Friday, March 11, 2011

Home » , » Puding Seroja

Puding Seroja


Puding Seroja
BAHAN LAPISAN PERTAMA:  

150 gm gula

6 gm serbuk agar-agar

30 gm tepung kastard

400 ml air

100 ml susu cair

3 sudu besar jagung tin

Sedikit pewarna kuning 


BAHAN LAPISAN KEDUA (A): 

12 gm serbuk agar-agar

1,000 ml air

200 gm gula 


BAHAN LAPISAN KEDUA (B): 

2 biji kuning telur

100 ml susu cair

20 gm tepung jagung

Sedikit perasa strawberi

Sedikit pewarna merah jambu 


CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan bahan lapisan pertama, masak sehingga pekat.

2. Kemudian masukkan jagung dan kacau sebati.

3. Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam acuan dan biarkan ia beku.

4. Masak pula bahan lapisan kedua (a) sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam lapisan pertama.

5. Kemudian masakkan bahan lapisan kedua (B). Kacau sehingga pekat sedikit, kemudian tuangkan pada lapisan pertama tadi.

6. Biarkan sejuk seketika, barulah masukkan ke dalam peti ais.

7. Hiaskan dengan strawberi
Sumber : sajionline

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...