Sponsor

Saturday, October 16, 2010

Home » » RESEPI DAGING RUSUK KAMBING PANGGANG DENGAN SOS TENYAKI

RESEPI DAGING RUSUK KAMBING PANGGANG DENGAN SOS TENYAKI


BAHAN PERAPAN :

1 kilo daging kambing di bahagian rusuk
40 gm sos triyaki
20 gm halia-dikisar
10 gm bawang putih dikisar
30 gm minyak masak

BAHAN SOS PUDINA ;

50 gm serbuk sos perang ( brown sauce atau demi glaze )
1/2 liter air
30 gm pudina-dicincang halus
20 gm bawang besar di cincang
10 bawang putih dicincang
30 gm lepa mentega
30 gm jus buah citrus

BAHAN HIASAN :

200 gm buah labu-dikukus dan ambil isinya
200 gm ubi keledek merah-dikukus dan ambil isinya
200 gm cendawan butang-dihiris
1/2 camca makan herbaoregano

CARA MAMERAP DAGING :

1. Perapkan daging kambing bersama dengan sos triyaki halia bawang putih dan minyak masak
2. Biarkan selam 2 jam kemudian bakar atas api

CARA MEMBUAT SOS :

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan lepa mentega di dalam periuk
2. Larutkan serbuk sos perang dalam air dan masukkan dalam periuk
3.apabila mendidih masukkan daun pudina yang dicincang halus di ikut jus buah citrus-tidak perlu tambah bahan perasa

CARA BUAT HIASAN :

1. Campur semua bahan-bahan hiasan ke dalam periuk dan panaskan
2. Letakkan dalam pinggan dan aturkian dengan daging kambing disekeliling
3tuang sos diatas daging yang dipanggang

SEDIA DIHIDANG

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...