Showing posts with label Resepi Thai. Show all posts
Showing posts with label Resepi Thai. Show all posts

Tuesday, April 10, 2012

RESEPI TOMYAM POK TEK

pic credit google
 



BAHAN BAHAN
untuk 5 orang


  • Untuk 5 orang makan
  • Ketam 2 ekor
  • Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
  • Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
  • Jagung muda
  • Kobis bunga
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Bawang besar 3 biji - hiris
  • Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
  • Halia 1/2 inci - ketuk pecah
  • Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
  • Serai 3 batang - titik
  • Daun limau purut 4 helai
  • Asam keping 2 helai
  • Limau nipis
  • Cili padi 10 biji
  • Paste tomyam 4 sudu
  • Tomato puri 4 sudu
  • Daun ketumbar - untuk ditabur
  • Garam secukup rasa 

   CARA MEMBUATNYA

Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedap. Bila sayur pun dah masak matikan api.

Dah siap sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya

TIPS: Tujuan 'siap'kan kuah dulu untuk mengelakkan bahan2 basah overcooked.
Tomato puri - untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam
Lengkuas/daun ketumbar - Resepi orang Thai
kalau nak pekat lagi kuah ada yg letak santan/susu cair sedikit.

Wednesday, November 9, 2011

Resepi Sup Udang Thai

Sup Udang Thai



Bahan-bahan:
350 gram udang besar
1 sudu makan minyak masak
1 batang serai – cincang kasar
2 helai daun limau purut – cincang
1 tangkai lada hijau – buang biji dan cincang
1.2 liter air rebusan ayam atau ikan (stok)
1 biji limau nipis
1 sudu makan sos ikan
1 tangkai cili api – buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar – hiris nipis
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar cincang – untuk taburan

Cara penyediaan:

Bersihkan udang, asingkan kepala dan kulit, tinggalkan sedikit kulit dan ekor.

Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kepala dan kulit udang. Goreng sehingga bertukar warna menjadi kemerahan anggaran selama 3-4 minit. Masukkan serai, daun limau purut, lada hijau dan stok.

Ambil sedikit hirisan kulit limau nipis. Sagat kulit limau nipis yang tinggal. Masukkan kulit yang telah disagat ke dalam periuk. Biarkan sehingga ramuan mendidih.

Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk dan biarkan mereneh selama 20 minit.

Tapis air rebusan tadi. Buang bahan yang ada dalam periuk dan masukkan semula air rebusan tadi.

Perah limau nipis, masukkan sos ikan, garam dan lada sulah secukup rasa pada air rebusan. Panaskan atas api sederhana sehingga mendidih.

Kecilkan api, masukkan udang dan biarkan masak selama 2-3 minit.

Masukkan cili api dan hirisan bawang besar. Kacau seketika dan tutup api.

Sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar. Hidangkan panas-panas.

Thursday, September 22, 2011

Resepi Tom Yam Ayam

Tomyam Ayam




Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong

Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.

Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...