Showing posts with label resep. Show all posts
Showing posts with label resep. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

DAGING MASAK PUDZI (KUZI)


BAHAN-BAHAN :

500 Gm daging lembu
30 tangkai cili kering
300 gm bawang merah
1 cawan tomato sos
1/2 cawan kismis
200 gm ubi kentang
garam dan gula secukupnya


CARA MEMBUATNYA ;


1. Daging dipotong nipis dan direbus hingga lembut kemudian digoreng

2. Cili keringdi potong dan di goreng dengan minyak

3. Kemudian bawang dan cili merah di mesin hingga lumat,

4. Masukkn minyak kedalam kuali,dan goreng daging

5. ubi kentang juga digoreng,tumiskan cili dan bawang yang sudah dimesin.masukkan daging,ubi kentang,tomato .sos ,garam,gula,kacau hingga pekat baru masukkan kismis


SEDIA DIHIDANG

DAGING RENDANG TOMATO


BAHAN-BAHAN :

1 kilo daging lembu –bahagian paha
1/2 kilo buah tomato-direbus dan dibuang kilit
2 helai daun salam
garam secukup rasa
2 cawan santan pekat

BAHAN UNTUK DIGILING :

10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu tah lada putih
4 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :

1. Daging dibersih dan dipotong dadu
2. Tumiskanbahan giling tadi dalam kuali yang berisi sedikit minyak.biarkan hingga berbau wangi
3. Bila sudah cukup wangi,masukkan tomato rebus yang telah dihaluskan terlebih dahulu.;.kacau terus ,masukkan juga daun salam dan garam secukup rasa
4. kemudian masukkan daging tadi dan tutupkan sebentar.biarkan hingga daging meresap rata.setelah itu tuangkan sentan dan kacau terus
5. Kacau hingga cukup pekat..baru dihidang

SEDIA DIHIDANG

Wednesday, November 3, 2010

Resepi Ikan Bakar Padang


BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan kembung besar

BAHAN TUMBUK HALUS:

1/4 sudu kecil lada hitam
4 biji buah keras
1 cm kunyit
3/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK KICAP MANIS:
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 tangkai cili merah (potong serong)
2 tangkai cili hijau (potong serong)
2 biji jus limau nipis
125 ml kicap manis

CARA MENYEDIAKAN:

1) Campurkan bahan-bahan tumbuk bersama santan, garam dan gula
secukup rasa.
2) Ikan dibersihkan. Masukkan ke dalam kuah santan, kacau rata.
3) Bakar ikan menggunakan api arang hingga masak. Gunakan lebihan kuah
santan untuk merenjis-renjis ikan semasa dibakar. Enak dimakan bersama sambal
kicap manis.
4) Gaulkan semua bahan dan rasalah masam manisnya

Tuesday, November 2, 2010

Resepi Udang Nyonya Betawi


Bahan-Bahan:

500 gm udang
1/2 sudu kecil lada sulah serbuk
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur (pukul hingga berbuih)
100 gm tepung jagung
2 ulas bawang putih (ketuk)
7 tangkai cili padi (hiris)
1 tangkai daun bawang (hiris)
1 sudu besar bawang putih goreng
1 sudu kecil lada sulah biji (tumbuk)

Cara Menyediakan:

1. Perap udang yang telah dibersihkan dengan serbuk lada sulah, garam dan perahan air limau selama setengah jam.
2. Kemudian tuskan. Setelah kering airnya, taburkan sedikit tepung jagung dan gaul rata.
3. Tuangkan telur. Kemudian tuangkan selebih tepung jagung dan gaul sebati.
4. Goreng hingga kuning, angkat dan ketepikan.
5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih yang diketuk. Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi dan lada sulah.
6. Tumis hingga layu. Masukkan semula udang dan taburkan daun bawang dan bawang putih goreng.

Resepi Daging Dendeng Balado


Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu
7 ulas bawang merah (hiris)
10 ulas bawang putih (hiris)
3 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 biji tomato (hiris nipis)
Sedikit air asam jawa
20 tangkai cili merah (tumbuk kasar)
Minyak masak
Garam dan gula secukupnya
2 batang serai (ketuk)

Cara Menyediakan:

1. Rebus daging lembu sampai empuk. Biar sejuk kemudian potong nipis.
2. Selepas itu masukkan daging ke dalam kuali dan direbus bersama-sama dua cawan air, bawang putih, bawang merah, serai, daun limau, daun salam, air asam jawa, gula dan garam.
3. Kemudian angkat daging dan tumbuk hingga nipis.
4. Kemudian goreng daging hingga garing dan ketepikan.
5. Panaskan minyak masak, kemudian tumis cili merah dan tomato hingga garing.
6. Kemudian masukkan daging dan gaul hingga rata bersama sambalnya dan masukkan garam dan gula.

ShareThis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...