan didalam kelapa parut

 

                 SEDIA DIHIDANG

Sunday, September 26, 2010

Resepi Nasi Lemak Kukus.


Bahan-bahan nasi.

1 kilo beras,
5 cawan santan
3 helai daun pandan
2 cm halia di hiris
3 biji bawang merah
garam secukup rasa

Bahan-bahan sambal.

125gm ikan bilis (digoreng)
125gm bawang merah
60gm cili kering (direndam & ditoskan)
6biji buah keras
5sm belacan (dibakar)
2sudu besar minyak masak
1batang serai (dititik)
sedikit air asam jawa
garam dan bahan perasa lain

Bahan sampingan.

2 biji telur
sedikit kacang tanah goreng
sedikit timun.


Cara-cara menyediakan nasi.


Basuh beras dan tos,masuk semua bahan dalam periuk,masak hinga sebati dengan santan,,
Pindahkan nasi kedalam kukus berlubang dan kukus hingga naik wap selama 30 minit.
sedia di hidang bersama bahan lain.

Cara-cara menyediakan sambal.


Untuk sambal, kisarkan cili kering,bawang,belacan dan buah keras.
Tumis sehingga kering sedikit. Masukkan air asam jawa,garam dan bahan perasa lain secukupnya. Masukkan ikan bilis. Sedia dihidang bersama nasi.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...