Saturday, March 12, 2011

Home » , » Akok Berlauk Hati Murni

Akok Berlauk Hati Murni


 Akok Berlauk Hati Murni
BAHAN A:

3 biji telur

3 sudu besar tepung gandum

1 1/2 sudu besar gula

Sedikit esen vanila


BAHAN B:

4 biji telur

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar gula

Sedikit esen vanila


BAHAN INTI:

200 gm serunding daging


CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan loyang di dalam oven pada suhu 135oC.

2. Kemudian pukul telur bersama gula (bahan A) sehingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit bersama esen vanila.

4. Gaul sebati, barulah tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.

5. Sementara itu, ulang langkah yang sama terhadap bahan B.

6. Apabila bahan A yang dibakar tadi hampir masak, taburkan serunding daging.

7. Kemudian tuangkan bahan B di atasnya sebagai penutup.

8. Bakar sehingga masak atau kuning keemasan.
Sumber ; sajionline

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...