Saturday, June 30, 2012

Resepi Tepung Boko Ubi kayu

pic credit to balquen
Bahan Bahannya

Bahan A 

2 cawan            Ubi kayu yang telah diparut
4 cawan           Air pandan
1 1/2                 Gula

Bahan B 

1 cawan          Santan
3 sudu            Tepung Beras
sdkt garam

Cara Penyediaan

Untuk bahan A ..kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga nampak berkilat.
Setelah itu bolehlah diangkat dan sejukkan.

Untuk bahan B....campurkan santan, tepung beras  dan garam ,kemudian kacau di atas api sederhana sehingga pekat.

Cara menghidangkannya, letakkan ubi kayu tadi ke dalam mangkuk atau bekasa sajian, kemudian tuangkan kuah santan keatasnya..

Thursday, June 28, 2012

Resepi Masak Lemak Putih Petola

Bahan Bahan

2 biji Petola (dibuang kulit dan dipotong)
2 cawan santan
1 ekor   Ikan kembung (dibakar dan diambil isinya)
1/2 sudu teh lada hitam
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
20 gram suhun
1 biji cili merah (dihiris)
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara menyediakan

Campurkan santan dengan isi ikan, bawang merah,bawang putih serta lada hitam.

Didihkan kemudian masukkan petola,cili merah dan juga suhun.

Masukkan garam dan perasa.

Sedia dihidangkan

Resepi Tomyam Putih Ala Thai Nz



Bahan Bahan

50 gram Ayam
50 gram Udang
50 gram Sotong
1 labu Bawang Besar Bombay
4 ulas Bawang putih
1 biji Tomato
2 btg Serai
4 biji limau nipis
Sedikit daun limau purut
Garam dan serbuk perasa
2 sudu Sos tiram
1 sudu susu pekat

Cara Menyediakan

Didihkan air didalam kuali masukkan bawang putih .

Selepas air mendidih masukkan ayam ,udang dan sotong,biarkan sebentar,kemudian masukkan bawang besar, serai dan sos tiram.

Masukkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.Kemudian masukkan perahan air limau nipis dan cili api yang telah diketuk.

Yang terakhir masukkan susu ,tomato dan daun limau purut.
Sedia dihidang .hiaskan dengan hirisan daun ketumbar,,...





Wednesday, June 27, 2012

Resepi Kuih Lompat Tikam

Bahan Bahannya

1. DOH

250 gram  Tepung beras
5 cawan    Air daun pandan

2. KUAH

2 cawan                  Santan
1 1/2 sudu besar   Tepung beras

3. GULA MELAKA

500 gram     Gula melaka
1 cawan       Air

4. PULUT 

1/2 kg Beras pulut  (dibasuh dan direndam)
Sedikit pewarna merah

Cara Menyediakan 

Untuk doh ...Kacau tepung beras bersama air daun pandan diaatas api sederhana sehingga pekat.

Untuk kuah...Masukkan santan bersama tepung beras dan garam,kacau diatas api sederhana sehingga pekat dan bolehlah diangkat.

Untuk Pulut...Pulut digaulkan dengan pewarna merah dan ditanak atau dimasak dengan sedikit air.

Cara menghidangkan, letak sedikit doh serta pulut kedalam mangku atau bekas sajian, setelah itu tuangkan sedikit kuah dan gula melaka keatasnya.

Tuesday, June 26, 2012

Gulai Darat Siput Sedut

Bahan bahan

1 kg siput sedut (dibersihkan dan dipotong hujung)
2 cawan santan
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
5sm kunyit hidup (ditumbuk)
5sm Lengkuas (ditumbuk)
6 Tangkai Cili kering (ditumbuk)
1 sudu besar kerisik
1 sudu teh serbuk ketumbar
Sedikit budu
Garam
4 helai daun kaduk (dihiris halus)
sedikit daun kesum (dihiris halus)

Cara memasak

Campurkan santan bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk  kedalam periuk.

Kemudian didihkan di atas api perlahan .

Setelah mendidih masukkan siput,daun kesum,daun kadok,serbuk ketumbar,kerisik,budu dan garam.

Biarkan seketika dan boleh diangkat.


Thursday, June 14, 2012

Resepi Puding Karamel Berkacang

Puding Karamel Berkacang
BAHAN-BAHAN:
1/4 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (tin kecil)
8 biji telur
1 tin air
1 sudu kecil vanila
2 sudu besar gula
50 gm kacang tanah (sangai dan tumbuk kasar)
10 gm keju
CARA MENYEDIAKAN:
Campurkan susu cair, susu pekat, telur, air dan vanila. Kemudian pukul rata dan sebati.Kemudian masukkan kacang ke dalam acuan.Masukkan bahan ke dalam acuan dan kukus hingga masak.Setelah masak, angkat. Sagatkan keju di atasnya dan bakar di dalam ketuhar selama 5 minit.
Sumber : saji

ResepiSom tham Thai

Bahan-bahan:
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
2 sudu besar air gula kabung
1 sudu besar sos sotong
1 sudu kecil garam
50 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak
50 gm udang kering
100 gm mangga muda - parut memanjang
200 gm betik muda - parut memanjang
2 kelopak daun salad
2 tangkai kangkung
2 batang kacang panjang
Beberapa hiris limau nipis diambil jusnya
1 kuntum bunga kantan
Cara menyediakan:
Lenyekkan bawang putih dan cili padi hingga hancur menggunakan batu tumbuk di dalam periuk tanah. Masukkan udang kering, garam dan kacang tanah, lenyekkan lagi. Masukkan pula air gula dan sos sotong, lenyekkan lagi sehingga semuanya sebati.Masukkan mangga dan betik muda yang telah diparut memanjang, lenyekkan seketika.Tuangkan jus limau nipis, kacau rata..tangan. Kemudian hiris halus bunga kantan, masukkan ke dalam bahan-bahan yang lain, dan kacau rata. Hidangkan bersama daun salad dan kangkung
Sedia dihidang
Sumber : Saji.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...