Showing posts with label aneka soto. Show all posts
Showing posts with label aneka soto. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Soto Johor


Soto Johor



BAHAN NASI KUKUS:
500 gm beras
600 ml air

BAHAN AYAM BEREMPAH:
500 gm ayam
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
4 cm lengkuas
1 batang serai
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
Sedikit kunyit
Minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKAN:
1.Sejat beras dan kukus sehingga masak.
2.Untuk ayam berempah, gaulkan kesemua bahan dan perapkan selama
  lima jam atau satu hari lebih sedap.
3.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.
4.Setelah nasi kukus masak, hidangkan bersama ayam goreng berempah.
   Lebih enak jika dihidangkan dengan sambal kerutub mengikut cita rasa anda
Sumber : utusan

Wednesday, February 23, 2011

Soto Madura


Soto Madura
BAHAN-BAHAN:
250 gm paru (rebus)
250 gm perut (rebus)
250 gm tetel (daging cincang direbus)
4 helai daun limau purut
3 batang serai (ketuk)
Garam
Bawang goreng
Daun bawang dan sup
Limau nipis
Suhun (rendam)
1 sudu besar kicap manis

BAHAN KISAR:
2 sudu besar lada hitam
4 cm halia
3 cm kunyit
9 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:
1. Sewaktu merebus paru, perut dan tetel, tinggalkan air rebusan sebanyak seliter.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga garing.
3. Kemudian masukkan daun limau purut dan serai.
4. Tuangkan air rebusan, dan bubuhkan garam.
5. Masukkan bahan yang direbus (potong dadu).
6. Sewaktu menghidangkan soto madura, campurkan suhun, daun bawang, daun sup, perahan limau nipis dan kicap manis
Sumber : utusan

Tuesday, November 2, 2010

Resepi Soto Betawi

Bahan-Bahan:

200 gm paru
200 gm perut
200 gm tetel
2 cawan santan pekat
2 helai daun salam
1 batang kulit kayu manis
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Keropok melinjau

Bahan Kisar:
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 cm halia
3 hiris lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar lada hitam
3 biji buah keras
3 cm kunyit (bakar)

Cara Menyediakan:

1. Seperti biasa rebus semua bahan dalaman lembu dan potong kecil. Air rebusan disisakan sebanyak satu liter.
2. Dalam periuk tuangkan bahan kisar dan renehkan sehingga airnya kering dan naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan rebusan, kulit kayu manis, air rebusan, daun salam, dan santan.
4. Sewaktu menghidangkan soto Betawi ini, taburkan daun bawang, perahan limau nipis, bawang goreng, dan juga keropok ­melinjau.

Saturday, October 23, 2010

SOTO

BAHAN  - BAHAN :

4 Ketul nasi impit
3 biji bergedil
50 gm isi ayam
25 gm tauge
suhun di goreng
bawang digoreng
kacang goreng
daun sup dan bawang

BAHAN UNTUK SUP ;

1/2 Kg tulang ayam
1 sudu rempah
1/2 in halia
sedikit serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA :

1. Masukkan tulang ayam dan air kedalam periuk .masak hingga mendidih
2. Selepas mendidih masukkan rempah sup bersama halia dan bahan perasa
3. Tuangkan sup kedalam soto.. Isikan bersama nasi impit dan isi ayam
4. hiaskan bersama bawang goreng,kacang goreng,, daun sup dan daun bawang
                            

  SEDIA UNTUK DIHIDANG


1

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...