Sunday, May 27, 2012

Home » , » Resepi Ayam Teriyaki Halal

Resepi Ayam Teriyaki Halal




Resepi Ayam Teriyaki Halal
Bahan-bahan: 
5 keping dada atau peha ayam, potong sederhana kecil
3 sudu madu 
4 sudu kicap manis (sedap guna kicap ABC)
1 sudu gula 
3 inci halia, diparut halus
3 ulas bawang putih, diparut halus 
1 sudu teh garam halus 


Cara penyediaan : 

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul hingga mesra dan perap selama sejam di dalam peti sejuk. 

Panaskan kuali leper non-stick dan panggang ayam yang telah diperap. Tutup kuali, sesekali buka dan terbalikkan ayam. 

Siramkan lebihan kuah perapan dan balik-balikkan ayam sehingga masak dan kuah menjadi pekat dan likat. 

Nota: Untuk variasi dan rasa pedas, boleh juga masukkan sesudu lada hitam tumbuk kasar semasa perap.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...