Showing posts with label lengkong. Show all posts
Showing posts with label lengkong. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Agar-Agar Tembikai


Agar-Agar Tembikai
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
3 cawan air
3 cawan tembikai

CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula-mula kisar tembikai dengan susu dan air.

2. Tuangkan dalam periuk.

3. Masukkan agar-agar dan gula.

4. Biarkan mendidih dan tuangkan dalam acuan
Sumber : sajionline

Tuesday, March 1, 2011

Agar-agar Keledek


Bahan-bahan:
15 gm agar-agar serbuk
Pewarna hijau
4 cawan air
250 gm keledek - rebus dan lecek
50 gm santan pekat
Sedikit garam
Cara Menyediakan:
1. Rebus agar-agar dengan air hingga larut.
2. Tuangkan santan, masukkan garam dan keledek. Biarkan mendidih sambil dikacau.
3. Tuangkan ke dalam acuan dan bekukan.
(Anda juga boleh menggunakan jus pandan untuk mendapat bau dan warna hijau)
Sumber : sajionline

Jeli Bersagu


Bahan-bahan:
(Lapisan Bawah)
50 gm kristal jeli perisa ceri
2 cawan air panas
(Lapsan Atas)
1 sudu besar sagu - disiram air agar kembang
1 cawan air
1 cawan susu cair
1 sudu kecil tepung kastard
3/4 cawan gula
Cara Menyediakan:
1. Kristal jeli dikacau dengan air panas sehingga larut, kemudian dituang ke dalam acuan atau gelas koktel. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Setelah agar-agar beku, baru sediakan bahagian sagu. Masak sagu dengan air hingga jernih.
3. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air supaya tidak berketul sebelum dicampurkan dengan gula dan susu cair, kemudian tuangkan ke dalam sagu. Kacau hingga gula larut, dan angkat. Tambah air jika terlalu pekat.
4. Setelah masak, tuangkan ke atas jeli
Sumber : sajionline

Jeli Kopi


Bahan-bahan:
1 kg daging cincang
4 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari daging
4 sudu besar cili kisar
20 ulas bawang merah - dimayang
7 ulas bawang putih - dimayang
5 cm halia - dimayang
5 cm lengkuas - diketuk
2 sudu besar serbuk ketumbar
4 sudu besar kicap masin
3 cawan santan pekat
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 keping asam gelugur

Sumber






















Bahan-bahan:
50 gm agar-agar
3 liter air
700 gm gula
200 gm susu pekat manis
100 gm pes kopi
Cara Menyediakan:
1. Didihkan air, kemudian masukkan agar-agar dan gula.
2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
3. Satu adunan diwarnakan dengan pes kopi (gelap), satu lagi diwarnakan pes kopi dan susu, manakala satu adunan diwarnakan dengan susu sahaja. Satu lagi di sarnakan dengan pes kopi (cerah).
4. Tuangkan warna gelap ke dalam bekas yang sesuai, biarkan sejuk sedikit baru dituangkan adunan kopi bersusu. Setelah sejuk tuangkan pula lapisan ketiga dan seterusnya lapisan keempat.
4. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.






:
1 sudu besar garam
1 sudu besar gula
4 sudu besar minyak masak
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis buah pelaga, serbuk ketumbar, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kuning.
3. Masukkan pula cili kisar dan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging, secawan air dan biarkan empuk. Tambah air jika daging lambat empuk.
5. Masukkan lengkuas, asam gelugur, kicap dan kerisik.
6. Masukkan santan dan biarkan mendidih, masak atas api kecil. Akhir sekali, perisakan dengan garam dan gula
Sumber : Sajionline

Wednesday, February 23, 2011

Agar-Agar Tapai Bersantan


Agar-Agar Tapai Bersantan
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
1 cawan tapai pulut
2 cawan susu cair
1/2 cawan gula
2 cawan air

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar tapai pulut bersama susu cair, air dan gula.
2. Tuangkan dalam periuk dan masukkan agar-agar.
3. Biarkan mendidih dan tuangkan dalam acuan mengikut cita rasa anda.
4. Boleh juga dibubuhkan pewarna merah
sumber :  utusan

Saturday, February 19, 2011

Agar-Agar Kering


Agar-Agar Kering
BAHAN-BAHAN:
10 gm agar-agar
500 ml air
100 gm gula
80 gm gula batu
Sedikit pewarna merah dan hijau

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak agar-agar hingga larut.  Masukkan gula dan gula batu. Masak sehingga pekat dan tapiskan.
2. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan merah dan hijau. Tuangkan ke dalam bekas nipis.
3. Setelah sejuk, gulungkan agar-agar yang nipis dan potong menyerong. Jemur sehingga kering
Sumber : utusan

Friday, November 12, 2010

AGAR-AGAR MARMAR


AHAN-BAHAN :

200 Gm agar-agar
300 gm gula pasir
sedikit esen ros
4 cawan air
sedikit pewarna merah,kuning dan hijau

CARA MEMBUATNYA


1. Rebus agar-agar hingga larut kemudian masukkan gula esen ros dan masak lagi hingga gula larut dan mendidih
2. Angkat dari api dan tapiskan,.Bahagikan pada empat bahagian
3. masukkan pewarna pada 3 bahagian.dan satu bahagian dibiarkan tanpa warna. biarkan sejuk dan beku
4.  Potong kecil dan gaul semua agar-agar yang telah di warnakan,,kemudian tuangkan agar-agar putih pada agar-agar yang diwarnakan
5. Biarkan beku barulah dipotong untuk dihidangkan

SEDIA DIHIDANG

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...