BAHAN-BAHAN UNTUK KEK:
BAHAN A:
6 biji telur
120 gm gula kastor
120 gm tepung superfine
30 gm ovelatte
20 gm tepung jagung
1/4 sudu kecil pes pandan
1/8 sudu kecil pewarna hijau
BAHAN B:
50 ml minyak jagung
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul bahan A sehingga kembang. Akhir sekali masukkan bahan B.
2. Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 0C sehingga masak. Apabila kek masak sejukkan dan sapukan krim.
3. Akhir sekali, letakkan isian kiwi dan hiaskan mengikut cita rasa.
BAHAN KRIM :
BAHAN A:
125 gm krim well
75 gm mentega
75 gm gula aising (ayak)
50 gm susu pekat
BAHAN B:
50 ml air gula (pekat)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Putarkan bahan A sehingga kembang dan putih. Kemudian masukkan sekali bahan B.
2. Gaul rata.
BAHAN ISIAN:
Kiwi secukupnya. Buah kiwi untuk hiasan
Sumber : sajionline
No comments:
Post a Comment