Saturday, December 31, 2011

Resepi ikan bilis goreng dengan bawang

Bahan – bahan

ikan bilis

2 labu bawang besar dipotong

20 biji cili api cili dipotong

5 ulas bawang pitih dihiris

garam dan aji

Cara – cara

Ikan bilis digoreng garing kemudian angkat dan ketepikan..kemudian goreng bawang putih sampai kuning..masukkan bawang besar dan cili api yang dipotong..masukkan sedikit air garam dan aji secukup rasa ..kacau ..masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dan kacau lagi..bila sudah cukup rasa ..angkat

Sedia dihidang

Friday, December 30, 2011

Resepi bendi goreng dengan bilis

Bahan – bahan

bendi digaul dengan serbuk kunyit dan garam

ikan bilis di goreng sekejap

sedikit taugeh

1 biji cili merah dihiris

1 labu bawang besar dipotong bulat

serbuk kunyit

2 ulas bawang putih ditumbuk

3 biji bawang merah ditumbuk

3 biji cili api ditumbuk

garam  dan aji

Cara- cara

Tumiskan bahan yang dtumbuk sampai wangi..masukkan taugeh..kacau..masukkan bendi,bilis yang sudah di goreng,bawang besar,cili merah dan aji…kacau biar rata..bila sudah cukup rasanya tutupkan api..angkat..

Sedia dihidang

Resepi Hati ayam goreng

Bahan- bahan

hati ayam

garam

Minyak masak

Srbuk kunyit

2 ulas bawang putih ditumbuk

3 biji bawang merah ditumbuk

garam ,aji

kicap,

sos tiram,

sos cili

Cara- cara

hati ayam di gaul dengan garam dan kunyit..kemudian digoreng dengan minyak yang banyak sampai masak…bila sudah masak angkat,.kemudian gunakan sedikit minyak sahaja..tumiskan bawang putih dan bawang merah,masukkan sedikit air,masukkan kicap,sos tiram dan cili sos..kacau..masukkan garam dan aji kemudian masukkan hati ayam..kacau rata..bila sudah cukup rasa,tutupkan api..angkat

Sedia dihidang

Resepi bayam hijau tumis belacan

Bahan – bahan

1 ikat bayam hijau

Sotong dipotong bulat

3 biji bawang merah ditumbuk

2 ulas bawang putih ditumbuk

sedikit belacan ditumbuk

air

Garam,gula dan aji

Cara- cara

Tumiskan bahan-bahan tumbuk sampai wangi..masukkan sotong..kacau sekejap.. masukkan air secukupnya ..masukkan bayam hijau  ..masukkan garam gula dan aji secukup rasa..bila sudah cukup rasanya dan bayam sudah layu  tutupkan api..angkat

Sedia dihidang

resepi ikan masak kicap

 

Bahan- bahan

Ikan kembung

3 biji bawang merah ditumbuk

2 ulas bawang putih ditumbuk

sedikit belacan ditumbuk

Halia ditumbuk

1 labu bawang besar dipotong bulat

1 biji tomato di belah empat

1 biji cili merah

Serbuk kunyit,

garam,gula dan aji

kicap pekat,

sos tiram

cili sos

Cara – cara

Ikan disiang .kemudian dikelar dan lumurkan dengan garam dan kunyit ..goreng ikan sampai masak..angkat dan ketepikan..Kemudian tumiskan bahan – bahan yang ditumbuk..bila sudah wangi masukkan sedikit air…masukkan kicap pekat,sos tiram dan sos cili..bubuh garam gula dan aji secukup rasa..masukkan tomato ,bawang besar,dan merah..bila sudah cukup rasa masukkan ikaan yang sudah digoreng tadi..kacau sekejap ..tutupkan api ..angkat..

Sedia dihidang

Resepi daging goreng kunyit dengan kacang

Bahan – bahan

1/2 kilo daging dipotong nipis

kacang panjang dipotong serong

1 biji cili merah  dipotong

1 labu bawang besar dipotong bulat

serbuk kunyit

3 ulas bawang putih dimayang

garam ajinomoto

minyak masak

Cara – cara

Masukkan daging dalam kuali goreng tanpa minyak..masukkan serbuk kunyit,garam dan aji..goreng sampai airnya kering..bila airnya sudah kering masukkan minyak masak secukupnya..goreng lagi sampai daging masak ketepikan daging,masukkan bawang putih dan goreng sampai bawang putih kuning..masukkan bawang besar,cili merah dan kacau bersama-sama dengan daging biar rata..kemudian tutupkan api dan angkat..

Sedia dihidang

Thursday, December 29, 2011

Resepi Ayam Goreng Rempah Melaka

Bahan-bahan:

500 gm  ayam
1 sudu besar jintan manis - disangai dan tumbuk
1 sudu besar ketumbar - disangai dan tumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
halia - ditumbuk
2 sudu besar jus lemon
Garam ,gula,aji secukup rasa

Cara  - cara

Satukan kesemua bahan…Gaulkan  bersama ayam dan Perapkan selama lebih kurang  50 minit..kemudian panaskan minyak dan goreng hingga garing…bila dah masak angkat..

Sedia dihidang

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...