Showing posts with label aneka tat. Show all posts
Showing posts with label aneka tat. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Tat Lemon


Tat Lemon
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa kering
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar air lemon
1/2 cawan krim keju

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan susu, gula, telur, kelapa kering, tepung, krim keju dan jus lemon dalam pengadun.
2. Pukul selama 5 minit.
3. Sapukan acuan dengan mentega atupun dan tuangkan adunan.
4. Bakar selama 45 minit pada suhu 180oC.

PESAN SAJI: Boleh juga semua bahan kecuali kelapa kering dimasukkan dalam mesin pengisar. Akhir sekali gaulkan kelapa kering. Senang saja. Adunan ini nampak sedikit bergentel kerana krim keju. Tak perlu risau, tuang saja dalam acuan dan bakar.
Sumber : sajionline

Tuesday, March 15, 2011

Tat Limau


Tat Limau
BAHAN PASTRI:
3/4 cawan mentega (unsalted)
1/2 cawan gula kastor
1/2 sud kecil esen vanila
1 3/4 cawan tepung serba guna
Secubit garam

BAHAN ISIAN:
4 biji limau nipis
1 1/2 cawan gula
100 gm mentega (unsalted)
4 biji telur
Secubit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan bahan pastri dan uli sebati.
2. Terapkan dalam acuan pai dan masukkan dalam peti sejuk selama 45 minit.
3. Setelah itu bakar selama 20 minit.Biarkan ia sejuk.
4. Perahkan limau nipis.
5. Sagat kulit limau dan satukan dengan gula. Kisar halus.
6. Tuangkan gula kisar dalam bekas dan campurkan mentega. Pukul sehingga gebu. Masukkan telur satu persatu.
7. Kemudian masukkan air limau dan garam.
8. Tuangkan adunan dalam kuali ataupun periuk. Kacau di atas api yang perlahan sehingga ia pekat dan likat.
9. Setelah ia pekat tuangkan ke atas pastri tat dan biarkan ia mengeras dalam peti sejuk
Sumber : Sajionline

Saturday, March 5, 2011

Tat Epal Hijau



Bahan-bahan:
250 gm mentega
50 gm gula halus
480 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna hijau dan cengkih secukupnya
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji kuning telur - untuk disapu di atas
Cara Menyediakan:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, gaul rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta pewarna hijau. Uli hingga menjadi doh lembut.
2. Ambil sedikit adunan isi inti dan bentuk seperti epal, cucukkan cengkih sebagai tangkainya. Sapukan kuning telur di atasnya. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celsius hingga masak.
Bahan Inti Epal Hijau:
5 biji epal hijau - diparut
1.2 cawan gula pasir
* Masak kedua-dua bahan hingga kering
Sumber : sajionline

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...