Friday, March 4, 2011

Home » , » Paceri Terung

Paceri Terung


Bahan-bahan:
4 biji terung bulat
1 labu bawang besar - dimayang
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil cili kisar
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 cawan air asam jawa pekat
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak masak
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang besar, daun kari, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kacau sehingga naik aromanya.
2. Masukkan serbuk rempa kari, cili kisar, dan serbuk kunyit dan kacau. Biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
4. Masukkan pula terung dan kacau sehingga rata. Tutup periuk dan biarkan hingga terung empuk dan angkat.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...