Showing posts with label aneka resepi masakan ikan. Show all posts
Showing posts with label aneka resepi masakan ikan. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

IKAN ASAM NYONYA

 DSC08127

BAHAN – BAHAN :

BAHAN UNTUK SUP ASAM (A) :

3 batang serai

1 kuntum bunga kantan

3 inci lengkuas

3 tangkai daun kesum

2 sudu pes asam jawa

2 sudu besar gula

 

BAHAN KISAR (B)

100 Gm bawang merah

50 gm bawang putih

2 biji buah keras

1 sudu belacan

1/2 inci kunyit

2 sudu besar cili boh

2 cawan air

 

BAHAN (C) :

600 gm ikan kembung atau kepingan ikan tenggiri

1 tangkai cili merah

1/2 biji bawang besar – dihiris

1 tangkai daun pudina

3 sudu minyak masak

garam secukup rasa

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Didihkan air dalam periuk,masukkan bahan A dan didihkan hingga masak.kemudian renehkan selama 30 minit,ketepikan sebentar

2. Panaskan 3 sudu minyak masak didalam kuali,tumiskan bahan B hingga wangi,angkat dan gaulkan bersama sup asam tadi

3. Masukkan ikan dan garam,reneh sehingga masak,setelah siap hidangkan diatas piring dan taburkan cili,daun pudina dan kepingan bawang keatasnya

 

SEDIA DIHIDANG .

Sunday, January 16, 2011

1KAN PARANG MASAK SINGGANG

DSC08177

BAHAN – BAHAN :

2 keping ikan parang

3 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

2 cm halia

2 cm kunyit hidup

2 cawan air

air asam jawa

qaram secukupnya

 

CARA MEMBUATNYA ;

1. Tumbuk bawang putih ,bawang merah,kunyit hidup,dan halia muda hingga lumat

2. Masukkan kesemua bahan – bahan yang sudah di tumbuk kedalam periuk bbersama dua cawan air,

3. Masukkan air asam jawa,boleh juga menggunakan asam keping.Biarkan mendidih

4. Bila kuah mendidih masukkan pula ikan parang dan bierkan hingga ikan masak

5. Hidangkan bersama nasi panas bersama ulam pegaga

 

SEDIA DIHIDANG .

KARI IKAN TENGGIRI

DSC08197

BAHAN – BAHAN :

2 potong ikan tenggiri

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cm kunyit hidup

3 cm halia

3 sudu makan serbuk kari

1 batang kulit kayu manis

sedikit cengkih dan bunga bawang

air asam jawa secukupnya

garam secukup rasa

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia dan kunyit hingga lumat

2, Campur dengan serbuk kari dan ketepikan

3. Tumiskan bahan- bahan yang dah di tumbuk bersama kulit kayu manis,cengkih da bunga lawang kacau hingga naik bau

4. Masukkan serbuk kari,ikan ,kemudian masukkan air asam jawa secukupnya dan garam secukupnya,

5. Biarkan hingga masak,kemudian angkat

 

SEDIA DIHIDANG .

IKAN ROHU MASAK KICAP

DSC08176

BAHAN – BAHAN :

1 ekor ikan rohu,

1 biji bawang besar  - dipotong nipis

2 ulas bawang putih – diketuk

5 cm halia – di ketuk

1 sudu besar minyak bijan

2 keping sasam keping

kicap lemak manis secukupnya

garam secukup rasa

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih,bawang besar dan halia dan tumis

2. Setelah naik bau masukkan kicap dan diikuti dengan ikan

3. Biarkan seketika dan kemudian masukkan asam keping dan kacau,4. Masukkan pula garam secukup rasa dan biarkan ikan masak

4. Kemudian angkat

 

SEDIA DIHIDANG.

Wednesday, December 22, 2010

IKAN KELI ASAM PEDAS DARAT

BAHAN – BAHAN :
5 ekor ikan keli
2 biji bawang merah - kisar
50 gm cili padi – kisar
sedikit buah keras  - kiisar
1 batang bunga kantan
2 cawan santan pekat
2 sudu serbuk kunyit
5 helai daun limau purut – hiris
sedikit daun kesum
sedikit hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :
1. Perapkan ikan keli dengan garam dan kunyit
2. Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dan masukkan hirisan lengkuas
3. Perlahan kan api,masukkan ikan keli dan tabur hirisan daun limau purut,bunga kantan dan daun kesum,biarkan seketika
4; Kemudian masukkan santan,garam dan serbuk perasa secukupnya dan tunggu hingga mendidih

SEDIA DIHIDANG .

Monday, November 8, 2010

PAIS IKAN

BAHAN-BAHAN :
4 ekor ikan kembung sederhana besar
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 helai daun kunyit dihiris
6 helai daun kunyit untuk balut ikan

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Bersihkan ikan dan belah di belakangnya
2. Kisar cili kering,awang putih,bawang merah,dan halia hingga halus
3. Gaulkan bersama ikan campurkan garam,lada hitam,dan daun kunyit yang telah dihiris halus
4. Sediakan kaserol,jika suka alaskan daun kunyit dan aturkan ikan diatasnya,kemudian tutupkan semula dengan daun kunyit
5. Masukkan kedalam ketuhar mikro.tekan combination selama 15 minit. balikkan ikan semasa memasak,

SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...