Showing posts with label aneka masak lemak. Show all posts
Showing posts with label aneka masak lemak. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Resepi gulai lemak cili padi daging

 

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging
8 biji cili padi (kisar)
3 biji bawang merah (kisar)
1/2  kg santan
2 biji ubi kentang (potong 4)
1 keping asam gelugur
1  batang serai
3 cm halia
garam,gula aji secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
.Rebuskan daging hingga separuh empuk dan masukkan ubi kentang..bila empuk masukkan pula bahan-bahan kisar ..Kemudian masukkan santan, asam gelugur, serai dan garam,gula dan aji secukup rasa…Renehkan di atas api sederhana hingga kuahnya pekat bila kuah sudah pekat dan cukup rasa,,matikan api..angkat 
Sedia dihidang

Thursday, March 17, 2011

Lemak Udang Pucuk Paku


Lemak udang pucuk paku
BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku
200 gm udang
2 cawan santan
9 tangkai cili padi (tumbuk)
3 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 keping asam gelugur

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan santan bersama bahan tumbuk dan asam gelugur dalam periuk.
2.Bubuhkan garam dan renehkan sehingga mendidih.
3.Kemudian masukkan udang. Biarkan udang masak. Renehkan lagi.
4.Akhir sekali masukkan pucuk paku. Setelah pucuk paku layu matikan ap
Sumber : sajionline

Sunday, March 6, 2011

Lemak Telur Itik Pucuk Ub


Lemak Telur Itik Pucuk Ubi
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur itik
1/2 kg pucuk ubi kayu (rebus dan hiris)
2 keping asam gelugur (boleh juga digantikan dengan belimbing buluh)
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 cawan santan pekat
1 cawan air

BAHAN TUMBUK:
3 ulas bawang merah
20 tangkai cili padi
3 batang serai
5 ulas bawang merah

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan tumbuk, serbuk kunyit dan tuangkan air.
2. Perlahankan api dan pecahkan telur itik satu persatu.
3. Masukkan asam gelugur, santan pekat dan pucuk ubi.
4. Masukkan garam dan biarkan ia mendidih dengan api perlahan.
5. Setelah agak pekat, barulah ditutup api dan hidangkan
Sumber: sajionline

Wednesday, February 23, 2011

Masak lemak ikan patin


Lemak Tempoyak Ikan Patin
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan patin
250 ml santan
3 batang serai (ketuk)
4 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugur
3 tangkai cili merah (belah 2)
3 tangkai cili hijau (belah 2)
2 biji tomato (potong 4)
Garam
Air secukupnya

BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ikan patin dengan asam jawa.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan dan serai.
3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air.
4. Masukkan ikan, tempoyak dan asam gelugur.
5. Kacau semula selama 10 minit kemudian masukkan cili dan tomato.
6. Akhir sekali tambahkan garam secukup rasa.
Sumber : utusan

Sunday, February 20, 2011

Pucuk Ubi Masak Lemak


Pucuk Ubi Masak Lemak
(Hidangan untuk 5 orang)

BAHAN-BAHAN:
1 kg pucuk ubi
5 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar)
20 gm udang kering (kisar)
3 batang serai (ketuk)
3 helai daun limau purut
3 cm lengkuas (ketuk)
10 tangkai cili api (kisar)
1 liter air
5 cawan santan
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus pucuk ubi hingga masak. Kemudian ketepikan dan tus.
2. Dalam periuk yang lain masukkan air, santan, bahan kisar, serai, lengkuas dan daun limau purut, lalu dikacau hingga santan mendidih.
3. Selepas itu masukkan pucuk ubi rebus dan kacau rata
Sumber : utusan

Tuesday, November 9, 2010

MASAK LEMAK UDANG GALAH

BAHAN-BAHAN:
1kg udang galah
1 kg santan
1/2 biji nenas-dipotong
2 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
20 biji cili padi-dihiris
3 batang serai-dititik
3 helai daun kunyit
1 in kunyit hidup
garam dan serbbuk perasa secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1. Tumis bahan-bahan yang dah dihiris hingga naik bau
2. setelah itu tuangkan santan serta bahan –bahan lain .kacau hingga mendidih
3.Masukkan udang galah dan terus mengacaunya
4. Selepas mendidih masukkan nanas ,garam,dan serbuk perasa

SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...