Sunday, January 2, 2011

Barbeku Daging Rib-Eye




Bahan-Bahan:


2 keping daging N.Z Rib-Eye
4 gm rempah paprika
2 gm thyme
2 gm majoram

4 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah



Cara:


Bersihkan daging dan tuskan airnya. 
Setelah itu gaul bersama bahan-bahan rempah dan perap selama lima belas minit.
 Panggang hingga masak dan hidangkan panas-panas bersama sos.

Ayam Pelalah




Bahan-Bahan:


Bahan Ayam:

400 gm isi ayam
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas
1 cm cekur
1 batang serai
Garam secukup rasa



Bahan Sambal Tomato:

3 tangkai cili merah - dikisar
1 biji buah tomato - dikisar
1 sudu kecil belacan - dikisar
2 sudu kecil gula merah - dikisar
2 sudu kecil minyak masak
1 biji air limau nipis
1 biji cili merah - buang bijinya dihiris
Garam secukup rasa



Cara:


Kisar bawang merah, bawang putih, buah keras, kunyit hidup, lengkuas, cekur dan serai.
Gaul dengan ayam dan tambahkan garam. 
Perap selama setengah jam, panggang dalam ketuhar sehingga masak. 
Sejukkan dan siat-siatkan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan ayam, garam dan perahkan air limau. Campurkan cili hiris. Gaul rata dan hidangkan.






Sumber: Majalah Saji Februari 1999 

Ayam Bakar Dengan Bawang Putih Dan Ketumbar




Bahan-Bahan:


4 ketul daging dada atau paha ayam, dibuang tulang
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar cilantro (daun ketumbar), dicincang halus
2 sudu besar minyak masak

2 sudu besar kicap
2 sudu besar cuka putih (white vinegar)
1 sudu kecil sos worchestershire
½ biji limau nipis, diperah jusnya
¼ cawan sos buah plum
1 sudu kecil bahan perasa Tex-Mex



Cara:


1. Daging ayam dibersihkan kemudian dituskan. 
Campurkan minyak, kicap, sos Worchestershire, juslimau, sos plum dan bawang putih dalam mangkuk kecil. 


2. Kacau hingga rata dan ketepikan.


3. Dalam mangkuk yang berasingan, satukan bahan perasa Tex-Mex, cilantro dan cuka putih. 
Kacau hingga rata dan ketepikan.


 4.Lumur hingga rata campuran sos dan bahan perasa Tex-Mex pada daging ayam kemudian perap selama dua jam dalam peti sejuk. 


5.Aturkan daging ayam di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak kemudian bakar hingga masak.




Tambahan:
Hidangan ini lebih enak rasanya jika dibakar menggunakan arang.




Sumber: Majalah Saji Ogos 2000 



Barbeku Daging Sirloin




Bahan-Bahan:


2 gm thyme
2 gm majoram
4 gm rempah prapika
100 gm daging N.Z sirloin

2 gm garam
4 gm aromat
2 gm lada sulah



Cara:


Bersihkan daging sirloin dan potong nipis. 
Toskan air daging. Gaul bersama bahan-bahan rempah dan biar selama lima belas minit.
panggang hingga masak.
Sedap dimakan panas-panas bersama sos.








Sumber: Majalah Wanita Febuari 2000 

Beef Steak Derga




Bahan-Bahan:


600 gm daging lembu
300 gm kentang
4 labu bawang besar
4 sudu teh tepung gandum
4 sudu besar minyak
8 sudu besar air

½ sudu teh serbuk lada
4 biji telur ayam
1 tin kecil kacang peas
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Garam secukup rasa



Cara:


Potong daging 5 cm x 2.5 cm dan bersihkan. 
Potong kentang nipis-nipis dan potong bawang besar secara lereng. 
Pukul telur hingga hancur.
Celup daging di dalam telur. 
Panaskan kuali dengan 3 sudu besar minyak dan goreng daging hingga empuk. Ketepikan. 
Di dalam minyak yang sama goreng kentang dan bawang besar. 
Angkat dan ketepikan. Bancuh tepung gandum dengan air. 
Kacau rata-rata supaya tepung tidak berketul. 
Panaskan 1 sudu besar minyak.
Masukkan bancuhan tepung.
Kacau selalu. Masukkan kacang peas, bawang besar goreng, kentang goreng dan serbuk lada.
Kacau seketika. 
Sebelum diangkat taburkan daun bawang dan daun saderi.
Letakkan daging di dalam pinggan.
Tuangkan kuah ke atas daging rata-rata.

Barbeku Daging Ayam


Bahan-Bahan:




100 gm isi ayam atau bahagian paha
4 gm rempah paprika
2 gm thyme
2 gm majoram

4 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah




Cara:





Bersihkan ayam dan gaul dengan kesemua rempah. Biar setengah jam dan panggang hingga masak. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.





Sumber: Majalah Wanita Febuari 2000 



SAMBAL TANAK

DSC08370

BAHAN – BAHAN :

300 gm cili merah – kisar kasar

100 gm cili padi – kisar kasar

3 ulas bawang merah besar – dipotong besar

6 ulas bawang putih  - dipotong halus

5 papan petai dipotong 2 termasuk kulit

1 mangkuk ikan bilis yang sudah dibersihkan1 mangkuk air nasi yang sedang dimasak

garam secukup rasa

minyak untuk menumis

 

CARA MEMBUATNYA :

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putihsehingga kekuningan

2. Selepas itu masukkan cili yang telah dikisar sehingga masak

3. Masukkan pula ikan bilis,petai,air nasi, ,garam secukupnya ,masak hingga pekat

 

SEDIA DIHIDANG .

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...