Showing posts with label Ad resepi. Show all posts
Showing posts with label Ad resepi. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

American Style Mashed Potato Recipe



Bahan bahan


Ubi Kentang 
Butter 
Fresh milk/cream 
Ground Black Pepper 
A pinch of salt(jika perlu) 
Cheddar cheese(shredded/hiris) **jika mahu*



Cara

Bersihkan ubi kentang(buang kulit) tapi jgn dikerat.
Rebus ubi kentang sampai empuk.
Buangkan air rebusan tanpa mengeluarkan ubi kentang dari periuk.
Panaskan semula dgn api paling kecil.
Masukkan butter dan susu/krim dan lecekkan ubi kentang.
Masukkan ground black pepper dan garam jika perlu. ***
Tambahkan dengan keju cheddar jika mahu*** kacau hingga sebati dan sedia dihidang



Sunday, December 19, 2010

Resepi Masak Lemak Putih Bayam

BAHAN-BAHAN :

2 ikat bayam
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
2 peket suhun+ fucuk

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur bayam dan potong ikut citarasa kita la . Kupas semua bawang dan dimayang nipis serta bersihkan ikan bilis . Remdam suhun/fucuk sehingga lembut dan toskan , ketepikan dahulu.

Masukkan santan dan ikan blilis serta bawang ke dalam periuk dan masak sehingga kuah mendidih kemudian baru la dimasukkan sayur bayam dan suhun/fucuk .

Masukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga rata , bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.

Wednesday, December 15, 2010

PUTU KACANG

MI HOKIEN

BAHAN – BAHAN :

200 gm  mi besar
100 gm sawi
200 gm sotong
200 gm isi ayam
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
lada sulah
serbuk perasa
5 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :
1. Bawang putih ditumbuk
2. Panaskan minyak dan tumis  bawang putih yang dah di tumbuk  hingga kekuningan
3. Masukkan isi ayam ,udang ,sotong, dan batang sawi ,goreng semua bahan – bahan hingga separuh masak
4. Masukkan kicap cair dan kicap pekat ,mi besar dan daun sewi,
5. Kacau hingga sebati dan masukkan lada sulah ,pastikan dahulu rasanya sebelum diangkat
6. Hiaskan dengan bawang goreng  dan cili merah yang dipotong nipis – nipis

SEDIA DIHIDANG .

PENANG KUE TEOW

BAHAN - BAHAN :

150 gm kue teow
150 gm tauge
100 gm kucai
150 gm udang
1 sudu beser kicap cair
3/4 sudu kicap pekat
100 gm sotong
serbuk perasa
5 ulas bawang putih


CARA MEMBUATNYA :
1. Bawang putih ditumbuk
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau,kemudian masukkan kicap pekat,kicap cair,udang ,sotong ,masak hingga udang separuh masak,kacau supaya semuanya sebati
3. Masukkan kue teow dan tauge,kacau hingga sebati dan masukkan kucai,serbuk perasa,dan garam secukup rasa,
4. Angkat dan taburkan dengan bawang goreng dan cili merah yang dipotong nipis

SEDIA DIHIDANG .

Sunday, December 5, 2010

RESEPI AYAM KUZI BERSAMA TEH BEREMPAH KAYU MANIS

KUZI AYAM ‘
BAHAN – BAHAN :
4 sudu minyak sapi300 ml air  - lebih jika perlu
200 mal susu sejat
2 biji bawang besar – dipotong kiub kecil
2 cm halia – dihiris nipis
1 ulas bawang putih -  dikisar
1 biji terung  - dihiris tebal
3 biji tomato  - dibelah dua
6 biji cili kering = dikisar
3 biji buah pelaga
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
450 gm ayam – dipotong kecil
sedikit garam

CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang,halia ,bawang putih,cili kering,buah pelaga,kulit kayu manis ,bunga cengkih,serbuk lada hitam dan garam. Biarkan hingga berbau wangi
2,. Masukkan susu dan air dan biarkan mendidih hingga 10 hingga15 minit
3. Masukkan ayam,tomato dan terung,biarkan hingga ayam masak
4. Biarkankuahnya sedikit kering baru dihidangkan

TEH BEREMPAH KAYU MANIS :
BAHAN – BAHAN :
1 sudu kecil serbuk teh HI TOP
500 gm air panas
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh serbuk kayu hitam

CARA MEMASAKNYA ;
1. Rendamkan serbuk teh hi top kedalam air panas dan biarkan kembang
2. Masukkan gula dan esen nenas
3. Kacau rata hingga sebati
4. Sedia di minum panas

SEDIA DIHIDANG

Saturday, December 4, 2010

DAGING GORENG BELACAN DENGAN BAWANG

BAHAN A :
10 gm minyak masak
150 gm bawang – dicincang
80 gm cili merah – dicincang

BAHAN B :
10gram belacan
1 gm garam
5 gm gula 
2 gm serbuk ayam
100 gm air

BAHAN C  :
350 gm daging batang pinang – dihiris
20 gm tepung jagung = di bancuh dengan sedikit air

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dan goreng bawang bersama cili merah hingga layu
2. Kemudian masukkan pula bahan b dan gaul sebati
3. Tambahkan daging kedalam tumisan dan goreng hingga 1110 minit
4. Akhir sekali curahkan tepung jagung dan gaul sebati

SEDIA DIHIDANG .

