Friday, November 18, 2011

Home » Ikan Merah Kukus Cili Padi

Ikan Merah Kukus Cili Padi


Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah
10 tangkai cili padi
5 kuntum cendawan cina - dihiris halus
1 labu bawang besar
1 biji tomato
1 sudu kecil lada sulah
2 sm halia
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk sos plum:

2 biji plum jeruk - dicincang halus
Sedikit garam dan gula
Serbuk perasa - jika suka
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 ketul kiub stok ayam
2 ulas bawang putih - dicincang halus

Cara menyediakan sos plum:

1. Campurkan jeruk plum yang dicincang halus, kiub stok ayam, kicap cair, sos tiram, gula, garam dan serbuk perasa.

2. Tumiskan bawang putih yang dicincang halus dan masukkan bahan-bahan sos tadi. Apabila mendidih bolehlah diangkat.

Cara menyediakan ikan:

1. Ikan dibersihkan dan lumurkan garam serta lada sulah, kemudian dikukus.

2. Apabila separuh masak, masukkan sebahagian sos plum dan cendawan cina.

3. Kukus semula hingga ikan masak.

4. Setelah ikan masak, masukkan cili padi, tomato dan bawang besar.

5. Kemudian curahkan sos plum yang selebihnya dan kukus sebentar hingga bawang dan cili padi layu sedikit, kemudian diangkat.

6. Hidangkan semasa panas

Sumber : saji

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...