Showing posts with label REsepi akok berlauk. Show all posts
Showing posts with label REsepi akok berlauk. Show all posts

Saturday, March 12, 2011

Akok Berlauk Hati Murni


 Akok Berlauk Hati Murni
BAHAN A:

3 biji telur

3 sudu besar tepung gandum

1 1/2 sudu besar gula

Sedikit esen vanila


BAHAN B:

4 biji telur

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar gula

Sedikit esen vanila


BAHAN INTI:

200 gm serunding daging


CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan loyang di dalam oven pada suhu 135oC.

2. Kemudian pukul telur bersama gula (bahan A) sehingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit bersama esen vanila.

4. Gaul sebati, barulah tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.

5. Sementara itu, ulang langkah yang sama terhadap bahan B.

6. Apabila bahan A yang dibakar tadi hampir masak, taburkan serunding daging.

7. Kemudian tuangkan bahan B di atasnya sebagai penutup.

8. Bakar sehingga masak atau kuning keemasan.
Sumber ; sajionline

Friday, February 25, 2011

Akok Berlauk


Akok Berlauk 
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
500 gm tepung gandum
300 gm daging
100 ml rempah kari
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 sudu besar gula
4 sudu besar minyak masak
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:
Pukul telur hingga kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati. Untuk inti, daging disiat halus. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan rempah hingga wangi. Masukkan daging, garam, gula dan masak hingga kering. Kemudian ambil acuan dan panaskan di atas dapur dengan api perlahan. Masukkan adunan tepung tadi kemudian tutup dan  biarkan selama lima  minit. Kemudian buka tutup, masukkan inti ke dalamnya. Kemudian masukkan kembali adunan tepung tadi dan tunggu sampai masak
Sumber : utusan

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...