Thursday, December 2, 2010

GEGERUT BAKAR

BAHAN-BAHAN ;
1 ekor ikan gegerut – di bersihkan
1 sm halia - dikisar
1 sm lengkuas – di kisar
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 biji bawang besar – dikisar
10 biji cili kering – dikisar
2 biji bawang kecil – dihiris
1 biji bawang putih – dihiris
sedikit rempah kari
sedikit minyak masak
sedikit garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dihiris halus
2. Tumis bahan hingga naik bau dan masukkan rempah kari dan cili kering
3. Masukkan bahan kisar ,masak hingga mendidih dan masukkan gula,garam ,serbuk perasa,secukupnya
4. Biarkan masak
5. Gaul ikan gegerut tadi ,bersama bahan rempah yang telah dimasak dan bakar hingga masak.
6. Hidangkan bersama air asam dan air kicap.

SEDIA DIHIDANG .

Sunday, November 28, 2010

GORENG SOTONG VEGETARIAN ALA KONG PAO

BAHAN A :
10 gm minyak masak
30 gm cili kering
30 gm halia
100 gm lada banggala hijau
100 gm lada banggala merah

BAHAN B :
10 gm Sos tomato
10 gm sos cili
10 gm sos tiram vegetarian

BAHAN C :
150 gm air
300 gm sotong vegetarian

BAHAN D :
2  gm garam
5 gm gula
10 gm tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air

CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B
2. Kemudian tambah dengan bahan C
3. Bila sebati masukkan bahan D

SEDIA DIHIDANG .

TEMPE GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN ;
2 biji tempe
5 ulas bawang merah besar – dimayang halus
10 ulas bawang putih – dimayang halus
5 biji cili merah – di potong serong
5 biji cili hijau – dipotong serong
5 biji cili padi
5 helai daun salam – dihiris halus
3 sudu makan kicap
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA MEMASAKNYA ;
1. Tampe dipotong anggaran 7cm x 1cm panjang kemudian digoreng hingga garing
2. Kemudian tumis bawang merah,bawang putih bersama dengan daun salam,hingga wangi dan kekuningan
3. Masukkan kicap dan biar hingga mendidih
4. Kemudian masukkan tempe,cili padi dan garam secukup rasa

SEDIA DIHIDANG .

Saturday, November 27, 2010

IKAN KUKUS ISTIMEWA

BAHAN- BAHAN :
1 ekor ikan bawal putih
2 cm halia muda – dihiris nipis dan potong memanjang
2 cm kunyit hidup – dihiris nipis dan potong memanjang
2 ulas bawang putih  - dihris nipis
1 cawan air asam jawa
lada hitam secukupnya – tumbuk halus
Garam secukup rasa
selain ikan bawal boleh juga menggunakan kanlain asalkandari jenis yang tidak gatal
seperti tenggiri atau ikan merah

CARA MEMBUATNYA :
1. Cuci bersh ikan dan masukkan kedalam mangkuk yang akan digunakan untuk mengukus
2. Masukkan pula bawang putih ,halia ,kunyit hidup,ar asam jawa dangaram secukupnya
3. Kukus hingga si ikan benar-benar masak
4. Angkat dan hidangkan.

SEDIA DIHIDANG

Thursday, November 25, 2010

PISANG BAKAR BERSAMA SOS KACANG

BAHAN – BAHAN :
4 biji pisang nangka
1 sudu kecil kulit oren – hiris halus
20 gm kacang badam
20 gm kacang pistachio
20 gm kacang walnut
100 gm gula perang
1.5 gm mentega

CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Pisang di bakar bersama kulit
2.Cairkan mentega didalam kuali,masukkan kulit oren ,badam,pistachio dan walnut,gaul rata ,masukkan gula perang
3. Biarkan sebati dan curahkan diatas pisang yang sudah dibakar

SEDIA DIHIDANG.

DAGING PANGGANG AIR ASAM

BAHAN-BAHAN ;
1/2 kilo daging
5 ulas bawang merah
500 ml air asam jawa
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
3 tangkai cili padi
1 biji tomato
2 sudu besar sos cili
garam secukup rasa
125 ml santan
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar cili kisar
50 gm halia
2 batang serai

CARA MENYEDIAKANNYA :
1. Bawang merah mhalia dan serai dikisar halus
2. Perap daging bersama bahan yang dikisar tadi bersama sedikit garam,gula santyan ,jintan manis,jintan putih selama 15 minit
3. Panggang pada suhu155c selama 45 minit
4. Untuk menyediakanair asam,hiris bawang ,cili dan tomato.masukkan dalam air asam dan tambahkan sedikit sos cili agar ia pekat

SEDIA DIHIDANG.

