Showing posts with label aneka spageti. Show all posts
Showing posts with label aneka spageti. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

Spageti Bebola Daging

Bahan-bahan Sos Tomato:

1/3 cawan minyak zaitun
1 labu bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dipotong dadu kecil
1/2 batang lobak merah - diparut
1 batang seleri - diparut
1 sudu kecil thyme
1 sudu kecil basil
1 sudu kecil oregano
2 helai daun bay
1 sudu besar tomato puri
2 tin tomato - dihancurkan
500 gm spageti - direbus
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Bebola Daging:

500 gm daging lembu - dicincang
1/2 labu bawang besar - dicincang halus
2 kemping roti - direndam dan dilecek bersama susu
2 sudu besar daun parsli - dicincang
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, lobak, saderi dan herba-herba oregano, thyme, basil dan daun bay.

2. Masukkan tomato puri dan gorengkan sebentar.

3. Masukkan tomato yang diramas, air secukupnya, garam, gula dan lada hitam. Didihkan sampai sos pekat.

4. Sementara sos hampir pekat, daging tadi digaul rata dengan bahan-bahan bebola daging.

5. Kemudian dibentuk seperti guli kecil.

6. Panaskan minyak zaitun dan goreng bebola daging hingga kuning.

7. Selepas itu masukkan bebola ke dalam sos tomato tadi. Biarkan mendidih 15 minit lagi sebelum disajikan bersama pasta.

Sumber : saji

Monday, March 14, 2011

Spageti Pedas

Bahan-bahan:
180gm spageti
1 kupang
40gm udang harimau
50gm sotong – dipotong kecil
5gm cili merah – dihiris
5gm daun basil segar – dihiris
1 sudu besar bawang putih cincang
½ sudu kecil lada hitam kisar

½ sudu kecil serbuk cili
Garam secukup rasa
Minyak zaitun
Keju parmesan – untuk ditabur
Cara menyediakan spageti:
1. Didihkan air secukupnya di dalam periuk. Masukkan spageti dan masak mengikut spesifikasi pada paket spageti.
2. Tos dan lalukan di bawah air sejuk beberapa saat.
3. Letak spageti di dalam pinggan dan gaulkan sedikit minyak zaitun agar tidak melekat.
Cara menyediakan sos spageti:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan kupang serta sotong.
3. Besarkan api dan tambah udang. Balik-balikkan dan teruskan menumis tiga ke lima minit hingga semua makanan laut hampir masak.
4. Tambahkan lada hitam, cili hiris, serbuk cili dan garam.
5. Gaulkan spageti dan apabila selesai, tabur basil cincang dan parutan keju parmesan.
Sumber : sajionline

Sunday, February 20, 2011

Sumber : utusan

Spageti Tom Yam

BAHAN-BAHAN:
150 gm spageti
1 sudu kecil pes tom yam
1 ulas bawang besar | cincang
3 ulas bawang putih | cincang
1 helai daun bay
Secubit herba oregano
Secubit daun tyhme kering
1 liter air
1 cawan krim putar
100 gm isi ayam
Minyak masak secukupnya.
Cara menyediakan:
1. Didihkan air, dan rebus spageti selama 10 minit. Tuskan dan biarkan sejuk.

2. Tumis bawang besar, bawang putih, daun bay, oregano, daun tyhme sehingga naik bau.

3. Masukkan pes tom yam, air dan krim putar. Kacau sehingga mendidih.

4. Masukkan isi ayam. Renehkan sehingga benar-benar masak.

5. Masukkan spageti ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah tadi
sumber ; utusan

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...