Monday, October 31, 2011

Home » , » Pulut Seri Kaya Bakar

Pulut Seri Kaya Bakar

Bahan-bahan Lapisan Bawah:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan
Sedikit garam

Bahan-bahan Lapisan Atas:

5 biji telur ayam
1 1/4 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air daun pandan
Secubit garam

Cara Menyediakan:

1. Untuk lapisan bawah, bersihkan pulut dan tuskan. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersama santan serta sedikit garam, dan kukus hingga masak.

2. Tekan pulut yang sudah dimasak di dalam loyang hingga padat dan ketepikan.

3. Untuk lapisan atas, campurkan kesemua bahan ke dalam satu bekas, kemudian kacau hingga sebati sebelum ditapis dan dituangkan ke atas pulut.

4. Kukus sekali lagi hingga lapisan atas masak, kemudian bakar dalam ketuhar dengan menggunakan api atas sahaja pada suhu 120 darjah Celsius selama 3 - 5 minit.

5. Bila sudah siap, biarkan sejuk baru dipotong dan dihidangkan

Sumber: saji

No comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...