PUDING NESTUM PISANG

BAHAN-BAHAN :
1 botol susu segar rendah lemak
85 gm gula
125 gm nestum
3 bij pisang –potong kiub
25 gm kismis
25 gm buah campuran
100 gm bijirin

CARA MEMBUATNYA ;
1. Panaskan susu segar di atas api perlahan
2. Masukkan nestum,pisang ,kismis,gula dan campuran bijirin
3. Gaul hingga sekata
4. Apabila sudah pekatmasukkan ke dalam mangkuk kecil ,letak pisang atau buah-buahan kegemaran,sebagai hiasan.simpan dalam peti sejuk,sesuai di hidang ketika dingin

SEDIA DIHIDANG.

IKAN TERUBUK BAKAR

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan terubuk
1 sudu serbuk kunyit
sedikit garam

BAHAN-BAHAN :
3 labu bawang besar
6 biji cili merah –dihiris
6 biji cili hijau 150 gm kicap cair

CARA MEMBUATNYA                                                                                                                                                                                                                                 
1. Ikan disiang dan di bersihkan,dan di lumur dengan garam dan kunyit,kemudian di bakar
2. Semua bahan-bahan mencicah di gaul sama rata

SINGGANG BERLADA DAGING BATANG PINANG

DSC07234
BAHAN-BAHAN :
1 kg daging
50 gm lengkuas
50 gm halia
3 batang serai
50 gm bawang merah
50 gm lada hitam
2 keping asam gelugor
3 helai daun limau purut
5 tangkai cili padi
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKANNYA
1. Lengkuas.halia.bawang dan serai dihiris nipis
2. Daging yang telah di basuh bersih direbus bersama bahan yang dihiris tadi
3.Rebus hingga daging lembut
4. Akhir sekali masukkan garam,lada hitam ,cili padi dan  daun limau purut
5. Tunggu hingga mendidih dan angkat

SEDIA DIHIDANG

Sunday, November 21, 2010

BURGER SARDIN

BAHAN-BAHAN ;

2 biji roti burger
1 tin kecil ikan sardin
1 labu bawang besar-dihiris
1 batang lobak merah –dihiris halus
1 biji limau nipis
2 helai daun salad
20 ml minyak jagung
sedikit garam

CARA MENYEDIAKANNYA ;

1. Hancurkan ikan sardin menggunakan garpu                                                                                                                                                                                          2. Tumiskan ikan sardin dan masak hingga hampir kering .angkat dan sejukkan
3. Rasakan garam dan gulkan jus limau nipis sedikit untuk hilangkan bau hanyir
4. Gaulkan dengan bawang besar dan lobak merah
5. Hidangkan dengan roti burger dan salad

SEDIA DIHIDANG

GULUNGAN DADAR

BAHAN-BAHAN ;

2biji telur
1 mangkuk kecil sambal sardin
20 ml minyak jagung
2 helai daun ketumbar-hiris halus
secubit lada sulah

CARA MENYEDIAKANNYA ;
Panaskan kuali leper dadarkan telur .angkat dan letak diatas pinggang besar
2’ Letakkan sedikit sambal sardin .taburkan hirisan daun ketumbar
3. Gulung kemas dan taurkan dengan lada sulah

SEDIA DIHIDANG

SUP BRAKOLI BERJAGUNG MANIS

BAHAN REBUS ;

350 Ggm brakoli
4 batang saderi
3 batang leek
200 gm isi jagung
2 biji ubi kentang

BAHAN-BAHAN A ;

100 gm jagung manis
30 ml minyak zaitun
1 labu bawang besar- cincang
10 ulas bawang merah –cincang
5 ulas bawang putih –cincang
350 gmsusu UHT rendah kalori
secubit herba oregano
secubit garam bukit
secubit serbuk lada hitam


CARA MENYEDIAKANNYA ;

1. Kisar semua bahan rebus hingga halus.sejukkan
2. Tumis bawang besar,merah dan bawang putih,menggunakan minyak zaitun hingga naik minyak
3. Masukkan bahan yang dah dikisar kedalam periuk, kacau hingga mendidih
4. Perlahankan api masukkan jagungmanis dan susu UHT rendah kalori,kacau hingga sebati kemudian masukkan herba origano,garam bukit dan lada hitam
5. Hiaskan dengan sedikit jagung manisdan buah kismis,hidangkan waktupanas bersama roti gandum

SEDIA DIHIDANG

SOTONG GORENG DENGAN CILI KERING



BAHAN-BAHANNYA :

200 gm sotong
100 gm bawang merah
5 tangkai cili kering
1 sudu besarkicap cair
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu cili boh
1/2 sudubesar kicap pekat
garam secukupnya
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :

1. Cili kering dikisar halus dandi campur dengan cili boh
2. Panaskan minyakdan tumiskan bawang merah,dan bawang putih yang di tumbuk hingga kekuningan
3. Masukkan cili dan masak hingga garing barulah dimasukkan sotong
4. Kacau biar sebati dan masukkan kicap cair ,kicap pekat dan garam secukup rasa
5. Kacau hingga sebati,bila sotong masuk barulah di masukkan bawang besar yang di potong bulat
6. Angkat dan sedia dihidang


SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...